page

nuffnang

Showing posts with label Golden Beauty and Hair College. Show all posts
Showing posts with label Golden Beauty and Hair College. Show all posts

15 November 2012

successwomen


    Its unbelievable, its unexplained. But, Alhamdulillah, everything just went according to the plan.and yes, I'm happy, never imagined this could be so fast, never thought this will be this fast. Thanks to my Madam Juliana and Cikgu Nazuha from ILP KB to help me for my PPT .

    I will enter any private universties which can make my dream come true . Even the cost is too expensive I could die but I will try harder . Now I'm in private college for 4500 per sem . This my second private college after UNIKL 2010 . I want bright future so who knows I'll help my parent and family one day   That's what I'm aiming for. I wish life would be a whole lot easier than it is now and I hope I would start doing something good to have a bright future just like anybody else.

    Everyday is my bright day . Thanks ALLAh.I love you..syukurku padaMu .







alamak..tengahhari tadi buat this entry langsung i dint notice tulisan dalam gambar atas tu..nantilah kena tukar jadi blog baru

31 October 2012

Engagement :ras asmira


assalamualaikum

kalau dah jodoh ehe

I congratulate you both for your love and togetherness, and wish you peaceful and wonderful times ahead in life. May God bless both of you with warmth and care. Congratulations on your engagement. .happening giler..nak buat besaran jugak ! calon kena la status besar

kiteoarang memang dapat je invitation
but we all ade hal masing-masing
so no discussion to attend

kiteorang tak contact sesama sendiri pun
pagi tu I hangout with aliff firdaus ( ruginye tak sempat nak sentap luch@ KFC )




tolong cari encik navy untuk saya jugak




okay

salam




30 October 2012

allowance sara hidup dari abah.



Thanks my loving parent for every month i got it .

#  menabung@RHb

#shopping (taknak)

#hangout kejap dengan Nik Shima Azureen..NikNor bahiyah.Nurul Afisya Afida
Ara Bell (tak ingat sih nama letak panjang sangat) hehe




bowling kota bharu

hujan beb  ,

continue  cerita esok .

19 September 2012

professional hairstyling

mood : nak g magic boo
 There's a powerful belief that people with talent can achieve beyond the reach of ordinary mortals
 Talent implies that everything is easy for a chosen few and difficult or impossible for everyone else
Those who believe they lack talent feel they are outside a charmed circle with no magic way to get in
well di i have any talent ?mestilah kan kalau tak mana boleh ade own hair studio

saya memang seorang professional hairstyling..lepas nie boleh la gunting rambut student yang panjang..kesiannya student saya nanti :p


gambar hiasan :

15 September 2012

Ujian adalah guru yang tidak bercakap

Entry ini untuk kawan saya from Golden Beauty and Hair College

 Kehidupan di dunia ini tidak ubah seperti permainan dan senda gurau. 

Ada kalanya kita gembira dan bersedih.

Ada ketikanya kita susah dan senang, semuanya terjadi tak ubah seperti roda yang berputar.

Di setiap yang berlaku itu pastinya silih berganti.Itulah dinamiknya kehidupan di alam fana.

setiap orang ada masalah sendiri

samaada nampak atau tidak terpulang pada individu tersebut
kawan saya dia nampak macam tak ada masalah 
tapi hakikatnya banyak kekusutan di benak fikirannya

i feel..hurm..cannot describe here what i feel.

pakwe kawan saya tu dah satu tahun koma sebab masalah saraf yang berpunca dari accident
jodoh maut kita tak tahu 

nama dia encik suhaimi

saya tak tahu bagaimana keadaan saya bila saya di tempat BFF saya

Jom kawan-kawan , kite doakan pakw kawan saya nie cepat sembuh

dan sihat seperti sediakala

sekarang nie encik suhaimi hanya mampu buka mata sahaja

setiap kali BFF saya datang 

dia hanya mampu titiskan airmata

sedih sangat


 




 


 



bahiyah , saya harap awak tabah 
awak tahu kan hidup perlu diteruskan walau apa pun yang berlaku 
perjalanan hidup saya pun banyak dugaan sama seperti awak
cuma dalam keadaan berbeza

adakalanya memang kita perlu menangis
saya pun dah banyak menangis sama macam awak 
tapi dengan cara berbeza
pokok pangkalnya ujian untuk kita


apa jua yg berlak
selg kita bernafas
hidup mesti diteruskan. 

Jangan jadi kan apa jua yg telah n akan berlaku sebagai alasan utk mengalah.
 Krn hidup yg dikurniakan ini adalah perjuangan bg kehidupan yg lebih kekal. 
Jgn jd org yg berputus asa krn Allah sentiasa bersama kita. 
Ambil kesempatan hidup ini utk berbaik dgn sesiapa saja sebelum kita dijenput illahi.
 Sdgkn Allah adalah pemaaf apatah lg kita hanya insan biasa
Harmoniskn hidup didunia ini kalau kita nak hidup kita harmonis di dunia kekal krn hidup didunia ni adalah laluan ke alam kekal……….redha dgn apa jua ketentuan Allah selepas berusaha membuat n menjd apa jua yg terbaik utk dunia yg lebih kekal!


Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik.
Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertentu. 
Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. 
Marilah kita sama-sama cungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. 
Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. 
Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya.

Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat.  didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. 

Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita.Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. 

Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. 

Sekiranya kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa. Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup.

 Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.Apabila kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa bagitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah diterimanya. 

Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi.Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak ketentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa bangga diri. 

 Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. 

Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah.

 Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar

”Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa mengeluh, merungut atau syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak! 

Berbeza pula halnya dengan ujian yang ditimpakan ke atas para Rasul, para nabi, wali-wali dan kekasih-kekasih Allah. Ujian ke atas mereka bermaksud untuk meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi Allah. Sebab itu ujian yang mereka hadapi berat-berat belaka.