page

nuffnang

14 September 2011

.kesan selepas kahwin sebab masa muda dulu.


pesanan untuk diri saya sendiri sahaja . namun saya tahu batas-batas yang mana halal yang mana haram .
Nafsu sungguh jahat, syaitan amat menipu
Di akhir zaman ini ramai orang berkahwin berkenalan-kenalan..
Masa bercinta dulu-dulu mungkin memberikan kesan pada anak dan keturunan kita 
Dan bercinta-cinta lebih dahulu
Sebelum berkahwin di waktu bercinta semuanya indah-indah belaka
Tidak ada yang susah, tidak ada masalah

Semuanya baik walaupun jelik, sekalipun menyusahkan, tapi indah
Di masa itu kentutnya pun wangi, peluhnya pun harum mengalahkan atar
Tapi setelah berkahwin, tidak sampai setahun

Tiga bulan sahaja yang dahulu bukan masalah sekarang masalah
Dahulu yang busuk berbau harum, sekarang yang harum berbau busuk
Sekalipun atar pilihannya yang dipakai namun baunya menyakitkan

Dahulu yang diminta perkara susah bukan masalah
Sekarang yang mudah satu kewajipan pula dianggap masalah
Dahulu cinta itu dirasakan sampai ke sudah

Rupanya sebelum separuh jalan punah
Dahulu yang jahat pun dianggap baik
Sekarang yang baik dianggap jahat
Betapalah yang jahat terasa berpuluh-puluh kali jahat dan menyusahkan
Perang mulut pun mula terjadi
Masing-masing saling menunjukkan sikap bermusuhan

Kadang-kadang tidur pun berasingan atau tidur membelakang
Dahulu marahnya pun indah
Sekarang senyumnya pun pahit macam jadam
Masing-masing bawa diri, izin -mengizin sudah tiada lagi
Makin bertemu perang menjadi-jadi
Makin berjumpa maki benci-membenci

Akibatnya pun sudah terjadi pada suami isteri ini?
Kedua-duanya pergi jumpa tuk khadi
Minta cerai katanya jodoh sudah tidak ada lagi
Begitulah kesan cinta dahulu sebelum kahwin
SUMBER : SILA KLIK

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum / salam sejahtera. Jemputlah komen jika bermanfaat. Terima kasih :)