page

nuffnang

Showing posts with label My Engagement Day. Show all posts
Showing posts with label My Engagement Day. Show all posts

24 February 2015

My Engagement Day


Assalamualaikum.

Jurugambar : Studio Mukmin ( Kubang Kerian,Kelantan )
Pelamin       : Nik Shera Bridal II (Pengkalan Chepa,Kelantan)
Make up      : Rosnani Rossaa  (Kawan,Freelance MUA)
(Nak cari jurumekap kena cari orang yang selalu pakai makeup,practice  make perfect)
 











Cabaran lepas bertunang ?

Alhamdulillah hubungan cinta semakin mekar,timbul rasa hormat antara satu sama lain,rasa lebih disayangi dan dia pun mula menunjukkan sikap yang lebih matang dan bertanggungjawab.Yang paling best berangan pasal ''rumah kite'' hehe




F&S




13 February 2015

Hantaran Tunang

Dari pihak perempuan (dari saya la hehe)

5 berbalas 5.Fair & square

 Kek ''selamat bertunang'' Isi dalam tu setiap lapisan pelangi ada krim.

 
Buah epal 3 pack.Lebih kurang 18 biji..so dalam bakul tu tak letak paper untuk nampak epal tu tinggi sebab tu gunakan banyak epal.


Baju ''Polo''
si dia tak ada lagi baju pink plain..sebab tu beli kaler pink
Dia kulit gelap so pakai pink pun tak akan nampak lelaki ''jambu''
yang ada macho2 je ahaks


Cincin tunang untuk lelaki
saya guna fresh sireh&fresh flower

Wallet&belt''Polo''.Masa beli tu ada offer so dapatlah half price

Dari pihak lelaki pula..bersambung hehe

22 January 2015

Pelamin E Day


Sebenarnya aku ada 3 hari je preparation untuk menyiapkan majlis bertunang.Penat sangat terkejar-kejar dari satu tempat ke satu tempat yang lain.Dari nak pelamin bajet akhirnya dapat pelamin impian.Hehe Rezeki Allah bagi.




hari ketiga preparation ni jugak aku pegi buat facial bersama bakal mertua dan bakal tunang aku kat Aster Spring Beauty Center,KB Mall

:) :)



to be continue

16 January 2015

Mencari songket untuk Majlis Sambut Menantu


Bila bertunang of cos la nak kawin kan..so preparation kena awal..aku plan majlis sambut menantu pakai songket..yelah sesuai dengan umur dan penampilan aku dan dia sebagai profesional career.Sebab aku kat negeri orang aku hanya mampu mengintai dari lama sesawang online je..Rindu Kelantan too much.

Mula-mula aku servey harga songket RM2500 untuk lelaki dan perempuan..kiranya satu set pengantin.Yes memang harga dia berpatutan. You all nak beli songket boleh la tengok kat > Teh Songket . Harga ditawarkan berpatutan bermula dari 550 untuk set pengantin

RM2500.00 satu set
Yang ni RM180::


Bila aku tengok songket tabur RM180 , tiba-tiba aku teringat kat negeri aku,Kelantan boleh dapat dengan harga sangat murah..Semut di seberang nampak..gajah depan mata tak nampak.So masa tu aku google dan terjumpa Minah Songket memang polpular di Kelantan.Pasar Kota Bharu pun boleh dapat dengan harga murah.Bergantung tempat yang kita pergi..harga berbeza ada tempat murah ada tempat mahal sangat..sebab aku perempuan aku suka servey.Choose the best.Aku pilih kualiti dan harga.

Minah Sonket Kelantan
Bagi aku kalau buat tempahan exclusive sangat macam membazir je..Nak pakai pegi keje pun macam tak sesuai sangat..aku ni dah la technical teacher..pakai songket exclusive macam kurang sesuai.Kalau simple songket boleh pakai pegi sekolah.Kalau tempah ikut ukuran sendiri aku nak macam ni je :


tapi kalau sewa baju untuk majlis sambut menantu nanti of cos aku nak yang macam ni :

sekian cerita hari ini.

rindu my perfect 1o hehe




My E-day Planning

Assalamualaikum

Setiap perempuan impikan sebuah pertunangan.Sebab kewangan tak berapa kukuh aku dengan si dia..aku plan tak payah bertunang..nak merisik je.Kiteorang tak pun tak ada saving langsung at all !! kat JB gaji 5 ribu pun tak cukup..Tiba-tiba mak dia call ibu aku dan dorang setkan tarikh.Aku pun tak pernah plan bila nak tunang.So tarikh pilihan parent kiteorang.2 weeks nak settlekan semua perkara.Minggu pertama just arrange nak makan apa,baju tema apa,cari pelamin,barang hantaran dan juga fotografi.Masa tu aku kat Johor lagi..4 hari sebelum majlis aku bertolak ke kampung,Kelantan.

Mula-mula tempah laksa penang dan laksa lemak,sebab tak ada masa so tempah je laksa,aku pula cucu sulung sepupu pulak berapa orang je yang dah besar panjang.Saudara mara semua jauh.Ibu cakap tak ada kakitangan nak masak nasi.Lepas tu aku rasa kesian pulak rombongan belah laki sejam dari rumah so bile dah sampai mesti lapar kan..bila fikir balik nak ambik katering,lepas tu nenek kater ''tak payah ambik catering,membazir..aku pun boleh masak''.So bab makanan dah settle.

Dah alang-alang bertunang..pe lagi berangan la nak pelamin macam ni simple dan kemas sesuai dengan usia aku yang senja ni hehe

Tapi sebenarnya kita tak boleh ikut orang..analisis diri kita..aku selalu jugak analisis diri..nak bercinta kena ada duit..tak bermakna orang tak ada duit tak boleh bercinta..maksud aku bukan macam money not everything tapi segalanya memerlukan duit.

Kalau ikutkan harga pelamin kat atas dalam 1k lebih..kalau design yang bawah ni aku cari gambar lepas tu servey harga kat bridal ada yang bagi RM750 lepas tu servey lagi dan lagi..aku ada jumpa bridal ni rupanya dekat je dengan rumah aku..pelamin cam kat bawah ni RM300..so aku dah dapat jimat banyak dah.Sewa baju minggu kedua.Minggu pertama aku servey tapi setakat ni RM120 so tak confirmkan lagi bab baju.


Bab baju pulak kalau boleh aku nak ada la kaler sikit kan..tapi dia cakap kaler pearl so aku setuju je.Sebenarnya aku okey je warna pape pun.

Total kasar RM yang dah abes untuk minggu pertama
  1. Pelamin       RM 300
  2. Jurugambar RM 350
  3. Kek RM 50 + apam mekar RM26/100 pcs
Minggu kedua :
  1. Sewa baju RM 200
  2. Beli barang hantaran
  3. Makeup 100
  4. Beli barang untuk decoration
  5. Cincin belah rotan dan Cincin suasa 
bersambung :D