Merdekakah Kita Jika…
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Sambutan
kemerdekaan sedang disambut di seluruh negara dengan berbagai cara dan
pendekatan. Persoalannya adakah kita semua benar-benar telah
memerdekakan diri dan jiwa seiring dengan kemerdekaan negara. Bersempena
dengan Sambutan Hari Kemerdekaan ke 56 yang bertemakan: ‘Malaysia Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku’ ini, marilah muhasabah diri melalui: ‘Merdekakah Kita Jika…’
.
Merdekakah kita jika malam ambang ramai di padang dari masjid negara?
Merdekakah kita jika ramai yang berhibur hingga tidak ingat dunia?
Merdekakah kita jika masih ramai anak gadis kehilangan dara?
Merdekakah kita jika ramai pengguna terkorban di jalanraya?
Merdekakah kita jika masih berdendam kesumat kalah pilihanraya?
Merdekakah kita jika masih menuduh rambang tanpa bukti nyata?
Merdekakah kita jika apa saja orang buat segalanya salah belaka?
Merdekakah kita jika rakyat terbiar dek sibuk berceramah di sini sana?
Merdekakah kita jika sanggup menghina pejuang memerdeka negara?
Merdekakah kita jika ghairah runtuhkan negara yang aman sejahtera?
Merdekakah kita jika masih berjiwa kotor mensabotaj Negara MALAYSIA?
Merdekakah kita jika pemimpin asyik berebut mempertahan kuasa?
Merdekakah kita jika masih bermegah bangga dengan kekayaan harta?
Merdekakah kita jika taksub sayangkan parti dari penyatuan ummah semua?
Merdekakah kita jika nyawa tersisa masih tidak ingat syurga neraka?
Merdekakah kita jika solat wajib masih tidak cukup lima?
Merdekakah kita jika bangun tidur matahari tegak di kepala?
Merdekakah kita jika masih mengejar sunat yang wajib entah ke mana?
Merdekakah kita jika Islam dipijak dihina tanpa usaha pertahankan bersama?
Merdekakah kita jika banyak tanggungjawab belum dilaksana?
Merdekakah kita jika masih ramai anak dibiar membuang masa?
Merdekakah kita jika masih bersendiri tanpa berjemaah bersama?
Merdekakah kita jika keluarga asyik bertekak berpecah porak peranda?
Merdekakah kita jika majlis agama kurang lelaki dari wanita?
Merdekakah kita jika mulut masih celupar mencaci berkata nista?
Merdekakah kita jika tak sudah-sudah menyakiti hati saudara seagama?
.
Akhir kata semoga berusaha memerdekakan jiwa dan raga…jika tidak sanggup memakan daging saudara sendiri di akhirat sana…
#ikhlas dari hamba…
.
.
Allah سبحانه وتعالى sahajalah
yang mampu untuk menimbulkan kesedaran dan memberi kekuatan kepada
mereka. Tidak ada kemerdekaan yang lebih besar daripada kemerdekaan hati
dan jiwa orang-orang yang beriman yang sentiasa mengingati Allah سبحانه وتعالى.
Kita sebagai makhluk Allah سبحانه وتعالى, perlu berusaha untuk mengingati Allah سبحانه وتعالى dalam setiap keadaan, menghubungkait segala sesuatu yang berlaku ke atas diri kita adalah datangnya daripada Allah سبحانه وتعالى, bersyukur
di atas segala nikmat-Nya, sentiasa melakukan amal kebajikan dan
memberi manfaat kepada orang lain, dan janganlah kita kufur dan menolak
Qada’ dan Qadar yang datang daripada Allah سبحانه وتعالى.
.
قُلِ
اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ
الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ
بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Katakanlah: “Ya
Allah! Yang Maha Memiliki kerajaan, Dikau berikan kerajaan kepada orang
yang Dikau kehendaki dan Dikau cabut pemerintahan dari orang yang Dikau
kehendaki. Dikau muliakan orang yang Dikau kehendaki dan Dikau hinakan
orang yang Dikau kehendaki. Di tanganMu segala kebajikan. Sesungguhnya
Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah Ali Imran; Ayat 26)
.
Ingatlah,
semua perkara yang berlaku ke atas diri sama ada baik atau pun buruk
adalah untuk menguji tahap keimanan kita kepada Allah سبحانه وتعالى. Ingatlah kepada Allah سبحانه وتعالى, kerana sesungguhnya dengan mengingati Allah سبحانه وتعالى, hati dan jiwa kita akan sentiasa menjadi tenang.
.
Selamat
Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56. Semoga Allah سبحانه وتعالى
mencucuri rahmat, kesejahteraan dan keamanan berterusan kepada rakyat
dan negara Malaysia tercinta selamanya… AMIN!!!
.
وَالسَّلاَمْ
.
By; shafiqolbu
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum / salam sejahtera. Jemputlah komen jika bermanfaat. Terima kasih :)