Alhamdulillah ada masa nak menghadap lappy walaupun bertimbun kerja nak kena buat . Baiklah.entry ini copy untuk tetapan dan bahan bacaan saya untuk dikongsi bersama.
''aku lihat dia disana..aku ingin mendekatinya..lalu aku emnyapa dia..dia pun membuka bicara dan aku mula mengenalnya''
Bila bercerita mengenai tajuk 'Perempuan Meminang Lelaki' ini, ia
sepatutnya bukan perkara asing bagi kita sebagai umat Islam. Jika kita
merujuk kembali Siratun Nabi, kisah ini telah tertulis hampir 1400 tahun
yang lalu. Ia bukan melibatkan orang-orang biasa melainkan nabi
junjungan kita umat Islam sendiri, Nabi Muhammad S.A.W.
Khadijah binti Khuwaylid merupakan majikan kepada Rasulullah S..A.W. Di
atas kebaikkan akhlak Muhammad S.A.W serta sifat-sifat baginda yang
terpuji sebagaimana yang diceritakan oleh Maysarah, iaitu salah seorang
hamba Khadijah, maka kepuasan hati terhadap pekerjanya tersebut bertukar
kepada perasan cinta. Menurut satu riwayat, Khadijah menceritakan
keinginan tersebut kepada Nufaysah binti Munyah.
Nufaysah kemudiannya menemui Rasulullah S.A.W dan memberitahu akan hajat
Khadijah tersebut. Nabi Muhammad S.A.W agak terkejut kerana tidak
terfikir akan menerima berita sedemikian. Ini kerana Khadijah sering
menolak pinangan di kalangan orang terkaya di kalangan kaum Quraisy.
Namun begitu, Rasulullah S.A.W menyampaikan berita gembira kepada
Nufaysah dengan menerima lamaran Khadijah. Tidak lama selepas itu,
sahlah Khadijah menjadi isteri Nabi Muhammad S.A.W dengan berwalikan
bapa saudara Khatijah, Umar ibn Asad.
Menyingkap kembali sejarah alam perkahwinan Nabi Muhammad S.A.W, kita
sepatutnya sedar bahawa peristiwa perempuan meminang lelaki ini bukanlah
perkara baru. Siratun Nabi adalah contoh dan teladan yang terbaik untuk
diikuti. Paling tidak pun, masyarakat tidak boleh memandangnya sebagai
sesuatu yang pelik atau salah. Ini menunjukkan ia sebenarnya adalah
sifat terpuji dan diharuskan dalam Islam.
Malangnya sejak zaman-berzaman lagi, masyarakat melayu diperkenalkan
dengan istilah 'Perigi Mencari Timba'. Tidak perlu diperpanjangkan di
sini akan apakah ia, masyarakat sudah sedia maklum akan maknanya.
Peribahasa tersebut berbaur negatif yang menentang sekeras-kerasnya
tindakan wanita untuk menyatakan hasrat hati kepada lelaki. Inilah yang
membataskan orang Melayu sendiri untuk keluar dari kepompong adat. Tidak
cukup dengan itu, masyarakat melayu amat ditekankan dengan amalan
adatnya dengan peribahasa yang berbunyi 'Biar Mati Anak, Jangan Mati
Adat'. Orang Melayu amat mendahulukan adat dalam banyak perkara
sehari-hari.
Andai kita melihat dari sudut psikologi, ada relevannya jika kita
biarkan sahaja orang Melayu ini terus dengan peribahasa jangan 'Perigi
Mencari Timba'. Kita kekalkan wanita itu dengan sikap malunya dan lelaki
itu terus dengan sikap mendahului wanitanya dalam perkara berkaitan
dalam hubungan ke gerbang perkahwinan. Tentu ia manis, bukan?
Lelaki ini dilahirkan dengan sikap kerasnya dan sedia bersaing. Jika
mereka berpeluang untuk dilamar, maka kuranglah perasaan ingin bersaing
di dalam diri segolongan lelaki. Dalam keadaan masyarakat kita seperti
hari ini, berapa ramai anak muda yang boleh mencontohi akhlak dan
peribadi Rasulullah S.A.W untuk dilamar oleh wanita solehah? Sudah pasti
wanita-wanita solehah yang ada turut menjadi target lelaki lain yang
ingin bersaing yang mana keperibadian mereka lebih menonjol. Maka
peluang mereka terus berlalu kerana semangat daya saing yang kurang.
Selain itu, lelaki juga punyai perisai semulajadi dalam menangani emosi.
Bagi kebanyakkan mereka, jika mereka berusaha mendapatkan seorang
wanita yang mereka dambakan, sekiranya mendapat penolakkan, bagi lelaki 'life must go on'. Dalam diri mereka ada ego, yakin bahawa ada wanita yang lebih baik di luar sana.
Dalam kajian psikologi juga, wanita ini akalnya pendek. Jika mereka tekad untuk meneruskan hasrat mendampingi lelaki yang mereka suka hanya dengan sebuah lamaran, kita khuatir mereka menjadi mangsa tipu daya lelaki durjana. Kerana mengejar kekayaan dan rupa, mereka akan hanyut di lautan dunia. Adalah lebih baik andai wanita itu menyembunyikan hasrat hatinya berbanding menyatakannya jika ini situasinya.
Namun begitu, kebiasaan seperti lelaki melamar wanita itu bukanlah
sesuatu ketetapan. Apa yang diperlihatkan kepada kita melalui sejarah
Rasulullah S.A.W, ia memberi contoh kepada ummat bahawa harus bagi
wanita melamar lelaki. Kita perlu sedar, ada sesetengah lelaki melalui
zaman bujang yang terlalu panjang sehingga mengabaikan alam
berumahtangga. Golongan seperti ini memerlukan wanita yang cukup berani
untuk menyatakan usul untuk membuka mata mereka bahawa mereka masih
berpeluang.
Di dalam kehidupan serba moden yang dikelilingi hiburan, wanita-wanita
baik sering berhadapan dengan lelaki yang membawa kepada lara. Sesekali
mereka terjumpa lelaki yang boleh membawa mereka kepada amalan hidup
yang baik, ternyata golongan lelaki ini sukar didampingi. Dalam keadaan
inilah amat relevan jika wanita mendahului lelaki supaya wanita tidak
dipikat oleh golongan yang mungkin boleh menghancurkan. Islam itu
sentiasa menyediakan jalannya serta pilihan.
Oleh itu sekali lagi kita tegaskan di sini, lelaki meminang wanita itu
adalah kebiasaan tapi bukan ketetapan. Islam pula menyediakan jalan dan
pilihan yang mana mengharuskan wanita meminang lelaki. Kedua-dua jantina
ini berpeluang untuk menyatakan hasrat terlebih dahulu dan tidak ada
mana-mana satu di antaranya menyalahi hukum agama. Islam itu tidak
pernah membezakan hak antara lelaki dan perempuan hatta dalam hubungan
ke gerbang perkahwinan sekalipun.
(Sumber rujukan sirah: Sejarah Kehidupan Nabi Muhammad, Dr Muhammad Hussein Haykal)
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum / salam sejahtera. Jemputlah komen jika bermanfaat. Terima kasih :)