page

nuffnang

20 April 2013

Awak Handsome Saya Kacak


Assalamualaikum
aku sendiri tidak tahu apakah aku bahagia dengan kehidupan yang aku jalani ~iklan

aku menyayangimu sebagai seorang teman..kawan..dan sahabat.. dirimu sentiasa ada dihatiku..pernah ku katakan barang sesiapa sahaja yang berjaya mengisi ruang hidupku..tidak kiralah dari apa cara sekalipun..akan ku anggap dia teman ku..

untuk kau wahai temanku..kau berada seiringan dengan teman-temanku yang lain..yang amat aku hargai dan kasihi..sesungguhnya betapa kau tahu aku amat menyayangi mereka..tidakku sanggup menimbulkan walau segaris luka dihati mereka..termasuk kau temanku.. namun.. kau masih menjadi misteri.. izinkan aku mengenalimu, kerana aku tidak tahu siapa engkau sebenarnya..izinkan aku membantumu waktu dukamu, paling tidak aku akan berusaha menenteramkanmu..walaupun dengan seulas bicara.. benarkan aku berkongsi lukamu, sebagaimana aku telah membenarkan engkau menyelami isi hatiku.. kerana aku tahu ade sesuatu yang engkau cuba selindingi dari pengetahuan dunia.. berikan aku sepenuh kepercayaan mu..kerana engkau tahu aku amat mempercayaimu.. engkau pernah bertanya..bagaimana caranya untuk mendapat sahabat sejati.. inilah caranya..rendahkan egomu..senangi dirimu..yakinlah dengan kejujuran insan disekelilingmu..pasti kau akan menemui sesuatu pertalian yang amat indah..pertalian yang hanya bersandarkan kepada kejujuran dan kesetiaan..serta kasih sayang mendalam dari seorang teman…. kerana kau perlu tahu.. tiada yang lebih bermakna bagi seorang sahabat.. melainkan hanya menginginkan yang terbaik untuk sahabatnya itu..tiada dendam..tiada luka


wajah-wajah trainee Pegawai LAtihan Vokasional Pensyarah Institut Latihan Kemahiran Awam  (ILP IKBN etc )


semoga semuanya melangkah keluar menjadi pegawai latihan vokasional yang berkualiti . amin .

background sama tapi nape kaler tak sama bila print out ?

masa ni pengarah campus bagi mangga ni sorang satu . Pe lagi abadikan kenangan dalam gambar ..haha



SAHABATKU SAYANG!!!

Sahabatku,
salam persahabatan moga dirindui, seikhlas ingatan setulus memori, sejuta penghargaan hambe ucapkan buat sahabat yang hambe dikasihi dan semoga diredhia Allah selamanya.

Sahabat,
Ikatan persahabatan yang terjalin telah pun meninggalkan kesan dilubuk hati. Segala yang menggembirakan, yang menyedihkan, yang mendukakan kini hanya tinggal sebuah memori yang terpahat kukuh disanubari. Mungkinkah hingga ke saat ini sahaja ukhuwwah yang bertapak sekian lama? Atau ianya akan hilang begitu sahaja? Atau ianya akan dilupakan? Atau ia hanyalah seumpama air yang akan memadamkan api?

Sahabat,
Sesungguhnya ukhuwwah yang terjalin adalah sesuatu yang termaktub.
Mulanya masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain tetapi kini…….
Segalanya telah berubah, saling kenal-mengenali seterusnya menjadi akrab dan intim.

Sahabat ,
Jika takutkan ombak jangan berumah ditepian pantai. Begitu juga, kita, Jika takutkan perpisahan jangan hampiri pertemuan. Inilah hakikat sebuah kehidupan yang sentiasa berputar-putar ibarat roda yang berpusing. Kita harus tabah dan redha dalam menghadapi setiap apa yang telah disuratkan kepada kita kerana hanya Dia sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Dia juga tidak akan membebankan hambanya dengan apa yang tidak terdaya ditanggung oleh kita. segalanya masih dipayungi oleh 1001 kemungkinan. Kemungkinan yang bakal meninggalkan memori di sudut hati kita.

sahabatku,
berpisah dengan kalian bukan pilihan ku, tapi kita terpaksa berpisah demi meneruskan cita-cita dan impian kita..kita harus mendaki puncak tertinggi hidup kita...kalian tinggalkan diri ini dan diri ini tinggalkan kalian..berjauhan kita tak semestinya melupakan, memori bersama kalian sentiasa segar diingatan, kerinduan pada kalian sering menebal di hati ini..tapi apa daya ku, kita terpasa akur pada ketentuan...

Sahabat,

Berdoalah agar sentiasa mendapat keredaanNya dalam ukhwah yang terbina. Moga-moga pertemuan dan perpisahan ini diberkati oleh Illahi didunia dan diakhirat. Kuatkan hati untuk menerimanya, jangan berdukacita. Setiap yang bermula pasti akan ada yang akhirnya. doaku agak kalian sentiasa berada dalam lembayung rahmatnya dan berjaya didunia dan akhirat..diri ini RINDUKAN kalian.

kita tidak akan dapat melupakan kelukaan tetapi pengalaman yang mengajar kita supaya tidak akan berulang untuk kali kedua...

"dalam berhati-hati, ada hati yang disakiti...
dalam berjaga-jaga ada hati yang terluka.."


~impianaFida~

2 comments:

  1. jodoh masing2....kita tak tau bila...rilek2 sudah kan...=D

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum fida, saya suka ayat awak paling last tu. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum / salam sejahtera. Jemputlah komen jika bermanfaat. Terima kasih :)