page

nuffnang

Showing posts with label Masak apa hari ini. Show all posts
Showing posts with label Masak apa hari ini. Show all posts

18 March 2021

Gulai tempoyak ikan patin

Assalamualaikum.

Tiga hari lepas dah borong ikan dan ayam dekat pasar basah. Kesemuanya RM300. 😂 Tempat saya  ni jauh dari pasar sebab itulah terpaksa shopping dekat pasar dengan harga yang macam tu. Dah hampir dua tahun tinggal di Pengerang, Johor. Susah hidup kat sini. Tapi tak nak cerita kehidupan di Pengerang. Ada ke kawan-kawan nak tahu macam mana life at Pengerang, Johor? hehe Kat sini tak ada apa-apa pun, betul-betul tempat untuk mencari rezeki. Lain kali saya cite eh.

Sebenarnya inilah my first time beli, siang dan masak ikan patin. Kira hari ini hari dalam sejarahlah. Sebenarnya ikan tu dah di siangkan. Cuma balik rumah, cuci dan basuh guna tepung. dah siap basuh, rendamkan dengan air asam jawa dambuil gonyoh-gonyoh.👈kiranya tips lah un tuk cuci ikan patin atau ikan sungai.

Suami saya pun dah pelik dah, tengok bini dia lain macam je beli ikan patin. Padahal tak suka pun ikan patin ni. Sesekali makan sedap juga. Biasanya guna ikan tenggiri.

Inilah resepinya:

  1. Cili padi/ chili *blend
  2. Tempoyak/ Tempoyak *blend
  3. Kunyit hidup/ Fresh turmeric *blend
  4. Daun kesum
  5. Bunga kantan

Masukkan ke periuk bersama ikan dan perasakan

Although my first gulai tempoyak was spicy, it healthy sebab tak masukkan penambah perisa. Hanya added garam. Less is better. Cuma kalau nak hidangkan pada tetamu, kena masukkan ajinonomolah sesedap rasa. hehe. Ini pun nampak slow saje suami saya makan. Hari-hari setiap masakan emamng ssuami saya komplen masak tak sedap. Itulah sebenarnya penderaan jiwa seorang isteri. Tapi saya buat tak tahu sahaja, janji saya dah buat yang terbaik. Masak di rumah tak sama seperti masak dekat kedai, full load dengan ajinomoto, garam dan gula. kalau boleh kita kat rumah sebagai seorang isteri perlu sediakan makanan yang bermanfaat dan menyihatkan untuk ahli keluarga kita. Sihat tu kan jihad.

 


 Dah petang, mood buat cucur tapi guna tepung segera adabi ikan bilis😅. Ok bai.

16 March 2021

Bihun kicap simple yang sedap

Assalamualaikum. Pagi ni tak ada aktiviti apa pun kat rumah ni. Baring dari jam 9 ke jam 12 tengha hari. punyalah pemalas. Harini suami saya cuti shift empat hari. Jadi malas-malas pun,siaplah mihun goreng kicap ni


 

Bihun kicap paling simple camni saya suka untuk daily. Resepi dari ibu saya sebenarnya.
 

Untuk setengah peket bihun.

  • ¼ Bawang besar merah cincang
  • 1ulas Bawang putih cincang
  • 1ketul ayam ayam
  • 1sudu besar cili boh


Bila dah garing sambal nya, masukkan kicap tunggu sampai menggelegak kejap.

Masukkan bihun dan sedikit air.

Saya guna bihun jenama botan. Ini saja yang ada di kedai. Bihun ni tak boleh rendam lama. Mula merendam bila nak memulakan kerja.

Bila dah siap menumis, ambik mihun masuk ke kuali. Tambah ½cawan air je. Kalau tak dia akan lembik. Kalau nampak keras, tambahlah air lagi.

Kalau ibu saya, dia suka masukkan gula 2½sydu besar untuk setengah peket mihun. Ini saya tak letak apa² dah biasa kurangkan gula garam perisa. Tapi suami saya memang tak suka kalau rasa macam ni. Kena tambahlah gula garam ajinomoto dalam mihun dia.

Kalau anak saya, masa macam tu siap menambahlah dia.

Nak menjamu orang, rasa kena sedap nanti sampai bila² duk ulang je kita masak tak sedap.

 

Semoga bermanfaat

12 March 2021

Bihun putih

Assalamualaikum.

Harinilunch dengan mihun putih pastinya tiada gula tiada garam dan tiada penambah perisa. Tetapi apa yang ada ialah sos tiram sebagai perasa. Pasti murung kalau hidang pada tetamu tapid ah sedap ni atau mungkin saya dah terbiasa dengan rasa masakan yang sebegini.

untuk setengah peket bihun jenama botan.

Rendam bihun semasa buat kerja-kerja unutk menyediakan bahan.

  1. 3 ulas bawang putih
  2. 1sudu besar ikan bilis size paling kecil atau ikutlah ikan bilis kesukaan awak

     *tumbuk bersama dan tumis 

Sambil tumis tu, capai bekas serbuk lada hitam. Serbuk ni saya buat sendiri. Beli yang sebiji kasar, dan blend halus dan simpan ke bekas. Nak guna senang. 

Kacau-kacau dan masukkan sos tiram jenama Maggie dalam 1-2 sudu besar

Kemudian, masukkan isi ayam, carrot dan batang sawi. 

Masukkan air sedikit sahaja separuh cup. Masukkan bihun. Bihun memang nampak keras btapi jenama botan ni dia special sikit. Masuk je akan layu. Tak perlu banyak air pun.Kemudian masukkan serbuk lada putih. Serbuk ni saya guna jenama Mr.Mommic bekas kaca tudung hijau. Perasakanlah. Rasa memang light je. Maklumlah masak secara sihat. 

 Biasanya saya tambah sos ikan tapi untyuk hidangkan pada anak berusia 5 tahun, jadi saya tak letaklah. 




Gambar ni dah letak dekat status facebook. Jadi tak payah transfer ke komputer dah. Selamat mencuba