page

nuffnang

Showing posts with label Islam Is The way Of Life. Show all posts
Showing posts with label Islam Is The way Of Life. Show all posts

4 May 2013

Wanita Meminang Lelaki


Alhamdulillah ada masa nak menghadap lappy walaupun bertimbun kerja nak kena buat . Baiklah.entry ini copy untuk tetapan dan bahan bacaan saya untuk dikongsi bersama.

''aku lihat dia disana..aku ingin mendekatinya..lalu aku emnyapa dia..dia pun membuka bicara dan aku mula mengenalnya''

Bila bercerita mengenai tajuk 'Perempuan Meminang Lelaki' ini, ia sepatutnya bukan perkara asing bagi kita sebagai umat Islam. Jika kita merujuk kembali Siratun Nabi, kisah ini telah tertulis hampir 1400 tahun yang lalu. Ia bukan melibatkan orang-orang biasa melainkan nabi junjungan kita umat Islam sendiri, Nabi Muhammad S.A.W. 

Khadijah binti Khuwaylid merupakan majikan kepada Rasulullah S..A.W. Di atas kebaikkan akhlak Muhammad S.A.W serta sifat-sifat baginda yang terpuji sebagaimana yang diceritakan oleh Maysarah, iaitu salah seorang hamba Khadijah, maka kepuasan hati terhadap pekerjanya tersebut bertukar kepada perasan cinta. Menurut satu riwayat, Khadijah menceritakan keinginan tersebut kepada Nufaysah binti Munyah.

Nufaysah kemudiannya menemui Rasulullah S.A.W dan memberitahu akan hajat Khadijah tersebut. Nabi Muhammad S.A.W agak terkejut kerana tidak terfikir akan menerima berita sedemikian. Ini kerana Khadijah sering menolak pinangan di kalangan orang terkaya di kalangan kaum Quraisy. Namun begitu, Rasulullah S.A.W menyampaikan berita gembira kepada Nufaysah dengan menerima lamaran Khadijah. Tidak lama selepas itu, sahlah Khadijah menjadi isteri Nabi Muhammad S.A.W dengan berwalikan bapa saudara Khatijah, Umar ibn Asad.

Menyingkap kembali sejarah alam perkahwinan Nabi Muhammad S.A.W, kita sepatutnya sedar bahawa peristiwa perempuan meminang lelaki ini bukanlah perkara baru. Siratun Nabi adalah contoh dan teladan yang terbaik untuk diikuti. Paling tidak pun, masyarakat tidak boleh memandangnya sebagai sesuatu yang pelik atau salah. Ini menunjukkan ia sebenarnya adalah sifat terpuji dan diharuskan dalam Islam.

Malangnya sejak zaman-berzaman lagi, masyarakat melayu diperkenalkan dengan istilah 'Perigi Mencari Timba'. Tidak perlu diperpanjangkan di sini akan apakah ia, masyarakat sudah sedia maklum akan maknanya. Peribahasa tersebut berbaur negatif yang menentang sekeras-kerasnya tindakan wanita untuk menyatakan hasrat hati kepada lelaki. Inilah yang membataskan orang Melayu sendiri untuk keluar dari kepompong adat. Tidak cukup dengan itu, masyarakat melayu amat ditekankan dengan amalan adatnya dengan peribahasa yang berbunyi 'Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat'. Orang Melayu amat mendahulukan adat dalam banyak perkara sehari-hari.
Jadi sekarang, di mana relevannya kedua-dua perkara ini?

Andai kita melihat dari sudut psikologi, ada relevannya jika kita biarkan sahaja orang Melayu ini terus dengan peribahasa jangan 'Perigi Mencari Timba'. Kita kekalkan wanita itu dengan sikap malunya dan lelaki itu terus dengan sikap mendahului wanitanya dalam perkara berkaitan dalam hubungan ke gerbang perkahwinan. Tentu ia manis, bukan?

Lelaki ini dilahirkan dengan sikap kerasnya dan sedia bersaing. Jika mereka berpeluang untuk dilamar, maka kuranglah perasaan ingin bersaing di dalam diri segolongan lelaki. Dalam keadaan masyarakat kita seperti hari ini, berapa ramai anak muda yang boleh mencontohi akhlak dan peribadi Rasulullah S.A.W untuk dilamar oleh wanita solehah? Sudah pasti wanita-wanita solehah yang ada turut menjadi target lelaki lain yang ingin bersaing yang mana keperibadian mereka lebih menonjol. Maka peluang mereka terus berlalu kerana semangat daya saing yang kurang. Selain itu, lelaki juga punyai perisai semulajadi dalam menangani emosi. Bagi kebanyakkan mereka, jika mereka berusaha mendapatkan seorang wanita yang mereka dambakan, sekiranya mendapat penolakkan, bagi lelaki 'life must go on'. Dalam diri mereka ada ego, yakin bahawa ada wanita yang lebih baik di luar sana.

Berbanding dengan wanita, jika kita membiasakan amalan melamar lelaki sebagaimana di zaman Rasulullah S.A.W, kita khuatir wanita dalam masyarakat kita tidak mempunyai kekuatan emosi seandainya lamaran mereka ditolak. Bagi wanita, keberanian sebesar itu datang dengan sebuah nekad, habis berani dan yakin. Seandainya wanita itu punyai kekebalan jiwa yang mana hati mereka dihiasi dengan roh Al-Quran dan As-Sunnah, maka tidak menjadi masalah. Bagimana jika mengganggu kehidupan harian mereka dalam pekerjaan, hubungan keluarga dan rakan-rakan? Yang akhirnya akan memudharatkan diri mereka sendiri dek kerana gangguang emosi serta kekacauan jiwa.
Dalam kajian psikologi juga, wanita ini akalnya pendek. Jika mereka tekad untuk meneruskan hasrat mendampingi lelaki yang mereka suka hanya dengan sebuah lamaran, kita khuatir mereka menjadi mangsa tipu daya lelaki durjana. Kerana mengejar kekayaan dan rupa, mereka akan hanyut di lautan dunia. Adalah lebih baik andai wanita itu menyembunyikan hasrat hatinya berbanding menyatakannya jika ini situasinya.

Namun begitu, kebiasaan seperti lelaki melamar wanita itu bukanlah sesuatu ketetapan. Apa yang diperlihatkan kepada kita melalui sejarah Rasulullah S.A.W, ia memberi contoh kepada ummat bahawa harus bagi wanita melamar lelaki. Kita perlu sedar, ada sesetengah lelaki melalui zaman bujang yang terlalu panjang sehingga mengabaikan alam berumahtangga. Golongan seperti ini memerlukan wanita yang cukup berani untuk menyatakan usul untuk membuka mata mereka bahawa mereka masih berpeluang.

Di dalam kehidupan serba moden yang dikelilingi hiburan, wanita-wanita baik sering berhadapan dengan lelaki yang membawa kepada lara. Sesekali mereka terjumpa lelaki yang boleh membawa mereka kepada amalan hidup yang baik, ternyata golongan lelaki ini sukar didampingi. Dalam keadaan inilah amat relevan jika wanita mendahului lelaki supaya wanita tidak dipikat oleh golongan yang mungkin boleh menghancurkan. Islam itu sentiasa menyediakan jalannya serta pilihan.
 
Ada juga golongan wanita yang tidak mahu usia mereka terus meningkat tanpa ikatan perkahwinan. Si lelaki pula takut menyatakan hasrat kerana khuatir si wanita belum bersedia. Seandainya wanita tidak keberatan untuk menyatakan kesediaan dan si lelaki kelihatan ada kesungguhan tetapi menanti waktu, adalah amat molek seandainya wanita menyatakan usul terlebih dahulu. Jika kedua-duanya terus menunggu sedangkan si wanita sudah bersedia, membuat lamaran kepada lelaki adalah perkara yang baik daripada terus memudharatkan usia mereka sebelum perkara yang lebih besar bakal diterajui hingga membataskan pernikahan.

Oleh itu sekali lagi kita tegaskan di sini, lelaki meminang wanita itu adalah kebiasaan tapi bukan ketetapan. Islam pula menyediakan jalan dan pilihan yang mana mengharuskan wanita meminang lelaki. Kedua-dua jantina ini berpeluang untuk menyatakan hasrat terlebih dahulu dan tidak ada mana-mana satu di antaranya menyalahi hukum agama. Islam itu tidak pernah membezakan hak antara lelaki dan perempuan hatta dalam hubungan ke gerbang perkahwinan sekalipun.

(Sumber rujukan sirah: Sejarah Kehidupan Nabi Muhammad, Dr Muhammad Hussein Haykal)

24 February 2013

Life Must Be Go On


 Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH,
Dengan namaMu ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.


Hidup harus sentiasa bersyukur . Barulah bahagia . Barulah sentiasa dirahmatiNya selalu . 
Dugaan ini teramatlah berat . Ada baiknya mendiamkan sahaja masalah dari dikongsi . Bukan boleh dibawa kemana pun kalau berkongsi . Hidup tak selalu indah . Yang indah itu tidak selalunya indah . 

Seandai ada di antara kita,merasa tiada tempat mengadu cerita,kesenangan dan kepahitan,jangan kita lupa kita masih punya yg ESA yang lebih memahami . Aku jua begitu . Masih mencari-cari erti kehidupan . Marilah kita sama-sama merenungkan ayat ini...

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran
"(2:186)

Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini

Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan Penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari

Oh... nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa

Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini






"Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian itu terdapat tanda (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman"

(Surah as-Syu'araa : ayat 103)

 Memang benar berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Tapi life goes on, no body died or committing suicide dan mereka bukan semua hebat2 agama, biasa biasa saja.

Ingatlah akan firmaNnYA TENTANG MANUSIA:

1) Dan manusia mendoa untuk kejahatan sebagaimana ia mendoa untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa. (Al-Isra’.11)

2) “Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Q.S Al-Baqarah 155)

3) “Allah hendak memberikan keringanan kepadamu dan manusia dijadikan bersifat lemah” (Q.S. Annisa; 28)

4) “Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah” (Q.S Al Ma’arij : 20)

5) “Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa lagi putus harapan.” (Q.S Al-Fushshilat .49)

6) “Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia; dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa” (al-Isra’ 83)

dan Maha Benar Allah,

7) "Dan kami jadikan sebahagian kamu sebagai cubaan bagi sebahagian yang lain. Mahukah kamu bersabar?; dan adalah Tuhanmu maha Melihat.
[Al-Furqan :20]"

Setiap kelemahan manusia yang Allah firmankan dalam Alquran, ada penawarnya ada jalannya Allah tunjukkan, seperti contoh

Untuk ayat 20 sural Al Maarij balance bagi keluh kesah adalah dari ayat 22 hingga ke 35 surah Al Maarij.

Begitu juga Al Baqarah ayat 155 ada neutralizer/ antidote nya, dan indah sekali apabila di ajarnya pula bila di timpa malapetaka untuk mengucapkan pula

 " Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Al Baqarah 156). Di tambah kan sedap nya lagi dengan sabda nabi dengan doa "Ya Allah, berikanlah kepadaku pahala dalam musibah ini, dan gantikanlah aku dengan yang lebih baik daripadanya". 


#

Sesungguhnya doa merupakan satu wasilah untuk kita mendekatkan diri kepada ALLAH.

Bersyukurlah kepdaNYA apabila hajat kita disampaikan,

Teruskanlah berdoa kepadaNYA dengan penuh pengharapan...dan mengharapkan petunjuk.

Hakikatnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA

#

Bila kite di dalam kesedihan / keresahan / kesusahan sebenarnya Allah nak bagitahu kite bahawasanya ramia lagi yang berada dalam kesusahan ..well life must be go on..itulah erti keyukuran yang sebenar .
 
Allahu’alam


18 February 2013

Bersederhana Majlis perkahwinan itu



walimah urus bukanlah suatu majlis untuk berpesta dan bersukaria tidak menentu, malah ia adalah satu bentuk ibadat diperintah Allah yang perlu diadakan sebaik mungkin mengikut anjuran agama.

Untuk kali ke berapa dah tahun ni masuk sini . Caribarang sikit .



Bila dah beli bukan untuk mebazir..boleh recycle buat decoratin dalam rumah


 Kalau tak nak membazir semua orang boleh akad nikah pakai baju kurung sedia ada . Dan sedikit jamuan ringan untuk keluarga pengantin .

Bersederhana dalam perkahwinan . Kalau mampu buat besar . Tak mampu buat sekadar sahaja  Terpulang kepada individu itu sendiri . Aku jugak nak bersederhana dan nak mengikut kemampuan . Ibarat macam gaji 500 ada hati nak beli Volkswagen . Lebih kurang aa. fikir logik aa . 

Aku sendiri tak berapa suka nak bahaskan isu ini .

BAGI setiap pasangan yang diijab kabul, mereka diraikan dalam majlis kenduri kahwin atau disebut walimatul urus kerana melalui majlis inilah perkahwinan pasangan terbabit diketahui ramai pihak, sekali gus mengelak prasangka buruk terhadap mereka.

Majlis kenduri kahwin dianjurkan agama dan hukumnya sunat. 

 Justeru, sesuailah dengan amalan yang dilakukan masyarakat hari ini, apabila ada perkahwinan diadakan majlis kenduri dengan dijemput orang ramai menghadirinya.

Dari Anas bin Malik r.a menyebut Rasulullah s.a.w melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya: “Kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab: “Wahai Rasulullah aku sudah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas.” Baginda mendoakan keberkatan untuk Abdul Rahman bin Auf dan berkata: “Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.” (Muttafaqun alaih)

Tetapi dalam situasi kebelakangan ini, sesetengah majlis kenduri kahwin seolah-olah menjadi arena untuk menunjuk-nunjuk dan bersuka ria, diadakan besar-besaran di hotel mewah, membabitkan tetamu istimewa saja dan bercampur dengan unsur maksiat. Apakah ini bentuk walimatul urus dalam Islam?

Penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar, berkata umat Islam sepatutnya bersederhana apabila mengadakan majlis itu, sesuai dengan nasihat Rasulullah s.a.w kepada umatnya supaya bersederhana dalam semua perkara.

Amalan sederhana itu katanya, bertujuan mengelak pembaziran dan unsur maksiat dalam majlis kenduri berkenaan.

Gesaan bersederhana ini sesuai dengan ayat 26 surah al-Isra' bermaksud:  

“Berikanlah kepada kerabatmu, orang miskin dan orang musafir hak masing-masing dan janganlah kamu berbelanja dengan sangat boros.”

Menurutnya, majlis kenduri terbabit boleh menjadi majlis yang diberkati jika bertepatan dengan anjuran Islam, tetapi sebaliknya menjadi majlis terkutuk apabila bercampur aduk dengan maksiat.

“Bagi memastikan walimah yang diberkati Allah, pertama, kena menggunakan sumber rezeki yang halal, iaitu wang yang digunakan untuk majlis terbabit tidak diperoleh melalui cara haram.

“Majlis yang diadakan itu juga perlu jauh daripada unsur riak iaitu menunjuk-nunjuk dan bertujuan berbangga-bangga dengannya,” katanya.

Mohd Rani menegaskan, walimah urus bukanlah suatu majlis untuk berpesta dan bersukaria tidak menentu, malah ia adalah satu bentuk ibadat diperintah Allah yang perlu diadakan sebaik mungkin mengikut anjuran agama.

“Elak daripada bercampur dengan unsur yang diharamkan, tidak melalaikan, tiada percampuran bebas antara lelaki dan perempuan, tiada lagu yang melalaikan dan benda lain yang tidak baik.

“Ulama besar yang warak dulu tidak menghadiri majlis kenduri apabila ada bunyi gong atau gendang, kerana mereka tidak mahu dilalaikan benda seperti itu,” katanya.

Beliau menjelaskan, apabila mengadakan majlis kenduri kahwint jangan sampai berhutang sebaliknya buat mengikut kemampuan.

“Tetapi bagi orang berada, tiada masalah untuk mengadakan walimah besar-besaran dengan syarat menepati dengan anjuran Islam, menjemput semua orang termasuk orang miskin supaya matlamat walimah tercapai, memupuk persefahaman dan perkenalan,” katanya.

Mohd Rani berkata, masyarakat juga perlu mengelak daripada menjadikan walimatul urus seolah-olah satu bentuk komersial dengan menetapkan bayaran tertentu apabila mahu menghadirinya.

“Majlis ini perlu dilakukan dengan ikhlas. Tetamu juga perlu ikhlas dan apabila ada sumbangan atau hadiah kepada pasangan pengantin terbabit hulurkan dengan niat sedekah sebagai satu ibadat.

“Orang dulu membantu pihak yang mengadakan walimah dengan membawa sedikit bahan makanan seperti gula,” katanya sambil mengingatkan pihak yang mengadakan walimah supaya tidak memaksa atau memandang sinis kepada tetamu yang tidak menghulurkan sumbangan.

Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian adalah menyusahkan tetamu terutama golongan miskin, malah berlawanan dengan roh Islam.


Sementara itu, menurut Datuk Daud Che Ngah, sesetengah majlis kenduri kahwin kini tidak menepati anjuran agama kerana majlis dihadiri golongan tertentu saja iaitu orang kaya sesama orang kaya, manakala yang miskin diabaikan malah program kebaratan.

“Orang yang mengadakan kenduri dengan menjemput orang kaya saja manakala orang miskin tidak dijemput, kenduri itu kenduri terburuk.

“Jika panggil orang besar, hebat, saya ingat orang itu saja yang tahu, orang kampung tidak tahu. Ramai yang mengadakan kenduri perkahwinan kerana bangga dan riak (menunjuk-nunjuk),” katanya.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Makanan yang paling buruk adalah makanan walimah apabila orang yang perlu makan (si miskin) tidak diundang malah orang yang tidak perlu (orang kaya) diundang.” (Muslim)

Katanya, dalam perkahwinan boleh mengadakan kenduri tetapi jangan terlalu mewah, bercampur maksiat dan terdedah aurat..Terpulang kepada individu sendiri . Boleh fikir sendiri yang mana elok atau tidak .





impianaFida


15 February 2013

Tidur Dalam Islam

Assalamu’alaikum
 
Itu la islam. Syumul (menyeluruh dan sempurna) . Mana ada agama yang ajar kita tentang semua perkara dari hal buang air besar hingga ke ekonomi islam dan sebagainya.
Kalau kita buat semua perkara ikut sunnah Rasullulah, semua perkara dianggap ibadah dan dapat pahala kecuali la yang confirm haram buat cara apa pun confirm dapat dosa.
Tidur. Salah satu nikmat yang sangat istimewa Allah beri pada kita. Bayangkan lah kita tak boleh tidur. Dok keliput2 mata tengok orang sekeliling tidur lena sampai berdengkur, yang kita ni dok kira detik jam, dok tengok cicak, lipas… mau pening kepala esok pagi. Tak boleh tidur walaupun badan dah letih dan mata mengantuk, boleh migraine kita. Tapi orang ramai tak perasan besarnya nikmat TIDUR. Nikmat Allah yang mana lagi nak kita dustakan.
Tidur yang teratur dapat mengefektifkan waktu kita terutama untuk beribadah di malam hari serta untuk mengerjakan hal lainnya. Di dalam Al-Quran disebutkan ada segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam.

Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : 
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.” ( Surah az-Zariat ayat 15-18 )
Umumnya orang beranggapan bahawa tidur malam yang baik memerlukan waktu sekitar enam hingga lapan jam sehari.
 Tetapi ketahuilah bahawasanya pendapat ini ditentang oleh para saintis Barat seperti Dr Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahwa
 manusia sebenarnya hanya perlu tidur malam selama TIGA JAM . 
Waktu tidur boleh dibahagi kepada dua bahagian iaitu tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya terjadi pada tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk boleh tidur lelap kerana tidur ayam adalah masa berangan-angan yang sebenarnya hanya membuang waktu saja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap dengan mengacu pada kajian saintis Barat yaitu cukup selama TIGA JAM.
Cara bangun tidur juga ada hal perlu diikuti untuk menjaga kesihatan dan menghindarkan diri dari pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur terus langsung melompat dari tidurnya maka berisiko terkena penyakit jantung dan boleh menyebabkan meninggal. Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China - Dr Huang Guoxiong dari Badan Pengobatan Lioning.
Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik bagaimana tidur yang benar lengkap dengan doa-doanya. Sebagai ringakasan mungkin kita boleh latihan untuk tidur malam seperti :

1. Makan malam sedikit saja cukup sekedar supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak maka akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur

2. Tunaikan solat Isya’ sebelum tidur.

3. Bersihkan tempat tidur seperti seprei, bantal,kasur dan lain-lain dari kotoran.

4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.

5. Kurangi waktu tidur dari lapan jam sehari menjadi tujuh jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bulan kedua kurangi waktu tidur malam menjadi enam jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga menjadi lima jam sehingga kita boleh tidur untuk waktu tiga jam saja.
Maka Allah mengatakan dalan Q.S.An-Naba: ayat 9 :
Ertinya : “dan kami jadikan tidur kalian sebagai istirehat yang terbaik.”
 Ternyata tidur ini tidaklah hanya sekadar rutin harian kita akan tetapi ada arahan-arahan dari Rasulullah SAW supaya tidur kita mempunyai makna baik bagi diri kita secara peribadi dengan badan kita, jasmani kita atau hubungannya dengan Allah yang berbentuk pahala. 
Sangat berbeza dengan orang kafir yang tidak mempunyai adab ketika hendak tidur.Rasulullah SAW memberikan petunjuk dan nasihat-nasihat berkenaan dengan tidur supaya tidur kita bernilai ibadah, mempunyai hikmah dan faedah bagi tubuh kita,
1. Tutuplah pintu dan lampu.
Kita disuruh menutup pintu, kemudian mematikan api dan lampu. 
Diriwayatkan dari Jabir ra. : Nabi Muhammad S.a.w. pernah bersabda, 
“Ketika malam turun, dekatkanlah anak-anak kamu kepadamu, kerana waktu itu syaitan bertebaran. Sejam kemudian, kamu dapat melepaskan mereka; dan tutuplah pintu-pintu rumahmu dan sebutlah nama Allah, padamkanlah lampumu dan sebutlah nama Allah, tutuplah minumanmu dan sebutlah nama Allah, tutuplah juga bejanamu dan sebutlah nama Allah, sekalipun hanya dengan meletakkan sesuatu di atasnya”.

Mengapa kita harus menutup pintu, Rasulullah SAW pernah bersabda: “tutuplah pintu-pintu dan ketika menutup pintu atau jendela itu sambil membaca bismillahirrahmanirrahim, maka syaitan itu tidak akan masuk ke dalam rumah yang pintunya ditutup dengan membaca bismillahirrahmanirrahim´.
 Jadi dengan cara yang diajarkan RasulullahSAW melalui sabdanya maka rumah kita akan terjaga, Hadis ini s ahih. Kemudian mengapa kita harus mematikan api /lampu Hendaknya 
kita harus mematikan api seperti yang pernah disabdakanRasulullah SAW bahawa :
 “Kerana sesungguhnya tikus-tikus mungkin menolak api sehingga boleh membakar seluruh rumah penduduk tersebut”.
 Jadi ini sangat berbahaya, alangkah baiknya ketika tidur lampu atau api kita matikan saja. Mengapa tadi Rasulullah SAW menyebutkan tikus, di antaranya kerana syaitan atau jin itu kadang menyerupai tikus. Kemudian selain itu kadang juga menyerupai cicak dan ular yang merupakan penjelmaan dari jin atau syaitan. 
 Elok juga la kita tutup lampu… elektrik mahal oii. Lagipun kalau kita tutup pintu dan lampu selamat sikit kalau tidur apa2 gaya pun tak pa orang tak nampak. Terselak aurat pun masih selamat. 
2. Berwudhu sebelum tidur . Sebagaimana sabda Rasulullah SAW : 
عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ لِي رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوْئَكَ لِلصَّلاَةِ..
"Jika kamu hendak merebahkan diri kepembaringanmu, berwudhu'lah sebagaimana engkau berwudhu' untuk solat". (HR. Bukhori:6311 dan Muslim:2710)
Faedah berikutnya Rasulullah SAW mengatakan dalam sunnah nabi Daud : ³Tidaklah seorang muslim, dia tidur di malam hari, dia berzikir dahulu dalam keadaan bersuci, kemudian dia tidur dan bangun pada suatu malam kemudian dia minta kebaikan dunia akhirat nescaya Allah akan mengabulkan permintaannya´.
 Jadi apabila kita ingin doa kita makbul atau diijabah maka sebelum tidur harus berwudhu terlebih dahulu, kemudian zikir sebentar sampai tertidur. Tadi sebelum tidur kita sudah berwudhu maka setelah kita bangun kita bisa memintakepada Allah, bedoa kepada-Nya apa saja maka akan diberikan kebaikan dunia akhirat. Kemudian dalam keadaan yang seperti ini, walaupun kita dalam keadaan tidur di mana sebelumnya kita telah berwudhu dan berzikir maka ketika tidur kita akan terhitung terus berzikir,walaupun mungkin tidurnya mendengkur, Allah akan menilainya sebagai zikir. 
Kita juga dianjurkan berwudhuk sebelum solat kerana semua muslim dianjurkan tidur dalam keadaan bersuci sehingga apabila ajal menjemput, kita berada dalam keadaan suci. 
Diriwayatkan dari Al-Bara’ bin Azib r.a. : Nabi Muhammad S.a.w.. Pernah bersabda kepadaku, “bila-bila masa engkau hendak tidur berwuduk lah terlebih dahulu sebagaimana engkau hendak solat, berbaringlah dengan menghadap ke arah kanan dan berdoalah
‘Allahumma aslamtu wajhi ilaika, wa fawwadhtu amri ilaika, wa alja’tu zhahri ilaika raghbatan wa rahbatan ilaika. La malja’a wa laa manja minka illa ilaika. Allahumma amantu bikitabikal-ladzi anzalta wa Nabiyyikal arsalta’

(Ya Allah! Aku berserah diri kepada-Mu, mempercayakan seluruh urusan ku kepada-Mu aku bergantung kepada-Mu untuk memperoleh berkah-Mu dengan harapan dan ketakutanku kepada-Mu, tak ada tempat untuk perlindungan dan keamanan selain-Mu. Ya Allah! Aku percaya kepada kitab-Mu dan aku percaya kepada Nabi-Mu yang telah engkau utus)

maka apabila malam itu engkau mati, kau akan mati dalam keimanan. Biarkanlah kata-kata tadi menjadi kata-katamu yang terakhir
”
Bila kita berada dalam keadaan berwudhuk, kita juga akan kurang di ganggu oleh syaitan sehingga boleh membawa mimpi buruk dan mengigau.
Demikianlah sunnah yang tidak ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w ketika hendak tidur yang semesti kita sebagai muslim memperhatikannya. Abdullah bin ‘Abbas r.a bercerita:
أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ مِنَ اللَّيْلِ فَقَضَى حَاجَتَهُ فَغَسَلَ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ ثُمَّ نَامَ
“Bahawa Rasulullah s.a.w. terjaga di suatu malam lalu beliau menunaikan hajat dan kemudian membasuh wajah dan tangan lalu tidur.”
Tidur Setelah Junub Dalam Keadaan Ada Wuduk 

Diriwayatkan dari Umar bin Al Khaththab r.a. : aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., “Bolehkah kami tidur dalam keadaan junub?” Nabi Muhammad S.a.w.. Menjawab,”Ya, apabila kamu ada wuduk, kamu boleh tidur dalam keadaan junub”
3, Selanjutnya mengibaskan alas tempat kita tidur. Misalnya tempat tidur kita menggunakan cadar, toto ke sewaktu dengannya,, maka cadar itulah yang kita kibas-kibaskan menggunakan sejadah atau kain apa saja sehingga apa yang ada di atasnya bersih. 
Sebagaimana Rasulullah SAW pernah bersabda :”Apabila salah seorang di antara kalian hendak ke tempat tidur maka hendaknya mengibaskannya kerana ia tidak tahu apa yang berada di atasnya setelah itu berdoa
“Bismika Rabbi wada'tu Janbi wa bika arfa'uhu, In amsakta nafsi farhamha wain arsaltaha fahfazha bima tahfazu bihi ibadakas-salihin”
Kita digalakkan agar mengibas2 tempat tidur kita agar tidak terjadi sesuatu yang membahayakan diri seperti binatang berbisa baik ular, kala jengking dan sebagainya. Ini dilakukan tidak dengan tangan secara langsung supaya terhindar dari sesuatu yang mengotori sekira terdapat najis atau kotoran.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
إِذَا أَوَى أَحَدُكُمْ إِلَى فِرَاشِهِ فَلْيَنْفُضُ فِرَاشَهُ بِدَاخِلَةِ إِزَارِهِ فَإِنَّهُ لاَيَدْرِي مَا خَلَفَهُ عَلَيْهِ
“Apabila salah seorang dari kalian beranjak menuju tempat tidur maka hendaklah dia mengibas tempat tidur kerana dia tidak mengetahui apa yang akan terjadi kemudian.”
فَإِنَّهُ لاَيَدْرِي مَا خَلَفَهُ عَلَيْهِ
 
“Dia tidak mengetahui apa yang terjadi kemudian” mengikut kata Al-Imam At-Thibi: “Dia tidak mengetahui apa yang akan terjatuh di ranjang berupa tanah kotoran atau serangga bila dia meninggalkannya.”
 
Ibnu Baththal mengatakan: “Di dalam hadis ini terdapat adab yang besar dan telah banyak hikmah dalam hadis iaitu dikhuatirkan sebahagian serangga yang berbahaya bermalam di tempat tidur dan mengganggunya.

Al-Qurthubi mengatakan: “Diambil faedah dari hadis ini bahawa seharusnya bagi orang yang akan tidur untuk mengibas tempat tidur kerana dikhuatirkan terdapat sesuatu yang basah tersembunyi atau selainnya.”

Ibnul ‘Arabi mengatakan: “Di dalam hadis ini terdapat peringatan dan agar seseorang mengetahui sebab-sebab tertolak taqdir yang jelek. Dan hadis ini sama dengan hadis: “Ikatlah untamu kemudian bertawakkal.”
4. Berbaring dengan lambung kanan. 
Kesempurnaan Islam adalah sebuah keistimewaan yg diberikan kepada umat Rasulullah s.a.w.
dan menunjukkan keutamaan mereka atas umat-umat terdahulu. Sungguh merugi bila akal yang berpegang kepada adat istiadat ajaran nenek moyang dijadikan sebagai hakim atas kesempurnaannya. Segala perintah larangan dan bimbingan yang ada adalah demi kemaslahatan manusia. Akan tetapi berapa banyak dari mereka yang mahu menerima bimbingan? Yang ingkar lebih banyak daripada yang beriman dan yang menentang lebih banyak daripada yang taat dan yang menolak lebih banyak dari yang menerima.
Faedahnya adalah berbaring dengan lambung kanan akan lebih mudah bangun dan di antara hikmahnya tidur dengan lambung kanan bahawasanya hati itu berada di sebelah kanan sehingga ketika akan tidur tidak akan merasa beban. 
 Ibnu Jaudzi mengatakan : “tidur dengan lambung kanan dikatakan oleh para doktor bahawasanya ini adalah yang paling bagus untuk badan, para doktor berkata ketika tidur harus diawali tidur dengan lambung kanan, dan ketika sudah mulai merasa letuh maka boleh berbalik ke kiri´. 
POSISI TIDUR MENURUT ISLAM DAN SAINS
Diriwayatkan daripada Barra2 bin ‘Azib r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن…

Maksudnya: “Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu. (Hr Bukhari dan Muslim) Hadis ini mengajar kepada umat Islam supaya baring pada lambung kanan. Adapun tidur dengan cara yang lain adalah seperti berikut:-
Tidur dengan meniarap
 
Dr Zafir al-Attar berkata:
 
“Seseorang yang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. 
 Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. “ Pengkaji dari Australia telah menyatakan bahawa berlaku peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri. Majalah ‘Times’ telah menyatakan bahawa kajian di Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang tidur meniarap. Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam. 
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap.
Lalu baginda bersabda:إن هذه ضجعة يبغضها الله ورسوله
Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
قم واقعد فإنها نومة جهنمية
 
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)
Tidur menelentang
 
Dr Zafir al-Attar berkata:

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan meregangnya rahang bawah. Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu-bulu dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara. Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.
Tidur mengiring ke kiri
 
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih-lebih lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung. Perbandingan di antara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri. Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung di antara 2.5
hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.
TIDUR YANG TERBAIK
 Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek diatasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.
Rasulullah SAW juga bersabda : “Tidurlah kamu miring dengan lambungmu yang kanan kemudian berdoalah
عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَوَى إِلَى فِرَاشِهِ نَامَ عَلَى شِقِّهِ اْلأَيْمَنِ ثُمَّ قَالَ: اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِي إِلَيْكَ وَوَجَّهْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنْكَ إِلاَّ إِلَيْكَ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ. وَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ قَالَهُنَّ ثُمَّ مَاتَ تَحْتَ لَيْلَتِهِ مَاتَ عَلَى الْفِطْرَةِ
yang ertinya : ‘Aku pasrahkan badan inikepadamu ya Allah dan aku pasrahkan seluruh urusanku ini dan saya menghadap kepada-Mu kerana takut dan rindu pada-Mu, tidak ada tempat berlindung dan tidak ada tempat selamat dari-Mu kecuali hanya kepada-Mu´. Maka apabila kita meninggal dunia pada malam itu dan dalam keadaan seperti itu maka kita itu dianggap menepati fitrah(keimanan)´. 
Jadi dengan doa yang seperti itu merupakan bentuk pasrah kita yang ihklas kepada Allah SWT, mempasrahkan seluruh jiwa raga hanya kepada Allah, maka ketika meninggal dunia dalam keadaan seperti itu sungguh meninggal dalam keimanan atau dalam keadaan yang baik. 
 Kemudian ditegaskan bahawa orang yang tidur itu adalah orang yang mati, rohnya melayang-layang ke atas atau terbang tidak berada di dalam jasad atau badan sebagaimana diterangkan dalam Q.S. Az-Zumar ayat 42 :
Ertinya :
”Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; Maka dia tahanlah jiwa (orang) yang telah dia tetapkan kematiannya dan dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir.”
5. Meletakkan Tangan di Bawah Pipi

Tata cara ini dijelaskan oleh Hudzaifah ibnul Yaman r.a
“Adalah Rasulullah s.a.w apabila beliau tidur di malam hari beliau meletakkan tangan beliau di bawah pipi.”
6. Berdoa sebelum tidur
“Rasulullah s.a.w apabila akan tidur beliau berdoa: ‘Ya Allah dengan menyebut nama-Mu aku hidup dan dengan menyebut namamu aku mati .”
7. Membaca Al-Quran sebelum tidur.
Diriwayatkan dari Aisyah : setiap kali Rasulullah S.a.w. hendak tidur (malam hari) Nabi S.a.w. menangkupkan kedua tangannya dan meniupnya setelah membaca Surah Al Ikhlas, Al Falaq dan Al Nas, lalu mengusapkannya ke seluruh bahagian tubuhnya. dimulai dari kepala, wajah, dan bahagian depan tubuhnya. Nabi S.a.w. melakukannya tiga kali.

Ada beberapa ayat yang boleh dibaca sebelum tidur seperti ayat kursi, dua ayat terakhir Q.S. Al-Baqarah, Al-Mulk, Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. 
Kita boleh memilih di antara ayat tersebut tadi, semua dalilnya sahih. Aisyah r.a mengatakan bahawa Rasulullah sering membaca Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kemudian untuk faedah membaca dua ayat terakhir Q.S. Al-Baqarah Rasulullah mengatakan bahawa : 
“Barang siapa yang membaca dua ayat terakhir Al-Baqarah maka Allah akan mencukupkannya´.
 Mencukupi di sini menurut Imam Nawawi mengatakan boleh mengandung dua makna dan semuanya benar. Pertama Allah mencukupi dari gangguan-gangguan syaitan dan kedua Allah mencukupi dari solat malam walau tidak solat malam. Jadi dengan kita membaca dua ayat terakhir Al-Baqarah maka kita akan terhindar dari gangguan syaitan dan dianggap solat malam walaupun sesungguhnya kita tidak solat malam. Jadi dalam hadis dikatakan, 
“barangsiapa berkeinginan solat malam kemudian dia tidur sampai subuh maka dia dianggap solat malam´.tapi perlu di tegaskan bahawa di anggap dengan yang benar-benar melakukan solat malam adalah berbeza.
 Sama halnya dengan membaca surat Al-Ikhlas, barang siapa yang membaca surat Al-Ikhlas maka dia sebanding dengan membaca 1/3 Al-Quran. Sebanding bukan bererti sama, sama dalam pahala tapi tidak sama dalam kedudukannya.
“Dari ‘Aisyah r.a. bahwa Nabi s.a.w. apabila menuju tempat pembaringan pada tiap malam beliau menghimpun kedua telapak tangan beliau kemudian meniup dan membaca Qul Huwallahu Ahad dan Qul A’udzubirabbil Falaq dan Qul A’udzubi Rabbi An-Nas kemudian dia mengusap seluruh tubuh beliau dan beliau memulai dari kepala kemudian wajah dan bagian depan jasad dan beliau lakukan hal itu tiga kali.”
8. Membaca zikir-zikir Tidur

Zikir-zikir tidur yg ada dan sahih riwayat dari Rasulullah s.a.w. sangatlah banyak dan buku-buku yg ditulis dlm masalah ini bertebaran di tengah kaum muslimin. Di antara zikir-zikir tersebut adalah Membaca takbir tahmid dan tasbih 33 kali.

Al-Imam Al-Bukhari r.a mengatakan:Muhammad bin Basysyar telah bercerita kepadaku: Ghundar telah menceritakan kepada kami: Syu’bah telah menceritakan kepada kami dari Al-Hakam: Aku telah mendengar Ibnu Abi Laila berkata: “‘Ali telah menceritakan kepadaku bahwa Fatimah mengeluhkan apa yang beliau dapati kerana menumbuk . Kemudian dibawakan kepada Nabi s.a.w. seorang tawanan dan aku segera mendatangi Nabi s.a.w.

. Akan tetapi aku tidak menjumpai dan beliau menjumpai ‘Aisyah lalu Fathimah menceritakan kepada ‘Aisyah. Ketika Rasulullah s.a.w. datang ‘Aisyah memberitahukan tentang kedatangan Fatimah kemudian Rasulullah s.a.w.mendatangi kami sedangkan kami telah tidur. Lalu aku berusaha bangun beliau berkata: “Tetaplah kalian di tempat kalian.” Lalu beliau duduk di antara kami dan aku merasakan dingin kedua kaki beliau yg diletakkan di atas dadaku dan beliau bersabda: “Mahukah aku ajarkan kepada kalian sesuatu yg lebih baik dari apa yang kalian minta kepadaku iaitu bila kalian akan tidur bertakbirlah 34 kali bertasbih 33 kali dan bertahmid 33 kali lebih baik bagi kalian dari pada memiliki pembantu ”
W allahu’alam bil shawab

semoga bermanfaat dan dimanfaatkan 
sumber : google 
tq .