page

nuffnang

12 March 2021

Bihun putih

Assalamualaikum.

Harinilunch dengan mihun putih pastinya tiada gula tiada garam dan tiada penambah perisa. Tetapi apa yang ada ialah sos tiram sebagai perasa. Pasti murung kalau hidang pada tetamu tapid ah sedap ni atau mungkin saya dah terbiasa dengan rasa masakan yang sebegini.

untuk setengah peket bihun jenama botan.

Rendam bihun semasa buat kerja-kerja unutk menyediakan bahan.

  1. 3 ulas bawang putih
  2. 1sudu besar ikan bilis size paling kecil atau ikutlah ikan bilis kesukaan awak

     *tumbuk bersama dan tumis 

Sambil tumis tu, capai bekas serbuk lada hitam. Serbuk ni saya buat sendiri. Beli yang sebiji kasar, dan blend halus dan simpan ke bekas. Nak guna senang. 

Kacau-kacau dan masukkan sos tiram jenama Maggie dalam 1-2 sudu besar

Kemudian, masukkan isi ayam, carrot dan batang sawi. 

Masukkan air sedikit sahaja separuh cup. Masukkan bihun. Bihun memang nampak keras btapi jenama botan ni dia special sikit. Masuk je akan layu. Tak perlu banyak air pun.Kemudian masukkan serbuk lada putih. Serbuk ni saya guna jenama Mr.Mommic bekas kaca tudung hijau. Perasakanlah. Rasa memang light je. Maklumlah masak secara sihat. 

 Biasanya saya tambah sos ikan tapi untyuk hidangkan pada anak berusia 5 tahun, jadi saya tak letaklah. 




Gambar ni dah letak dekat status facebook. Jadi tak payah transfer ke komputer dah. Selamat mencuba



3 comments:

  1. dulu, ni mmg fav sy. mkn hari2 pn x apa😊😊 skrg x lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, saya all time. Dah terbiasa mak masak masa kecik2dulu hihi

      Delete
    2. mungkin sbb x pedas tu yg laju je��

      Delete

Assalamualaikum / salam sejahtera. Jemputlah komen jika bermanfaat. Terima kasih :)