page

nuffnang

Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

18 February 2013

Syuhada & Afiq Wedding


Classmate I yang kawin . Tahniah both of you . Semoga diberkatiNya . Amin .



 

Impianafida


Bersederhana Majlis perkahwinan itu



walimah urus bukanlah suatu majlis untuk berpesta dan bersukaria tidak menentu, malah ia adalah satu bentuk ibadat diperintah Allah yang perlu diadakan sebaik mungkin mengikut anjuran agama.

Untuk kali ke berapa dah tahun ni masuk sini . Caribarang sikit .



Bila dah beli bukan untuk mebazir..boleh recycle buat decoratin dalam rumah


 Kalau tak nak membazir semua orang boleh akad nikah pakai baju kurung sedia ada . Dan sedikit jamuan ringan untuk keluarga pengantin .

Bersederhana dalam perkahwinan . Kalau mampu buat besar . Tak mampu buat sekadar sahaja  Terpulang kepada individu itu sendiri . Aku jugak nak bersederhana dan nak mengikut kemampuan . Ibarat macam gaji 500 ada hati nak beli Volkswagen . Lebih kurang aa. fikir logik aa . 

Aku sendiri tak berapa suka nak bahaskan isu ini .

BAGI setiap pasangan yang diijab kabul, mereka diraikan dalam majlis kenduri kahwin atau disebut walimatul urus kerana melalui majlis inilah perkahwinan pasangan terbabit diketahui ramai pihak, sekali gus mengelak prasangka buruk terhadap mereka.

Majlis kenduri kahwin dianjurkan agama dan hukumnya sunat

 Justeru, sesuailah dengan amalan yang dilakukan masyarakat hari ini, apabila ada perkahwinan diadakan majlis kenduri dengan dijemput orang ramai menghadirinya.

Dari Anas bin Malik r.a menyebut Rasulullah s.a.w melihat di kepala Abdul Rahman bin Auf kesan kuning, lalu baginda bertanya: “Kesan apakah ini? Abdul Rahman menjawab: “Wahai Rasulullah aku sudah berkahwin dengan seorang perempuan bermaskahwinkan satu nawah iaitu timbangan sebanyak lima dirham emas.” Baginda mendoakan keberkatan untuk Abdul Rahman bin Auf dan berkata: “Buatlah kenduri walaupun dengan seekor kambing.” (Muttafaqun alaih)

Tetapi dalam situasi kebelakangan ini, sesetengah majlis kenduri kahwin seolah-olah menjadi arena untuk menunjuk-nunjuk dan bersuka ria, diadakan besar-besaran di hotel mewah, membabitkan tetamu istimewa saja dan bercampur dengan unsur maksiat. Apakah ini bentuk walimatul urus dalam Islam?

Penceramah bebas, Mohd Rani Awang Besar, berkata umat Islam sepatutnya bersederhana apabila mengadakan majlis itu, sesuai dengan nasihat Rasulullah s.a.w kepada umatnya supaya bersederhana dalam semua perkara.

Amalan sederhana itu katanya, bertujuan mengelak pembaziran dan unsur maksiat dalam majlis kenduri berkenaan.

Gesaan bersederhana ini sesuai dengan ayat 26 surah al-Isra' bermaksud:  

“Berikanlah kepada kerabatmu, orang miskin dan orang musafir hak masing-masing dan janganlah kamu berbelanja dengan sangat boros.”

Menurutnya, majlis kenduri terbabit boleh menjadi majlis yang diberkati jika bertepatan dengan anjuran Islam, tetapi sebaliknya menjadi majlis terkutuk apabila bercampur aduk dengan maksiat.

“Bagi memastikan walimah yang diberkati Allah, pertama, kena menggunakan sumber rezeki yang halal, iaitu wang yang digunakan untuk majlis terbabit tidak diperoleh melalui cara haram.

“Majlis yang diadakan itu juga perlu jauh daripada unsur riak iaitu menunjuk-nunjuk dan bertujuan berbangga-bangga dengannya,” katanya.

Mohd Rani menegaskan, walimah urus bukanlah suatu majlis untuk berpesta dan bersukaria tidak menentu, malah ia adalah satu bentuk ibadat diperintah Allah yang perlu diadakan sebaik mungkin mengikut anjuran agama.

“Elak daripada bercampur dengan unsur yang diharamkan, tidak melalaikan, tiada percampuran bebas antara lelaki dan perempuan, tiada lagu yang melalaikan dan benda lain yang tidak baik.

“Ulama besar yang warak dulu tidak menghadiri majlis kenduri apabila ada bunyi gong atau gendang, kerana mereka tidak mahu dilalaikan benda seperti itu,” katanya.

Beliau menjelaskan, apabila mengadakan majlis kenduri kahwint jangan sampai berhutang sebaliknya buat mengikut kemampuan.

“Tetapi bagi orang berada, tiada masalah untuk mengadakan walimah besar-besaran dengan syarat menepati dengan anjuran Islam, menjemput semua orang termasuk orang miskin supaya matlamat walimah tercapai, memupuk persefahaman dan perkenalan,” katanya.

Mohd Rani berkata, masyarakat juga perlu mengelak daripada menjadikan walimatul urus seolah-olah satu bentuk komersial dengan menetapkan bayaran tertentu apabila mahu menghadirinya.

“Majlis ini perlu dilakukan dengan ikhlas. Tetamu juga perlu ikhlas dan apabila ada sumbangan atau hadiah kepada pasangan pengantin terbabit hulurkan dengan niat sedekah sebagai satu ibadat.

“Orang dulu membantu pihak yang mengadakan walimah dengan membawa sedikit bahan makanan seperti gula,” katanya sambil mengingatkan pihak yang mengadakan walimah supaya tidak memaksa atau memandang sinis kepada tetamu yang tidak menghulurkan sumbangan.

Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian adalah menyusahkan tetamu terutama golongan miskin, malah berlawanan dengan roh Islam.


Sementara itu, menurut Datuk Daud Che Ngah, sesetengah majlis kenduri kahwin kini tidak menepati anjuran agama kerana majlis dihadiri golongan tertentu saja iaitu orang kaya sesama orang kaya, manakala yang miskin diabaikan malah program kebaratan.

“Orang yang mengadakan kenduri dengan menjemput orang kaya saja manakala orang miskin tidak dijemput, kenduri itu kenduri terburuk.

“Jika panggil orang besar, hebat, saya ingat orang itu saja yang tahu, orang kampung tidak tahu. Ramai yang mengadakan kenduri perkahwinan kerana bangga dan riak (menunjuk-nunjuk),” katanya.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Makanan yang paling buruk adalah makanan walimah apabila orang yang perlu makan (si miskin) tidak diundang malah orang yang tidak perlu (orang kaya) diundang.” (Muslim)

Katanya, dalam perkahwinan boleh mengadakan kenduri tetapi jangan terlalu mewah, bercampur maksiat dan terdedah aurat..Terpulang kepada individu sendiri . Boleh fikir sendiri yang mana elok atau tidak .





impianaFida


15 February 2013

Kad Perkahwinan itu



Assalamualaikum  . Busy sangat dan keadaan tak berapa sihat . Tadi tengah search pasal shawl . Tetiba ada keluar kad undangan perkahwinan . So dah ada depan mata mommy Impianafida bukak la link tu . phew mantap !

Jom tengok sikit..cuci mata..bila fikir pasal kawin..kad undangan pun nak mencecah RM 1k ..macam 20k tak cukup untuk wedding day . Pelamin dah berapa kan . I ingat bila dah berpangkat tinggi sikit (insyaallah) nak beli semua itu sendiri . Kerusi pelamin berapalah sangat..kalau nak dibandingkan dengan sewa . Contoh kalau sewa dah 2.5k..beli sendiri kerusi  dah 1.3k..at lis ambik upah untuk decoration sahaja . Berbaloi sebab kerusi kita akan dapat . kalau semua sewa semua melayang hua hua . Impian I letew.

Kalau kawin dengan pemandu kapal terbang pilot ke orang yang bagi arahan pada pilot ke gitew boleh la I buat meriah nyee kad sikit

I nak yang macam ini sahaja . mahal wei dekat 1K untuk ,,ala lupa pulak untuk brapa pieces


okay edisi berangan . Kalau boleh kad ndangan kahwin I mestilah exclusive gold / silver printed gitew . Tak mau yang gambar burung ke bunga ke warna warni ke..kalau masa tu I umo 23 yesss I akan pilih semua tu masuk dalam list . Sekarang I dah matang .. nak gold printed atau silver..tak nak sekeping kad .. nak dalam tu mesti ada ucapan..ayat doa semua untuk kebahgaiaan rumah tangga .Semua nak A aje ye..biasa la impian orang bujang tak sama dengan orang yang dah kawin .

Tapi zaman moden nie semua orang create guna FB event . Bia laaa dah I nak bagi invitation card jugak nak buat macam mana..rasa itu lebih penghormatan sikit aa . Dua-dua I buat .. bukan apa senang nak adjust catering hihi . okay salam .

dah 11.32pm..buat masa ni tak boleh nak blogwalking,,kalau mengadap lappy setiap masa bolehh aa..

buat masa ini hanya impian sahaja la ada tapi realiti tak akan ada lagi atas sebab tertentu , parent I suh I beli rumah sendiri kalau nak kawin . I pon dah tak nak menysahkan parent I lagi lepas ni . (Ini yang terakhir I belajar . Lepas ni nanti beranak pinak boleh fikir nak buat PHD ! hee menggunung cita - cita semoga berjaya)  . electronic dah grad . Rangkaian Computer pun dah . lamabt betul intake july ni . Dok Shah Alam la lepas ni setahun lebih . Dekat la dengan Subang,,heee suka suka suka ..  Sebab tu kena belajar lagi sebab nak buat loan rumah bukan senang . Sebab tu I liat nak fikir pasal cinta lagi . Daripada buang masa baik I sebegini sahaja . Rezeki masing-masing .. mana tahu bakal suami I nak sponsor rumah untuk I kan..
 
impianafida
 



11 February 2013

Weeding Harisudin & Miera


Haija husna pakai merah ikut theme..bagos !
Mommy Impianafida kat sebelah pengantin ambil berkatlah katakan hew


Kepada pasangan :
barakah2.jpg
Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu
amin




terngin nak minum air sirap tapi yang ada air bandung .. pertama kali dalam tahun ini I minum air bandung kat wedding event . sukeee


# Attend wedding pulak kan hari ni . Bulan lepas I ada buat servey pasal our wedding hall..reservation gitew..Ada plak kan plan nak resepsi sama-sama . Anak beranak lah katakan . Thanks Siti Haija Husna 4 being my bff merangkap keluarga angkat I 

bagus jugak smart phone boleh update sikit-sikit 

alahai rindunya pada blackbery I :(


6 January 2013

Wedding - Zaem dan Eira


jauh dari selatan kami terbang ke tanah air . Maka bertebaranlah kami di tempat bersejarah tanah tumpah darahku . baru je sampai dari Jb jauh lah perjalanan kami ke kelate nihh .

so sampai je KB  cik AfisyaFida pegi   Maybank Kubang Kerian ingat nak check ASB lah kononnya . sejam lebih jugak laa kitaorang menjamah selera di sana . So  tak ada la pulak baju kurung . beli baju dan shawl sekali kat Billion Shopping Center . .Kebanyakan shawl di bandaraya kota bharu ermmm rasa Billion paling cantik laa macam-macam ade .

dalam perjalanan balek tu pulak.. rasanya tak jalan pun cuma tekan la break sikit-sikitkan sebab jalan jam sangat2..rasa macam ada orang langgar je dari belakang .. memang pun pak cik tu rush rupanya .. pe lagi tersentak la ke hadapan sikit . syukur alhamdulillah laa tak ada apa-apa yang berlaku . biasalah waktu puncak memang jam sikit ..

okay back to the entry title.. i am about my friend wedding at Kampung Binjai . Honestly i am out of money because i had buy a baju kurung and shawl . Would I EVER attend a wedding emtpy handed? No No No . dengan menggunakan saki baki okaylah hadiah yang tak seberapa . ikhlas itu adalah penting ,  hehe

this wedding is the fisrt wedding i attend in 2013 ;) permulaan baru untuk hidup yang lebih sihat-iklan milo

with eje my BFF masa asrama sekolah SMIP..selendang baru beli tadi je
 
tahniah eira dan zaem 
 semoga perkahwinan korang di berkati NYa . Semoga bahagia sampai syurga . Doakan saya pula selepas ini .




I find standing and posing for photos very awkward.



time for say goodbye wishing me an abundant, prosperous, and magical day to come!

impianaFida


1 September 2012

gambar wedding may@fizah


dapat gambar forward from cik syuhada ab manan..thanks friend .

cantik sangat !




#semoga saya juga cepat kawin ;)

16 March 2012

kenduri kawin nie besttttt food sumer







""aku penah pegi satu kenduri kawin nie besttttt food sumer sedap dan byk segments....

yg paling best segment air tue ada 10 jenis kauuuu mcm jual byk2 dkt pasar malam tue. ko tunjuk jek nak air aper. air asam boi, air kelapa, air keladi, air soya cincau dll......aku sampai termenung depan brader air tue kejap tatau nak pilih air aper pasal sumernyer nampak sedap2 belaka tp takkan nak minom 10-10 jenis air tue ;P''

hampa


memang aku sampai rumah mohd haniff tu ! haha kempunan sih nak jumpa dengan wife dia . x ada jodoh nak jumpa , maybe next time aje . aku tak ramai sangat kawan lelaki . semua kawan kaum adam tu banyak dari kelas-kelas aku dulu lah . mula-mula sekali aku dah masuk dah lorong rumah dia tu,,tapi cetttt sesat kot . sesat tak ada maknanyer weii..jalan straight kot..haha..kalau jauh masuk kampung aku consider jugak la . heee
 
walaupun aku terlambat sebab mereka dah bertolak awal pagi at least aku sampai rumah dia dan bagi hadiah sekali . 

jumpa family dia pun dah okay bukan aku tak pernah kenal mak dia tu . okay lah may you happy,di dalam rahmatNYA selalu  :)

15 March 2012

I forgot my friend's wedding, how do I make it up to them?


well to my horror I had thought her wedding was this past Saturday and it was unfortunately on wednesday!
I had no clue that I had scheduled it wrong in my planner and didn't realize this until the middle of the nightt. then I call him,,(dengan rasa bersalah),,bukan tak nak pergi tapi saya sibuk sangat sampai saya terlupa all events for this week .

yesterday when i write about football on saturday dengan secara tiba-tiba ia datang melayang masuk dalam fikiran say !!! ohhh no ... i miss on their wedding !!!

 I was so upset I had missed it and nonetheless extremely sorry and ashamed of myself.

I've been feeling absolutely horrible since then and really want to do something to say I'm sorry.~did not want to put this kind of horrible image on myself~imej buruk je orang invite kite tak pegi,, okay ,, I will see them tomorrow morning because @10 they fly to KL . be continue,,


HANIF AND HIS WIFE . COMEL SANGAT WIFE DIA TU !

5 February 2012

shaheez dan pasangan

2/05/2012

shaheez dan pasangan




salam . last week my friend from sekolah menengah get married but i cant attend for his reception . i dont have any anual leave bcoz i'm new staff there . so , i need an invitation card as my leave . what can i do , invite via fb . so saya terpaksa lupakan hasrat itu . bukan tak nak pegi , masalahnya saya tak boleh cuti , lagipun nak cuti kena ada kad invitation sebab nak begi dekat miss.supervisor . 
 
apapun  selamat pengantin baru , may hepy sokmo now and forever , semoga berjaya mendidik anak2 menjadi anak soleh dan solehah yang bijaksana dan kiut/ensem macam pengantin nie. 

Sebenarnya apakah ucapan yang paling baik untuk mempelai-mempelai yang baru mendirikan rumahtangga?
Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata, “Semoga berbahagia dan ramai anak.”
Mendengar yang demikian Aqil berkata, “Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”
Mereka lalu bertanya, “Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”
Aqil menjawab, “Katakan barakah2.jpg (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.[1]
Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya, “Apakah ini?”
Abdul Rahman r.a. menjawab, “saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”
Rasulullah s.a.w. bersabda, “ barakah1.jpg (semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”[2]
Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata, “
barakah3.jpg(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”[3]
Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan “Semoga berbahagia dan banyak anak.”[4]
Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.
Wallahu’alam.

lepas ni turn sape pulak eh? saya ke ? insyaallah :)