page

nuffnang

28 March 2014

BBQ , Sepang Gold Coast

Assalamualaikum

Jauh ke sini untuk aktiviti BBQ.Tq Reen buatkan rempah untuk our BBQ.Tq sayang ajar saya basuh ayam..My first experience basuh ayam dengan si dia.Rasa macam segan bertandang plak ye lah mana la biasa duduk buat keje macam tu,bagi sink, pisau arif la jugak dengan air yang mengalir hiks.Lepas ni kena belajar menyiang ikan plak.Kiteorang perap ayam kat rumah Reen.Rasa macam nak hantuk kepala kat dinding je sebab tak reti nak perap BBQ.Reen tu sebab dia cos kulinary bab masak-masak bagi dia aje..tahu la apa nak dibuat dibandingkan dengan aku.Sebenarnya aku pandai je nak buat tapi antara sedap dengan tak aje haha .Kalau kat rumah selalu buat BBQ tapi parent yang buat..bila nak bantu dia cakap tak payah buat disuruhnya blend bawang je.Pape pun lepas ni kena belajar buat sendiri takut my sayang nak buat lagi BBQ lepas ni,lepas ni confirm si Reen dan boifrend dia tak ada sebab kiteorang maybe dah tak pegi sana kot sebab jauh,cramp punggung nak duduk lama atas keta walaupun bukan ak yang drive.

 


rumah ni RM300 tiga bilik.Aku pun tak tahu la dipanggil apakah rumah ni resort ke apa ke haha
sebab hari minggu semalam kereta aku terjerelus masuk longkang besar time nak cari resort dalam area ni sebab resort tu gelap kot tapi seb baik jumpa jugak tempat yang paling okey ! Alhamdulillah kereta baik-baik aje dan selamat tiba di Melaka lepas balik dari sini.


time ni aku mengalami penambahan lemak yang menyebabkan badanku berlemak sana sini tapi Alhamdulillah aku sihat sahaja.Next nanti nak datang lagi nak stay resort atas air plak hehe tapi mayba masa tu dah beranak pinak hiks




Ya Allah ya tuhanku,
satukanlah hati kami, dan tetapkanlah hati kami diantara satu sama lain. Sesungguhnya ya Allah, aku terima dia sepenuhnya, sebagaimana telah Engkau ciptakan dia dan aku mohon padaMu, kiranya perasaan kami sama, maka bukakanlah hatinya untuk menerima aku seadanya, sebagaimana telah Engkau ciptakan aku, supaya Dia menerima segala kekuranganku. Engkau titipkanlah kerinduan diantara kami supaya kebahagiaan itu abadi, dan ya Allah, landaskanlah perhubungan kami pada jalan yang Engkau redhai, supaya dapat kami menyempurnakan agama kami. Jodohkanlah kami dan permudahkanlah segala urusan diantara kami.




No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum / salam sejahtera. Jemputlah komen jika bermanfaat. Terima kasih :)