Assalamualaikum .
PM tak salah.. Kerajaan Malaysia pun tak salah . Dakwaan bahawa pihak keselamatan negara cuai dalam menjalankan tugas
serta kerajaan Malaysia memandang remeh isu keselamatan sempadan
langsung tak boleh diterima pakai. Ia jelas menunjukkan bahawa
sesetengah pihak itu sengaja mahu mempolitikkan isu ini demi kepentingan
peribadinya sendiri.
Bagaimana mereka boleh menceroboh sedangkan Malaysia sendiri mempunyai sistem radar .Jadi jangan nak salahkan kerajaan Malaysia . Saya sayang kerajaan Malaysia .
Punca Pencerobohan Lahad Datu : Anwar Mahu Naikkan Kiram III
Sulu merupakan sebuah kerajaan yang kuat dan samseng paling tua di timur
laut kepulauan Melayu. Sejarahnya bermula seawal 1138 ketika Islam
masuk ke hati mereka melalui pendakwah Islam yang tidak kurang berat
halangan yang menanti dari bangsa yang bersifat pendekar ini.
Susur galur kesultanan ini menjadi cacamarba setelah kemerdekaan
Filipina di mana negara tersebut tidak mengiktiraf mana-mana kesultanan
dalam urusan negara mereka kecuali untuk tujuan sosial.
Jamalul Kiram III yang membuat kacau di Lahad Datu selayaknya dianggap
sebagai penjenayah bersenjata luar sempadan yang berjaya menerobos ke
sempadan negara ini.
Belio merupakan Sultan Sulu pada zaman Marcos yang berakhir pada tahun
1986. Persengkongkolan belio dengan Marcos memberi imej buruk kepada
mata rakyat Filipina lain yang merupakan 95% dari bukan Sulu.
Persengkongkolan Jamalul Kiram III dengan Marcos lah yang membuatkan
lambakan senjata zaman dulu menumpu ke puak Sulu. Kiram III yang menetap
di Manila turut aktif menyertai politik Filipina dengan cubaan-cubaan
mencalonkan diri untuk bertanding jawatan. Menurut Wikipedia :
Jamalul D. Kiram III (born on July 16, 1938 in Maimbung, Sulu; reigned 1974- 1981, 2012 - present) was the Sultan of Sulu in Sulu, southern Philippines during the Marcos era. He was a candidate for senator in the 2007 Philippine Elections.[1] With his retirement, the succession rights of the sultanate was disputed among his heirs such as Mohammad Akijal Atti. The dispute on the succession rights ended in November 11, 2012 when all claimants from the Kiram family met together in Sulu, ending their decade-long feud. After the family meeting, Jamalul Kiram III once again became the de facto sultan alongside Ismael Kiram II. He also declared Rajah Mudah Agbimuddin Kiram as "crown prince". [2]
Kini, kesultanan Sulu yang diiktiraf hanyalah dari tadbiran Ismail Kiram
II yang kini menjadi Sultan Sulu yang diiktiraf Malaysia dan Filipina
di bidang sosial tidak rasmi.
Ismail Kiram II naik takhta pada tahun 1999 dan gangguan Kiram III ke
atas Kiram II pernah menggemparkan negara ketika puak Abu Sayaf menculik
pelancong asing di wilayah kita! Menurut Wikipedia :
Sultan Muedzul Lail Tan Kiram[1][2][3] is the eldest son of Sultan Moh. Mahakuttah A. Kiram(1974–1986)[4] and is the current head of the Royal House of Sulu[1][5] since 16 February 1986.
Ismael Kiram II
1999- PresentDue to different regional spellings, as can be found on government and newspaper sites, his name appears as Esmail, Esmael, Ismail or Ismael. Second son of Punjungan Kiram and younger brother of Jamalul Kiram III. Abdullah Kiram is his son and possible heir.
Untuk rekod, Sultan Ismail Kiram II lah yang memberi gelaran datuk
kepada beberapa artis Malaysia sebelum ini pada ulangtahun hari
keputeraannya.
BUKTI BESAR PEMBABITAN PEMBANGKANG MELALUI ANWAR tentulah dengan
bukti-bukti pertemuannya dengan pemimpin berpihak kepada Kiram III untuk
mengembalikan takhta Kiram III yang kononnya berlaku mulai 2012.
Bermakna Anwar ingin menggulingkan Kiram II dengan membawa perbincangan
dengan cara membawa masuk penjenayah antarabangsa! Anwar diketahui
merupakan sahabat baik Joseph Estrada, Persiden Filipina yang dipenjara
kerana rasuah hari ini. Estrada memerintah pada ketika penentangan ke
atas Sultan Kiram hari ini berlangsung.
MALAH PIHAK PERISIKAN FILIPINA SENDIRI MENYEBUT INI PENCEROBOHAN INI
ADALAH SUSULAN JANJI PIHAK PEMBANGKANG MALAYSIA KEPADA 'SAMSENG
BERSENJATA PIMPINAN KIRAM III' INI.
Perjanjian damai Bangsamoro dengan Filipina yang diaturkan Malaysia
hanya menumpukan kepada isu Mindanao dan Moro. Nur Misuari bekas
pemimpin Mindanao yang tidak diuntungkan ketika perjanjian bersejarah
damainya Mindanao dengan tertubuhnya wilayah autonomi Bangsamoro juga
mempunyai iri yang besar. Kita sendiri ketahui hubungan Anwar dengan
Misuari, Pitsuan dan Gusdur satu ketika dahulu dalam jaringan Islam
liberal seduni.
Sikap lanun yang jelas dipertunjukkan jelas sekali perlakuan jenayah
luar sempadan di tanah Sulu berdaulat yang sebenar dengan Sultan yang
diiktiraf yang kini dipersetujui untuk makmur di negerai bernama Sabah
di dalam Malaysia! Kiram III juga tidak dilayan Filipina dan ini memaksa
mereka perlu menggertak Kiram II. Tentulah polis yang perlu dikerah.
Diplomasi tinggi Malaysia di bidang antarabangsa memaksa kes ini
ditangani melalui undang-undang yang murni sehingga memaksa tangkapan
melalui serah diri atau buru perlu dilaksanakan bagi membolehkan
siasatan dibuat. MALAH CAKAP POLITIK DIKETEPIKAN KERANA TIADA TANGKAPAN
KE ATAS ANWAR DIBUAT WALAUPUN TERDAPAT BUKTI.
Jenayah bersenjata yang seperti ini sememangnya perlu ditangani oleh
pihak polis namun pihak polis masih terpaksa mendengar pertimbangan
Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang dinilai gagal oleh cakap-cakap
mulut ramai orang dikedai kopi.
Ini kerana Malaysia adalah negara berdaulat yang rakyat tidak dibenarkan
memiliki snjata api tanda didaftarkan malah melibatkan hukuman mati.
MENGAPA PENCABULAN MEMALUKAN INI TERLALU DIRUNDINGKAN, menurut mereka.
Adakah perompak bank bersenjata api perlu ditangani dengan rundingan
tiga minggu? Jika Filipina menganggap kejahatan ini tidak boleh diterima
kerana merasa malu akibat ulah samseng bersenjata di negara ini,
mengapa kita tidak tidak membiarkan polis menjalankan kerjanya mengikut
undang-undang kepolisan sedia ada.
Mengapa campurtangan politik perlu apabila Filipina seolah-olah
menganggap ia adalah perlakuan jenayah, bukannya isu politik
antarabangsa.
Lahad Datu Masih Belum Aman...? Siasat Pertemuan SULIT Anwar Dengan Ketua Militan Sabah... Ada DEAL Bawa Masuk USD3 Billion...??
Rupa rupanya seminggu
sebelum tercetus insiden pencerobohan Kampung Tandau, Labian di Lahad
Datu oleh segerombolan warga asing yang mengakui mereka sebagai "tentera
Pewaris Raja Sulu", sudah ada bukti bahawa Anwar Ibrahim mengadakan
pertemuan "sulit" dengan ketua mereka di Filipina.
Pertemuan sulit tersebut
dikatakan merancang dengan teliti mengenai kemasukan bala tentera
militan ini mendarat di Lahad Datu dan membuat beberapa tuntutan... Yang
menariknya, pencerobohan ini dirancang untuk diadakan pada waktu yang
sama dengan lawatan YAB Datuk Sri Najib ke Sabah.
Sudah hampir dua minggu
gerombolan yang lengkap dengan senjata M16 masih belum keluar
meninggalkan Lahad Datu.... Kenapa begitu lama..? Apakah ada rundingan
disebalik rundingan yang sebenar..??
Ketika Anwar sedang
memasang angan angan menawan Putrajaya tiba tiba pula beliau dilihat
mempunyai hubungan dengan gerombolan Selatan Filipina.... Malah insiden
pencerobohan Kampung Tandau Lahat Datu pula berlaku sewaktu Pilihanraya
Umum ke 13 [PRU 13] sudah semakin hampir. Apakah ini semua suatu
kebetulan atau memang sudah ada perancangan yang sangat rapi..?
Menurut maklumat yang
diterima dari dalam Pakatan Pembangkang, Anwar Ibrahim sedang berada
dalam keadaan tertekan untuk membawa masuk wang milikinya sebanyak RM3
Bilion. Anda masih ingat lagikah dengan pendedahan yang pernah dibuat
oleh bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad
Khalid...?
Anwar dikatakan cuba
meyakinkan pimpinan utama Pakatan Pembangkang bahawa beliau menghadapi
masalah untuk mendapatkan dana PRU 13 untuk mereka...., beliau juga
menyatakan sukar untuk membawa masuk dana RM3 Bilion miliknya itu dari
luar negara.
Menurut sumber dalaman
Pakatan, Anwar diberitakan akan mendapat dana daripada Sultan Jamalul
Kiram yang mendakwa dirinya sebagai waris Kesultanan Sulu yang sah. Terdengar juga bisik bisik bahawa Anwar ada membuat beberapa "janji dan offer" kepada pihak Kesultanan Sulu.
Jamalul Kiram memiliki dana sebanyak USD 137 Billion dibeberapa buah bank di New York, sebahagian besar daripadanya pernah cuba dipindahkan ke Malaysia tetapi telah dibekukan dan belum lagi mendapat kelulusan pihak Bank Negara Malaysia.
Jamalul Kiram memiliki dana sebanyak USD 137 Billion dibeberapa buah bank di New York, sebahagian besar daripadanya pernah cuba dipindahkan ke Malaysia tetapi telah dibekukan dan belum lagi mendapat kelulusan pihak Bank Negara Malaysia.
Kisahnya..., salah seorang orang kanan kepercayaan Sultan Jamalul Kiram, lelaki ini bergelar Datuk Seri Panglima Darjah Sulu telah pergi "merayau-rayau" sekitar beberapa tempat di Malaysia menawarkan komisiyen bernilai USD 3 Billion kepada mana mana individu untuk "memujuk" YAB Perdana Menteri kita untuk "release and unlock" dana milik Sultan Jamalul Kiram.
Kerja kerja memujuk dan
melobi oleh si Datuk Seri Panglima Darjah Sulu ini dikatakan telah
menemui beberapa Ahli Parlimen dengan harapan mendapat kelulusan Datuk
Sri Najib...
Gelagat dan tingkah laku
si Datuk Seri Panglima Darjah Sulu ini sehinggakan mempamerkan kemewahan
pada dirinya, berpakaian jenama yang mahal, memakai jam tangan Rolex,
menginap di hotel mewah seperti Hyatt dan menyewa kereta mewah Rolls
Royce lengkap dengan chauffeur apabila beliau berada di Kota Kinabalu...
Semua ini semata mata mahu meyakinkan beberapa Ahli Parlimen mengenai
nilai aset berbilion dollar US yang mahu diperbincangkan.
Akhirnya..., si Datuk
Seri Panglima Darjah Sulu ini telah bertemu dengan Anwar Ibrahim dan
hubungan mereka semakin intim apabila Anwar melihat peluang untuk
mendapatkan komisyen ini sebagai penyelesaian segala masalah dana PRU 13
buat Pakatan Pembangkang...!
Anwar sudah pasti tidak
melepaskan peluang untuk menyalahkan kerajaan BN dan tidak mustahil
"proses pencerobohan" di Lahad Datu adalah rancangan jahat Anwar untuk
tuntutan "release and unlock" dana berbillion dollar US kepada Sultan
Jamalul Kiram, dan kesudahannya komisyen USD 3 Billion itu nanti akan
jadi milik Anwar...
saya copy je dari google : Tak ada masa nak menulis . Nyway kat ofic banyak benda nak kena buat .
baca sini
soal politik ni .. selama ini kita dapat mengekalkan hak dan keistimewaan orang melayu . Tengok sahaja apa yang berlaku di penang dan selangor jika ita tidak bersatu hati . Saya sayang Kerajaan Malaysia !
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum / salam sejahtera. Jemputlah komen jika bermanfaat. Terima kasih :)