page

nuffnang

2 October 2016

.Salahkah aku menjadi perempuan tidak berharta.



Tidak ramai yang beruntung seperti surirumah.

Kalau diizinkanNya, aku juga ingin menjadi seorang suri rumah tangga. Seronok tengok anak membesar depan mata dengan tangan sendiri. Nak ajar anak baca quran, nak ajar anak baca doa makan, doa masuk tanda, nak pegi pasar dengan anak, nak shopping dnegan anak, semuanya boleh.

 
 Di zaman serba moden dan canggih ini, tika segelas air kosong bukan lagi boleh diminum percuma, ada wanita yang perlu keluar bekerja bagi membantu meringankan bebanan suami.

Walaupun suamiku bergaji belasan ribu ringgit, aku sebagai seorang wanita yang dibesarkan ibu bapaku dengan payah jerih kedua orang tuaku aku perlu mempunyai pendapatan sendiri, membantu mereka ketika mereka di usia emas. Untuk anakku, apa sahaja pembelajaran aku mampu menyediakan segala-galanya. Aku dah pun beli Grolier dengan harga RM2k untuk my son, aku tak kisah pun, berapa harga asalkan berkualiti dan mampu menjadikan anakku genious. 

kerana aku tidak berharta, aku dihina. Mulut orang kita tidak boleh tutup. Mulut tempayan boleh la jugakkan. Terima kasih suamiku memberikan aku cukup makan pakai. Duit suami bagi setiap bulan, jarang aku guna. Semua untuk Fahim dan semuanya untuk keperluan sahaja. Nak beli handphone baru RM500 pun aku berkira inikan pula..hmm Memang aku berkira sebabnya aku berasal dari keluarga miskin. Aku lihat bagaimana abahku balik kerja, penatnya kerja tidak hilang langsung bersiap ke gerai menjual aor tebu untuk mencari nafkah demi keluarganya. Susahnya nak dapatkan RM1. Dulu lepas habis praktikal je aku akan singgah ke gerai air tebu abah, masa aku datang abah balik rumah untuk solat. Masa tu aku berazam nak sambung belajar lagi, moga suatu hari nanti, abah dan ibu dah tak penat. Balik je kerja, aku nak mereka rehat je. Dari situ, aku mula berjimat. Lepas kahwin, aku lihat bagaimana susahnya suamiku mengharungi hidup mencari nafkah demi aku dan anaknya. Susahnya nak cari duit. Namun, aku bukanlah seorang yang kedekut. Di sebabkan itu, ramai jugalah manusia mempertikaikan. Duit yang suami aku bagi, akanku simpan dulu. Lebihan dari itulah belanja setiap bulan. Walaupun suami tak suruh simpan pun. Suami selalu pesan suruh berjimat. Jangan risau sayang, awak tak suruh saya berjimat pun, saya akan buat. Bila orang mula mempertikaikan hak aku seorang isteri yang tak ada pendapatan, maka salahkah aku menjadi perempuan tidak berharta.

orang ingat aku hidup mewah. Jawapannya, hidup aku tak mewahpun. Namun aku aminkan sahaja kerana kata-kata itu doa. Alhamdulillah.

Dulu masa sekolah abah pesan, belajar tinggi-tinggi. Tak kerja bagus pun tak apa, rezeki Allah swt yang bagi. Solat jangan tinggal. Masa aku belajar, aku langsung tak ada masalah kewangan. Hidup selesa. PTPTN kan ada. Orang kata PTPTN tak cukup. Bagi aku, lebih daripada segalanya. Aku korbankan masa siswaku bersama kawan-kawan, sebabnya aku orang miskin. Kalau hang out, duit habis. Baik aku duduk rumah tolong ibu dan abah. Sebab aku sentiasa buat kerja rumah, macam orang gaji je aku rasa, happy. So abah selalu bagi duit sebabnya dia kata upah sebab rajin. haha

Dengan hinaan itu, aku berazam aku akan bekerja sebaik sahaja tamat pengajian. Sehina orang dihina, hina lagi mereka yang menghina. 



impian hari ini nak jadi wanita berkerjaya di samping suri rumah yang Berjaya 





Nota Kaki : Nak mengata orang, cerminkan dulu akhlak kita. 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum / salam sejahtera. Jemputlah komen jika bermanfaat. Terima kasih :)