Semalam beli Oligo 3 in 1,Vico 3 in 1,Nescafe 3 in 1 -kopi tanpa rasa pahit,Pen Highlight sebatang dan Dettlo Shower offer selalu RM21.90 tapi masa tu RM 14.90.Terkejut jap total RM 61.35.Bukan nak berkira tapi selalu beli time offer..tapi kali ni beli 3 in 1 semua tak ada offer.Terasa jap haha..
Bila kita selalu beli sendiri kita akan tahu benda tu murah ke mahal.Contohnya kertas Double A kalau tak offer harga dia RM12.90.Kalau offer RM 9.90 (selalu kat tesco dapat harga ni).Walau tak beza banyak at least penjimatan tu ada.Aku pun dah belajar berjimat dah.
Seringkali ingtkan pada diri sendiri kita kena jadi pengguna yang bijak.Pilihan di tangan kita.Kalau pasaraya banyak boleh la demand nak pilih mana nak pegi tapi masa tu tak ada pilihan.
Aku tak ada masa sangat nak ambik point pasaraya mana yg ada sale..maksud aku barang dapur.Kalau shopping baju tu aku tak kisah sangat pun bukan hari-hari beli baju.
Sebagai pengguna yang bijak,kita perlu berbelanja secara sederhana dan mengikut kemampuan.Pengguna bijak perlu memilih barangan atau perkhidmatan yang memberi nilai terbaik untuk wang - value for money .
Selalu dengar orang kater '' barangan berjenama tak semestinya bagus''
Pada aku..aku sentiasa mementingkan kualiti dan bukan pada kuantiti.
Shower yang murah,dia cair..shower yang ada jenama sikit..dia pekat..sekali picit je buih dah banyak dan cukup untuk satu badan.Kalau yang murah..cair..letak atas tangan dah menitis celah-celah jari..pastu kena picit lagi..kena guna dalam kuantiti yang banyak.So cepatlah dia habis berbanding yang berjenaa tadi tu.
Sama juga dengan deodorant brand 'James Bond,Men' RM 45(offer price).Boleh tahan lama..sekali calit dah bau macam pakai perfume..maunye tahan sampai berbulan-bulan.
So I choose for quality.Pengurusan kualiti pun dititiberatkan dalam pengurusan projek dan apa-apa pengurusan.Hehe
Dengan penjimatan sale/discount/offer kita dah boleh berjimat untuk bayar bil elektrik dan air dan juga pelbagai bil lain.
''officemate saya tu..bini dia bagi botol air tupperware..bekal air g keje''
''lepas ni saya beli penyangkut botol air dalam kerete kite ek''
''nanti saya beli bekas pakai buang untuk awak bawa bekal g keje..hihi''
''awak bukannya rajin pun..nak drive pun malas inikan nak bangun pukul 4/5 pagi
untuk buat breakfast bekal untuk saya g keje''
''saya pun kena bangun awal jugak nak g sekolah..hehe''
Nak aplikasikan Psikologi Pendidikan jap dalam entry ni..sebenarnya kalau suami kita asyik makan kat luar je hasil air tangan orang lain..lambat laun kasih sayang dalam rumah tangga akan hilang tanpa kita sedari.Contohnya potong sayur,menumis,menggoreng,menyiang ikan dan lain-lain dilakukan oleh tukang dapur kat kedai di luar..so hari-hari suami kita makan hasil air tangan dari orang lain.Kita nak ke selalu macam tu ? Faktor yangpengaruhi psikologi seseorang adalah melalui pemakanan.Sebab tu dalam islam perlu menjaga pemakanan.Kesan psikologi amat mendalam.Hanya orang yang belajar psikologi akan tahu maksud tu.Kalau orang tak belajar pun..kalau dia renung dalam-dalam..dia pun akan tahu apa maksud yang saya ingin sampaikan.
Kesimpulannya,
Jadilah pengguna yang bijak.Mulakan penjimatan untuk masa depan.
yup..kalau boleh barang kita beli tu tahan lama..hehee..jimatt
ReplyDeletemy fren sangat alert....saya tak perasan pon tapi dia bagitahu harga kat mydin mall kt dah naik...kalau sepoen ok la..but rm 2 okeyyyy....sungguh saya tak perasan....bahaya betolllll
ReplyDelete