page

nuffnang

Showing posts with label Drama Tb. Show all posts
Showing posts with label Drama Tb. Show all posts

18 February 2013

Sikap Manusia


Aku tak faham dengan sikap manusia . Pelik sangat kot . Contohnya orang tu dah hina kita dah fitnah kita dah cakap macam-macam dekat kita secara terang terangan mengumpat belakang kita dan post benda bukan - bukan pasal kita yang teruk lagi tulis benda buruk pasal kita . Macamlah dia itu keturunan baik-baik sangat . Nak bentuk orang sila bentuk peribadi keluarga kau dahulu . Jangan nak sibuk hal orang . Lantaklah kau nak sibuk hal aku tapi kau fikir dengan logik la .  Benda macam tu aku tak ambik kisah sangat . Malas nak layan  . Bukan apa..kalau fikir balik tak akan ke mananya . Last nya dia buat macam benda tu tak berlaku padahal dia dah fitnah kita dah burukkan kita . Tapi dia boleh buat tak tahu pulak dengan tindakan dia  ? Tiba-tiba nak bebaik ? Aku tak ada lah nak kisah sangat , Yang penting aku dengan cara aku . Mana aku kisah dengan orang , Nak mengata ke lantaklah . Yang penting aku tak ada nak ikut-ikut perangai orang . Aku macam ini lah .. kadang baik kadang tidak .. alam boleh berubah .. manusia boleh berubah .. tak selamanya orang sama . Iman ada naik ada turun . Bukan malaikat semua nak sempurna . kau tu alim sangat ke sampai nak buat aku jadi macam the real ustazah . come onlah berpijak pada bumi yang nyata . Semua itu hidayah dariNya . Dia boleh tarik semula apa yang diberi

#tengok citer tu aku pun sampai jadi naiki angin 
 
#just to note . Sikap manusia .


8 February 2013

Setia Hujung Nyawa


Bukan nak bercerita pasal drama tersebut . Tapi nak menyampaikan isi kandungan dalam drama itu .
 

 semalam episod akhir setia hujung nyawa . Seriously I tak pernah nak menonton drama itu sebab ketiadaa masa dan tak rasa nak tengok pun . Semua orang bercerita pasal citer tu . Episod last I tengok aa semalam . Lastnye Zain pun penah terlanjur dengan orang lain sama dengan eL.

perempuan baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya .

secara ringkasnya sebab itu adanya perceraian dalam islam 

sebenarnya I pun tak faham maksud ayat  tu

walaupun I tak faham..I tahu semua itu rahsia ilahi dan kita perlu berfikiran positive 

 Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia.

Wanita yang baik tidak akan bersama dengan suami yang jahat. Seandainya mereka telah dijodohkan bersama, mereka tetap tidak akan dapat bersatu.

 Sebab itu dalam Islam sendiri perceraian adalah perkara yang halal. 

Bukan haram. 

Meskipun begitu, ia adalah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah.

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)


“Lelaki penzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, yang demikian itu diharamkan atas orang-orang mu’min. (An-Nur : 3)”

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.“
Ayat ini lebih umum.. nak kahwin dengan siapa pun takde masalah.. maka, dari segi hukumnya, sah pernikahan antara lelaki dan perempuan.. sama ada kedua2nya penzina, mahupun salah seorangnya adalah penzina.

Ayat 3 dalam surah an-Nur bukanlah ayat larangan bernikah, sebaliknya ayat yang mengecam / mengutuk / mengeji perbuatan sang penzina itu, bahawa ianya tak layak (dari sudut kafa’ah – sekufu) untuk bernikah dengan orang mukmin dan soleh.. 

Sekalipun ayat itu dinasakhkan (dimansuhkan hukumnya) dengan ayat ke 32, tetapi ianya dari sudut hukum saja.. ayatnya masih ada dan masih memberi ‘ibrah (pengajaran) tertentu, iaitu secara lumrahnya, orang yg baik hanya akan berkenan dengan orang yg baik juga.. orang yg jahat akan berkenan dengan orang yg jahat juga.. tapi, itu tak semestinya berlaku.

Ada juga situasi yg mana seorang lelaki yg baik, tapi jodohnya dengan seorang wanita yg jahat.. begitu juga ada wanita yg baik, tapi jodohnya dengan lelaki yg jahat.. boleh amik pengajaran daripada kisah Nabi Luth a.s. dan kisah Asiah, isteri Firaun.

Namun, persoalan ‘jahat’ ini masih relevan sekiranya seseorang itu masih lagi terlibat dengan maksiat tersebut.. Sebaliknya, jika beliau telah bertaubat, maka bukanlah dikatakan sebagai orang yg jahat lagi… kerana dikira telah bersih daripada kejahatannya


keluarga yang soleh bermula dari hubungan suci . Impianafida .

#setiahujungnyawa 


19 April 2012

.kasih antara kita.


aku bukan penggemar novel . Kebiasaan novel yang pernah menyinggah di hati adalah pasti yang terbaik :)

 




Tajuk Novel : Kasih Antara Kita
Penulis : Aleya Aneesa
Terbitan : Alaf21





Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Emelda yang terpaksa berkorban demi menjaga maruah kakaknya, Emira yang telah meninggal dunia kerana barah hati setelah melahirkan sepasang anak kembar perempuan. Emelda terpaksa mengaku yang bayi tersebut adalah anaknya bagi mengelakkan kemarahan keluarga terhadap kakaknya yang di ambang maut.

Meskipun hidup di pandang hina oleh masyarakat sekelilingnya, namun Emelda rasa bertuah kerana ibu dan bapanya sentiasa memberi sokongan dan semangat kepadanya. Dengan semangat itulah Emelda meneruskan kehidupannya seperti biasa.

Namun, kehidupannya yang tenang tiba-tiba menjadi tidak keruan dengan kehadiran Aril Fatah, iaitu lelaki yang bertanggungjawab menghamilkan Emira dahulu. Setelah mengetahui yang Dania dan Atiea itu adalah anaknya Aril Fatah mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda tanpa menyedari bahawa Emelda bukanlah orang yang ditidurinya 8 tahun yang lalu.

Emelda berkeras menolak cadangan Aril Fatah. Namun, Aril Fatah berkeras dengan keputusannya lalu, meminta pertolongan dari kedua ibubapanya untuk berbincang dengan ibubapa Emelda. Aril Fatah menceritakan semua kejadian hitam itu kepada keluarganya dan mereka setuju untuk menolongnya.

Setelah perbincangan dibuat oleh kedua-dua belah pihak, akhirnya dengan perasaan berat hati Emelda terpaksa bersetuju juga. Demi Dania dan Atiea, Emelda berkorban lagi. Walaupun dia tahu yang rahsianya pasti akan terbongkar dengan perkahwinan itu. Tapi dia tidak berdaya untuk menolaknya. Akhirnya dia pasrah dan menyerahkan segalanya pada ketentuan takdir.

Seperti yang telah di duga Emelda, rahsia yang tersimpan kejap terbongkar jua bila Aril Fatah mendapat tahu yang dia bukan wanita yang sama yang ditemui dulu. Dan tanpa berselindung dia menceritakan apa yang sebenarnya terjadi setelah diminta oleh Aril Fatah.

Penjelasan Emelda menjadi kemarahan bagi Aril Fatah. Tanpa belas kasihan dia telah menyakiti Emelda. Tidak mahu mendengar rayuan dan rintihan isterinya itu. Aril Fatah mengangap bahawa Emelda mempunyai niat yang lain semasa dia melamarnya dulu.

Emelda rasa tertekan. Bila suaminya tidak pulang berminggu-minggu lama, dia mula mencarinya. Namun, dia sering di halau oleh Aril Fatah melalui pekerjanya. Di pejabat juga dia sering di sindir oleh Maliki yang suatu masa dulu pernah menaruh hati kepadanya.

Di saat Aril Fatah kembali ke rumah, Emelda rasa kosong dan terasing. Tiba-tiba dia rasa terlalu merindui ibunya. Dan tanpa berfikir panjang, Emelda terus memandu pulang ke rumah ibunya. Dia tahu yang dia amat memerlukan sokongan ibunya untuk meneruskan kehidupannya itu.

Sekembalinya Emelda dari rumah ibunya dia bertembung lagi dengan bekas teman lelaki Emira, iaitu Nazri. Dan sebenarnya itu bukanlah kali pertama mereka berjumpa. Nazri tidak mahu mempercayainya apabila Emelda memberitahunya yang dia adalah Emelda dan bukannya Emira yang di sangkakannya.

Aril Fatah masih berkeras untuk tidak menerimanya. Masih mahu menyalahikanEmelda kerana berbohong terhadapnya. Namun, begitu ada rasa kesal yang bertandang di hatinya bila mengenangkan perbuatan kasarnya terhadap Emelda.

Aril Fatah tak pasti apa perasaannya pada Emelda. Sayangkah dia pada isterinya itu? Namun, dia rasa cemburu bila melihat Emelda bersama Maliki. Lantas, tanpa usul periksa dia mula menuduh Emelda berlaku curang di belakangnya.

Dan perasaan itu makin membara apabila Emelda membawa Maliki pergi ke kliniknya dengan alasan Maliki perlukan rawatan darinya. Aril Fatah tidak dapat mengawal perasaannya lalu menghamburkannya pada Emelda.

Dan Emelda yang tidak mengerti dengan sikap Aril Fatah yang berubah tiba-tiba menjadi semakin tertekan. Puas di terangkan antara dirinya dengan Maliki tiada perhubungan apa-apa melainkan kawan biasa. Dan nampaknya Aril Fatah tidak mahu menerima kata-katanya.

Dalam melayan kemelut perhubungannya dengan Emelda, bekas teman wanitanya, Zalida pula masih mengharap agar dirinya kembali semula membina impian yang runtuh di tengah jalan. Merayu agar dia kembali kepadanya. Zalida masih menyintainya.

Manakala hubungannya dengan Emelda masih dingin. Hari-hari ada sahaja perkara yang membuatkan Aril Fatah mengamuk. Dan sudahnya Emelda yang menjeruk rasa.

Namun, Aril Fatah tahu, dia perlu lakukan sesuatu agar perhubungannya dengan Emelda tidak terus retak. Dan dia akui bahawa dia yang bersalah di atas segala kejadian yang berlaku dalam rumahtangganya. Dia harus mengambil langkah positif untuk dirinya dan juga Emelda.

Tetapi semakin dia berusaha untuk berbaik dengan Emelda, semakin galak pula Maliki mencabar kesabarannya. Seperti menyimbah minyak pada api yang mula padam. Aril Fatah kalah dengan api cemburu itu. Lalu, membiarkan emosi menguasai dirinya. Menyebabkan Emelda keletihan melayan kerenah cemburunya itu.

Pemergian mereka ke Sabah, menjadikan hubungan mereka semakin pulih. Walaupun tujuan Emelda ke Sabah sebenarnya atas alasan kerja tetapi kehadiran Aril Fatah bersamanya telah membuatkan tujuannya tersasar. Bersama Aril Fatah, Emelda rasa bahagia. Dia merasakan Aril Fatah adalah seorang lelaki yang romantis dan penyayang.

Bahagia yang diharap berpanjangan terkulai jua akhirnya. Bila Zalida memberitahu Emelda bahawa Aril Fatah adalah kekasihnya dulu, Emelda rasa dirinya dibohongi. Terasa dirinya sebagai perampas hak wanita lain.

Dengan perasaan yang terguris, Emelda mendapatkan kepastian dari Aril Fatah. Bertanya tentang perasaannya terhadap Zalida juga bertanya dimana letak dirinya dalam hidup Aril Fatah.

Dan bersama kemarahan, Aril Fatah bertemu dengan Zalida. Mereka bertengkar. Dan Zalida mendapat kemalangan pada malam itu.

Aril Fatah berasa kesal dengan apa yang berlaku dan berjanji akan membina hubungan mereka semula apabila Zalida sembuh kelak. Tanpa disedari Aril Fatah menyalahkan Emelda di atas apa yang berlaku. Marah, benci silih berganti bila terpandang wajah Emelda.

Walaupun apa yang berlaku bukan salah Emelda, tetapi Emelda terima lakaran takdir untuknya. Emelda masih tenang meskipun dihina suaminya sendiri. Terasa dirinya ibarat sampah di mata Aril Fatah.

Namun, takdir Tuhan tak siapa menduga. Zalida pergi jua menyambut panggilan Ilahi. Aril Fatah tidak dapat menerima kenyataan itu. Dendamnya pada Emelda semakin membara.

Nazri datang meminta kembali haknya bersama Mira. Dia mengaku bahawa Dania dan Atiea itu adalah anaknya bersama Mira. Dan Aril Fatah dengan perasaan terkejut bersetuju menyerahkan anak-anaknya itu kepada Nazri.

Emelda kecewa. Sakit hatinya bila dituduh suaminya sebagai pembunuh. Malah, suaminya menganggap dia sebagai perempuan kotor yang menjijikan. Hancur perasaannya bila suaminya menghalau dia keluar dari rumah itu. Dengan perasaan sedih, ditinggalkan rumah itu juga ditinggalkan anak-anaknya. Dia tahu mereka bukan anaknya tapi anak Aril Fatah.

Setelah terjaga dari tidurnya, barulah Aril Fatah sedar akan keterlanjuran perbuatannya. Namun, semua itu sudah terlambat. Emelda sudah tiada. Dia telah ditinggalkan oleh Emelda. Dia kesal. Benar-benar menyesal.

Emelda membawa diri ke San Francisco. Bertemu dengan adiknya, Emeriz yang belajar di sana. Namun, ke mana saja dia pergi dia masih tidak dapat melupakan apa yang berlaku. Kepedihan, kesakitan tetap terasa di sanubarinya. Meskipun begitu, ada juga terselit rasa rindu di hatinya buat lelaki yang bernama Aril Fatah itu yang pernah dan masih lagi menjadi suaminya.

Aril Fatah buntu. Mencari Emelda bukan satu pencarian yang mudah. Akhirnya dia berjumpa adiknya, Nazihah. Barulah dia mengetahui bahawa Emelda membawa diri ke San Francisco.

Untuk menjejaki Emelda, dia takut. Takut kalau Emelda terus lari darinya. Takut kalau terus kehilangan Emelda. Selebihnya dia malu. Malu pada wanita yang bernama Emelda.

Kedatangan Nazri mengusutkan lagi keadaan. Nazri datang menuntut haknya walaupun dia tahu kembar itu bukanlah darah dagingnya, namun, dia perlukan mereka untuk menebus kesalahannya kepada Emira. Aril Fatah enggan memberikannya kepada Nazri lalu berlakulah pertengkaran antara mereka.

Dalam keributan, muncul Emelda dengan langkah longlai, dan menyerahkan keputusan DNA Dania dan Atiea kepada Aril Fatah. Maka terbuktilah bahawa Aril Fatah adalah ayah kepada kembar itu. Dan Nazri berlalu dengan rasa kecewa kerana hajatnya tidak kesampaian.

Dengan seribu penyesalan, Aril Fatah memohon kemaafan dari Emelda. Dan Emelda dengan rela hati telah memaafkannya. Tetapi tidak mahu menerima Aril Fatah dalam hidupnya lagi.
Emelda tidak mahukan dirinya lagi.

Di saat segala rahsia yang di simpan rapi diketahui keluarga mereka, Emelda rasa tertekan. Namun begitu, ada hikmah di sebalik semua kejadian ini. Dan kebahagian itu sememangnya milik mereka berdua. Itulah harga untuk segala pengorbanan yang dilakukan Emelda.






~ku impi sebuah keluarga baru yang bahagia ~

8 February 2012

Dangerous Love



''Hai, anda minat drama Filipina? Anda minat Marian Rivera dan Ding Dong Dantes yang berlakon dalam Telenovela Marimar? nak beritahu anda tentang drama Filipina yang ditayangkan di Malaysia mulai 7 Disember lalu. Tajuknya Dangerous Love. Di Filipina, tajuknya Ang Babaeng Hinugot sa Aking Tadyang. Kalau anda nak tengok di TV3 memang takde sebab drama ini hanya di tayangkan di laman web Tonton. Anda perlukan internet berkelajuan tinggi untuk memastikan anda menonton drama ini dengan lancar''

selesai menonton dangerous love@ tonton tv3 . saya yakin , ia series love drama terhebat 2012 ! pada mulanya saya diperkenalkan oleh adik saya . lalu saya menontonnya di episod pertama . episod tersebut telah mencuri hati saya untuk terus melekat depan computer . selama 2 hari saya bersengkang mata ! hehe itulah saya .


bagi yg dah tengok tu , ok lah kan .sekadar mengisi masa lapang .


tak sabar nak tunggu ENDLESS LOVE . cter dia lebih kurang AUTUMN IN MY HEART !