page

nuffnang

24 June 2016

Breastfeeding Journey just started


Assalamualaikum

Dengan kelahiran baby Fahim Aliuddin, maka my breastfeeding journey is start.

Sepanjang 5 hari aku kena warded, everyday aku akan perah susu untuk anakku, Fahim Aliuddin, aku pun ada pump tapi bila pump keluar sikit je, bukan susu aku yang tak banyak tapi pump yang problem. Tapi tak nak citer pasal pump. Aku pun rasa menyesal sangat beli pump tommee tippee tu. Mahal tapi tak ada kualiti. Bila perah dengan tangan alhamdulillah banyak jugak untuk kenyangkan Fahim Aliuddin. Sepanjang tu jugak, nurse banyak ajar cara perahan susu ibu, nak harapkan aku, aku langsung tak pernah ambik tahu macam mana perahan dan urutan dengan tangan. Dalam 5 hari tu memang Fahim Aliuddin direct breasfeeding, nurse guna sringe suap susu kat Fahim Aliuddin. Lepas day 5, nurse bagi susu guna botol kat dia. Sejak tu bila aku datang nak bagi susu, dia reject, sedihkan bila baby reject. Masa tu aku ingatkan Fahim Aliuddin reject susu, masa tu aku mula la sedih kot kena pasang wayar lagi untuk masukkan air kat Fahim Aliuddin untuk support sebab dia reject susu. Rupanya nurse dah ajar dia guna botol. Tak apalah, masa tu aku dah tawakal. Aku dah serahkan semuanya pada ilahi.




semua ni aku perah guna tangan..macam-macam gaya aku work hard nak perah susu ni guna tangan. Aku perasan perah guna tangan lagi cepat dari pump. Sejak tu jugak aku merasakan sendi-sendi kat tangan aku dah longgar macma nak tercabut, pegang apa pun dah tak rasa.




Baby kena warded sampai day 10. Lepas aku keluar hospital, hari-hari aku datang bagi Fahim Aliuddin susu..walaupun sakit caeser tetap jugak aku melangkah ke hospital. Ibu pun asyik bising je, dia cakap tak payah pegi hari-hari nanti kalau aku sakit macam mana. Aku pun tak hiraukan ibu aku tu. Masa kat rumah pu aku perah sendiri guna tangan. Masa tu moral support aku sangat down. Ibu abah dan adik-adik la yang sentiasa ada dikala jatuh bangunku tika ni. Masa tu aku ada problem, Alhamdulillah susu keluar jugak. Mengikut kajian susu tak akan keluar kalau stress, tapi semua tu bukan pada aku. Dari pagi smapai tengah hari aku stay kat wad anak aku. Duduk je la atas sofa sambil riba anak aku. Adik aku pulak tunggu kat parking, kalau abah yang hantarkan, dia pun tunggu jugak kat parking, aku suruh dia balik, dia cakap nak stay kat situ jugak. 


Biarlah bersusah, tidur tak cukup dan macam-macam cabaran lain. Ingat senang ke nak pumping breastfeeding ? Surirumah tak apa la ataupun mana-mana ibu yang tinggal bersama suami tak apa la, they all ada suami untuk helping them time pumping. Kepada suami kat luar, jangan cakap kat isteri you all mengungkit pasal anak. Aku faham, penat nak perah susu. Tapi aku berazam dan pasang niat nak ekslusif breastfeeding selama 2 tahun. Walaupun berjauhan dengan anak aku, aku nak jugak pastikan anak aku breastfeed.


Setakat hari ni, aku tak ada option lain untuk pump susu setiap 4 jam. Siang hari aku gunakan susu dalam freezer, malam memang aku akan bagi Fahim Aliuddin susu yang fresh. Macam kawan aku, setiap masa dia bagi susu fresh. Bila tinggal dengan pengasuh, anak dia tak nak susu yang dipanasan. So i learn well from her, kita yang ajar anak kita. So aku ajar bila siang hari, guna susu yang dalam peti. Kadang bagi jugak yang fresh.


Kadang aku rasakan tak ada life, tapi sebenarnya perah susu ni seronok, kita pun happy :) Aku pun bercita-cita nak beli deep freezer. Walaupun aku jauh dari anak aku, bila dia menyusu walaupun dengan botol, dia akan rasakan aku dekat dengan di.Masalahnya rajin ke pengasuh anak aku nak panaskan susu ? hm


SEMANGAT DAN KEKUATAN


Jujurnya kekuatan aku ialah anak aku sendiri dan diri aku sendiri. Aku bersyukur pada ilahi melihat anakku membesar dengan susuku.  Bila pump susu, Fahim akan keseorangan, Terima kasih ibu dan adik-adikku kerana memahami dan banyak membantu menjaga Fahim . Memang aku akui, saat pump susu, ia mengganggu masa aku menguruskan diri dan anakku. Tapi kerana kekuatan yang ada dalam diri aku ni, aku berjaya melalui saat itu.





No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum / salam sejahtera. Jemputlah komen jika bermanfaat. Terima kasih :)