page

nuffnang

Showing posts with label .FiFi Hair Studio.. Show all posts
Showing posts with label .FiFi Hair Studio.. Show all posts

23 November 2012

Hair water essence ; melindungi rambut daripada haba


bagi mereka yang gemar menggunakan pengering rembut / hair dryer saya nasihatkan sila guna 'hair essence water ' 

pastikan rambut tiada air yang menitis lagi . Contohnya semasa lepas mandi tu..makesure air di rambut tiada yang menitis lagi . Agak-agak 50% kekeringan dan kebasahan . 

Lepastu boleh la sembur water essence tu . Sebabnya ia melindungi rambut kita dari haba yang panas yang panas . 

 Juga buat mereka yang menggunakan Curl iron/crimper iron atau seangkatan dengannya menggunakan tenaga elektrik yg mengeluarkan haba .

Disebabkan ia sejenis air , boleh juga disembur pada rambut yang kering .
Juga sebagai alteratif kepada kemalasan menggunakan serum . ;)


#iklan syampu dove ; Kalau syampu Dove tu bleh tahan sampai 220Volt ,tapi biasa dekat salon guna 240Volt .

#inilah salah satu rahsia penjagaan rambut saya .  

#sharing is caring .



20 October 2012

Hair Massage



Giving head massage is one of the stress bursting techniques. 
Head massage also helps to get rid of headache. Ada banyak technique hair massage depend on salon . Using unique machine , menggaru (hehe ) and also by massage comb .
You can visits spas or beauty or my hair studio or you can do head massage by own your self.
 Apart from giving relief from stress and headache, head massage provides lot of benefits. 

Hair Massagers

  • Increases blood circulation in the scalp
  • Removes Scalp and Hair excess debris
  • Stimulates the scalp to help hair growth
  • Relaxes the head
  •  Makes you feel relaxed and calms you mind
  •  Helps to revitalize the brain and body
  • Improves concentration
  • Improves blood circulation in different parts of your head
  • Helps to get quick and good sleep 
  • Gives relief from headache 
  • Strengthens hair roots 


::kalau tension tu sila la datang ke hair studio untuk 'mencuci rambut' anda . Kebanyakan rate harga RM15.00::harga berpatutan dengan servis yan memuaskan..proses mencuci rambut kebiasaannya disertakan dengan hair massage :: selamat membelai rambut anda::

::nak pegi dating singgah la dulu di hair studio okay..let me style your hair! ::



I love what I do every day
I help make people feel beautiful.
 And that is amazing
cz I am Hairdresser


19 September 2012

professional hairstyling

mood : nak g magic boo
 There's a powerful belief that people with talent can achieve beyond the reach of ordinary mortals
 Talent implies that everything is easy for a chosen few and difficult or impossible for everyone else
Those who believe they lack talent feel they are outside a charmed circle with no magic way to get in
well di i have any talent ?mestilah kan kalau tak mana boleh ade own hair studio

saya memang seorang professional hairstyling..lepas nie boleh la gunting rambut student yang panjang..kesiannya student saya nanti :p


gambar hiasan :

29 April 2012

penjagaan rambut selepas rebonding







Memiliki rambut yang lurus dan lembut bukan lagi satu kemustahilan kepada mereka yang berambut keriting atau beralun. 

Dengan teknologi penataan rambut yang moden dan serba canggih zaman ini, rambut asli keriting dan kembang boleh diluruskan dengan teknik rebonding. 

Teknik rebonding ini juga telah menjadi satu trend tidak kira dewasa atau kanak-kanak. Namun begitu, kanak-kanak dibawah umur 10 tahun tidak digalakkan kerana bahan kimia yang digunakan pada rambut adakalanya terlalu kuat dan kanak-kanak ditakuti akan mendapat alahan.


Walaupun pada mereka yang sedia mempunyai rambut asal yang lurus, ramai dikalangan mereka menggemari teknik rebonding ini. 

Ini kerana, rambut akan menjadi lebih lembut, bersinar dan lebih mudah diurus walaupun tidak mengikat rambut. 

Tetapi keadaan rambut yang agak statik mewujudkan pandangan yang agak membosankan selepas 3-4 bulan di rebonding. 

Apatah lagi pada yang berambut terlalu keriting, apabila selepas sebulan teknik dilakukan, rambut asal yang tumbuh akan kelihatan amat berbeza dengan yang dibawah. Oleh itu rambut anda akan kelihatan agak aneh (mempunyai 2 bentuk, separuh sangat lurus dan rambut pangkal sangat keriting). 

Ini adalah antara risiko-risiko pada yang melakukan teknik rebonding selain dari masalah biasa seperti hujung rambut kering, kulit kepala berkelemumur atau gugur dan juga keadaan rambut yang agak flat pada kulit kepala. Akan tetapi pemilihan krim rebonding yang baik dapat mengurangkan risiko-risiko tadi.
.
Untuk pengetahuan semua, krim rebonding mempunyai pelbagai jenis dan jenama. 

Sebagai pengguna, anda mesti tahu krim apakah yang hairstylist anda akan gunakan. Sentiasalah bertanya pada mereka untuk mengetahui tentang produk tersebut. 

Pada kebiasaannya, krim yang terlalu kuat akan menyebabkan rambut anda lurus dengan tidak semulajadi selain dari kusam dan terlalu tegak (tidak lembut). 

Kadangkala, pelanggan mahukan harga yang murah tanpa mahu tahu krim apakah yang akan digunakan. 

loreal Shizen schwarzkopf hair product . Pilihan sebenarnya di tangan kita . 

Rambut akan mulai menunjukkan reaksi yang sebenarnya selepas sekurang-kurangnya 2 minggu dari waktu pelurusan tadi.

 Namun begitu, ada juga jenis-jenis rambut yang harus menggunakan krim yang kuat seperti rambut yang terlalu tebal dan kasar atau terlalu keriting.

 Apa yang penting, perbincangan anda dan hairstylist amat penting sebelum apa-apa jua proses chemical dilakukan.


Langkah-langkah penjagaan rambut rebonding :-

  • Sejurus melakukan teknik pelurusan, elakkan mencuci rambut selama 3 hari(lima enam hari lagi baek). Ini adalah untuk memastikan krim rebonding tadi telah betul-betul menyerap pada rambut.
  • Elakkan mengikat rambut terlalu kuat.
  • Elakkan menyelit rambut ditepi telinga atau menyepit rambut dengan terlalu lama.
  • Elakkan menggunting rambut cara bertingkat (layer) atau menipiskan rambut yang direbonding terutama selepas 2-3 bulan teknik dilakukan. Ini kerana rambut anda akan mengembang kerana rambut dalam keadaan tidak sama panjang.
  • Elakkan dari kerap mengikat rambut terlalu ketat kerana rambut akan berbekas.
  • Gunakanlah serum setiap hari pada rambut.
  • Pastikan syampu dan perapi anda khas untuk rambut rebonding.
  • Lakukan pupur rambut (D.I.Y.) seminggu sekali.
  • Elakkan mewarna rambut selepas melakukan teknik rebonding kerana rambut akan terlalu kering dan akan rosak (Overprocessed). Jarak waktu yang terbaik untuk mewarnakan rambut selepas rebonding ialah sebulan selepas meluruskan rambut.
  • makanan kesihatan tambahan seperti spirulina mampu menjaga dari dalam jika anda bukan seorang yang 'menjaga rambut'


from : ''Fifi Hair studio and Beauty center''