page

nuffnang

10 March 2021

Pulut durian kasih abah sepanjang masa

 Assalamualaikum.

Dah lama betul tak update blog. Mulai harini bolehlah selalu update. Maklumlah dah beli komputer baru. Sebelum ni pakai laptop, malas nak buka. 

Sekarang di kawasan rumah saya, ada orang jual durian. Hari-hari ada orang jual durian sebenarnya. Nak beli pun, memikirkan harganya yang agak begitu mahal jadi selalu melupakan hasrat tu. kali ni pejam mata tapi beli satu biji je. Itu pun dah RM57. Inilah kasih suami. Apa sahaja yang isteri minta perlu tunaikan. Terima kasih suamiku. Tengah haritu, suami saya ajak pergi pusing-pusing jalan bandar penawar. saya kata nak beli durian. Suami saya pula kata tak payahlah tak ada duit. Jadi saya pun malas lah nak pegi, jadi biarlkan saja suami dan anak berdua pusing-pusing.

Endingnya, katanya ajak pegi beli durian. 😉


 
Cara saya masak pulut durian;

  1. Tanak beras dengan periuk elektrik. saya guna Tefal jadi dia tak melekat di periuk. masukkan beras pulut dan airnya sedikit sahaja. Agak-agak atas sikit dari pulut atau kalau nak lembut sedikit satu ruas jari kelingking.
  2. Santan di campur dengan air. Kali ni guna santan kotak jenama Kara. Tak payah tunggu menggelegak lama. dah naik buih kecil dah boleh tutup api. Masukkan garam. kalau suka masukkan daun pandan. 
  3. Sediakan gula melaka atau gula kelapa atau nisan. Saya guna nisan pure 100% tanpa campuran gula putih. dah siap, hidangkan macam dalam pinggan

Ahh itupun nak beresepi kauu. Mungkin ada jelitawan yang belum tahu. selamat ,mencuba


Masa saya sekolah dulu-dulu, abah selalu beli durian bukan sebiji tapi hampir 10-15 biji. Lepas dah ada anak, barulah terfikir kanapa nak berkira dengan anak kalau mampu. Abah tak pernah berkira bab makan minum anak. Walaupun durian mahal, abah selalu belikan untuk kami adik beradik. Kadang-kadang kalau abah beli 3-4 biji je, ibu dah catu berapa biji untuk setiap orang makan dengan pulut durian dan berapa biji untuk disimpan untuk dimakan dengan budu. Dulu masa sekolah, tak tahu pun durian tu mahal. kadang-kadang selalu minta abah belikan bila tiba musimnya. Rindu pula pada ibu dan abah di kampung. 
 
 
Kasih ibu ke syurga kasih ayah sepanjang masa.



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum / salam sejahtera. Jemputlah komen jika bermanfaat. Terima kasih :)