page

nuffnang

19 September 2016

Bila baby tak nak susu formula


Assalamualaikum


Its NOT EASY TO BE Muhammad Fahim Aliuddin. I love you son..proud to be you mom. You refusing all Formula milk and choose the best milk in the world. Semoga Allah swt mempermudahkan urusanku untuk menjayakan ekslusif 2years breastfeed. So, sekarang nie pantang dah habis and now dah stay at JB. Baby pulak baru je 4 month, stay at kampung with his granny. PJJ mom, PJJ family. Husband pulak kerja luar negara. Really miss you husband, son. Readers, doakan kami hidup sebumbung ;)


Tajuknya, Fahim tak nak susu formula. Fahim terlalu cerdik untuk pilih susu apakah yang terbaik buat dia di usia ini. Mommy doakan Fahim membesar dengan sihat dan bijaksana. Dari 1 month lagi dah try bagi ANMUM tapi dia terus muntah sampai perut dia kosong. Lepas tu mommy dha tak bagi Fahim FM dah. A month later, mommy try bagi S26 , pun dia muntah jugak. Kesian Fahim dari tengah hari sampai petang bagi dia S26, tapi muntah juga. walaupun muntah still nak tersengeh je muka, mungkin dia tahu mommy sedih tengok dia muntah so Fahim kan anak yang cerdik, jadi dia hadiahkan sebuah senyuman dna tersengeh2 happy untuk mommy dia. Dari suus murah sampailah susu mahal semua Fahim tak nak. 




so, apa nak kena buat kalau baby kita tak nak susu formula ? dan lebih lagi kita PJJ dengan anak kita. dengan pengalaman yang ada ni, mommy akan share pada you all berdasarkan pengalaman sendiri.

1st sekali kan, kita kena ada sokongan dari keluarga, especially husband and family kita sendiri serta pengasuh.

sokongan dari keluarga, bila dah tiba masa jadual untuk pump susu, serahkan jagaan anak kita pada ibu kita, ataupun sape sahaja dalam keluarga kita untuk main dengan anak kita. dalam masa yang sama, kita dekat dengan baby..boleh tengok baby kita main dengan auntie dia.

pengalaman aku, bila tiba pump susu, mula lah aku bising2 cari adik2 aku untuk main dengan Fahim. Aku ni guna pump biasa sahaja, solo LED snow bear. Bila solo, makan masa sikit, sebab tu aku kata kewangan wajib kukuh. Pada masa yang sama aku perhatikan Fahim. Sambil pump, sambil urut sebab tu akan percepatkan pengeluaran susu. kadang adik aku memang bising jugak..tapi lantaklah bising2 dia dia buat jugak. Haha tapi elok je layannye.

2nd, kena kuat dari segi kewangan, jiwa mental kena kental. Alhamdulillah Allah permudahkan apa yang baik. 

Nak kena beli macam-macam keperluan. Sebab aku kan PJJ dengan my son, so semuanya nak kena beli lebih, cooler bag, aku dah ada 3jenis. 1 untuk ibu yang kat kampung, 1 lagi yang kecik jenama autumz untuk aku bawak EBM yang belum dibekukan..yang ketiga cooler bag galas jenama Gabag, macam beg sekolah tu. Gabag ni bila balik kampung naik flight, ia akan memudahkan aku membawa EBM yang beku. Pasal barang keperluan ni aku akan cite next entry.

Sebab aku kan PJJ JB-KB dengan anak aku, so kalau tak sempat nak balik kampung tu, aku akan ada polisterine gabus untuk pos ke kampung, guna bas. Sejak duk JB ni, baru 2x je aku balik dengan bas. So untuk 1st time hantar EBM dengan bas, aku kena lah naik bas tu kan bersama EBM dalam polisterine gabus tu. Pada masa yang sama, aku dapatkan nombor telefon pakcik driver bas tu. Nanti dapatkan jadual perjalanan dia. So you all yang takut nak pos EBM yang beku tu kan, 3-4 hari sekali bolehlah poskan guna bas. So, EBM yang cair tu selamat tak payah nak risau takut EBM beku akan mencair. So, inilah yang dipanggil tawakal

Polisterine tu murah je..ada caranya bagaimana nak bawa EBM balik kampung dengan Polisterine, bukan main letak je. Sebab tu kita kena ada ilmu.
Bukan senang nak buat stok susu. Bukan senang nak basuh botol and so on. Bukan senang nk urus masa. tapi smeua tu bukan mustahil..kalau orang lain boleh kenapa kita tak boleh ?

Bila aku google, akan ada jumpa ibu tulis, letak garam dan ais selang seli dengan susu, yes aku faham, bila nak buat, kelaut sebabnya teori is not a praktical rite. So lepas ni aku nak kongsikan bagaimana nak bawa EBM balik kampung dengan perjalanan lebih kurang 6 petang hingga 6 pagi, KB-JB . Perjuangkan apa yang sepatutnya jadi HAK anak kita, bukan setakat harta tapi SUSU IBU pun kena perjuangkan.

To all new mum like me, yang nak start travel bawak stok balik kampung, bolehlah freely PM saya, sementara tunggu next entry bagaimana saya menyimpan EBM untuk travel ke kampung. Fahim tak pernah direct BF, so pengalaman ni sangat berharga buat aku, dan aku sengaja sharing supaya tak luput dari ingatan and i plan to having girl in 4 years later :)


salam sayangg




No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum / salam sejahtera. Jemputlah komen jika bermanfaat. Terima kasih :)