page

nuffnang

Showing posts with label My boutique. Show all posts
Showing posts with label My boutique. Show all posts

19 February 2013

Pengurusan Kewangan



Individu yang mencipta kejayaan cemerlang memulakan usaha dengan yakin pada diri. Semangat berdikari dan tidak mudah menyerah kalah.

Jika berdepan masalah atau kegagalan, itu satu kenyataan yang mesti diterima dengan hati dan fikiran terbuka. Apa yang penting, jangan mudah patah semangat. Pertolongan Allah akan datang daripada segenap penjuru yang tidak disangka membantu mereka yang tidak berputus asa.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah, melainkan kaum yang kafir.” – (Surah Yusuf, ayat 87) 

 Yakin diri lahir daripada individu yang mengenali kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Kelebihan dianugerah Allah adalah amanah untuk melakukan kebaikan. 
 Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya jika bersyukur kamu, akan ditambahkan untuk kamu. Dan jika kufur kamu, sesungguhnya azab-Ku adalah sangat pedih.” – (Surah Ibrahim, ayat 7)

Justeru, jangan bersifat pasif dalam usaha mencari rezeki. Usaha mesti dilipat gandakan dan bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan Allah. Manusia digalakkan supaya berdoa memohon kepada Allah untuk mendapat kehidupan lebih baik.

ada pandangan saya,
Kita sebagai umat islam seharusnya peka dalam mencari rezeki. Persoalannya disini terpulang pada diri kita bagaimana kita hendak urusankan sumber pendapatan kita. Apa yang dapat saya kongsi disini kita berbelanja mengikut kemampuan kita.


 Gaji yang kita terima setiap bulan kita bahagikan kepada 3 bahagian.

1)Yang pertama kita bahagikan gaji kita 70% dari gaji kita gunakan sebagai expenses.


2)Yang Kedua kita bahagikan 10% gaji kita sebagai simpanan semasa (bertujuan kita boleh gunakan pada waktu-waktu kecemasan)>


3)Yang ketiga kita bahagikan 10% gaji kita sebagai simpanan tetap (Bertujuan sebagai simpanan utk kita buat bayaran rumah atau kereta.


4)Yang keempatan kita bahagikan 10% gaji kita untuk Insurans (dengan adanya simpanan ini kita boleh gunakan untuk menampung kos-kos perubatan + simpanan)


Dengan adanya simpanan begini, kita akan selamat dan bebas dari masalah hutang.PwPengurusan Kewangan

satu lagi punca kewangan adalah daripada pendapatan kedua . Macam cik impianafida ini .

shawl
prepared my own

Bidang salun dah terjun . sekarang boleh terjun bidang boutique pulak .
20 tahun akan datang I nak bagi boutique I pada anak perempuan I walau apa jua kerjaya dia
masa dia kecik lagi I nak latih dia dalam bidang ni

Photo: #rezeki #halal


berniaga itu sunnah nabi muhammad s.a.w kerana nabi juga seorang peniaga.
 
Kalau tak salah saya, perkara sesuatu menjadi sunnah nabi sekiranya nabi dulu melakukannya. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila lawati halaman Jabatan Agama. Macam-macam boleh belajar dari halaman ini.

Satu lagi, sebagai seorang peniaga dan muslim, saya sangat sangat mengesyorkan orang islam di malaysia ini berniaga.

pelik saya melihat MALAYSIA negara islam, dengan majoriti islam, tapi orang islam tiada langsung kuasa ekomomi.

COMPLETELY DEFENSELESS in the world of economy, COMPLETELY DEFENSELESS in the economy of the world.

Orang lemah akan dibuli terus. Orang bodoh akan deperbodohkan terus.
 
Kalau mahu Islam dihormati, beri sebab kenapa islam harus dihormati. Tanggung jawab semua ummat islam untuk memberikan sebab untuk islam dihormati. 

Dalam dunia materialistik ini, kalau mahu islam dihormati, jangan jadi lemah. Tiada salahnya kalau Islam menjadi kuat dalam ekonomi.


Impianafida

 #tak sempat nak blogwalking , masa sangat terhad . 'lapang sebelum sempit' . salam .