nuffnang

26 March 2020

Breakfast

Assalamualaikum. Hari ni dah masuk hari ke berapa perintah kawalan pergerakan pun dah lupa. Alhamdulillah masih berkurung bersama keluraga tercinta. belum tiba masanya untuk berkurung di alam sana. Masih berbaki dosa barangkali.  

Hari-hari hidangan roti untuk anak teruna kesayangan. Hidangan ni memang betul-betul sihat untuk sesiapa yang amalkan gaya pemakanan sihat.

Resepi ni mudah je. Masukkan roti susun macam dalam gambar tu. Ikut kretiviti you all lah ye. sebenarnya elok guna cup. Perintah kawalan pergerakan ni, kita cuba guna apa yang ada di rumah sahaja tanpa membebankan dan tanpa merisikokan kesihatan kita di luar.

Lepas dah susu, masukkan susu segar suka hati nak tenggelam ke nak separuh ke. Bonda guna sikit je sebab nak berjimat punya pasal.

Kemudian pecahkan telor macam nak buat telor mata kobau tu. Untuk dua keping roti ni, bonda guna sebiji telor sahaja. Berjimat juga. 

Lepas tu, you all tabur lah lada putih atau lada hitam atau serbuk perasa sesuka hati. Bonda guna serbuk lada putih. Letaklah apa-apa bahan yang ada kat dapur tu. Ayam ke udang ke suka hati lah. Dah bosan letak fish ball, fish cake, daging cincang dan ayam. Harini cuba udang pula.

Semoga COVID19 berlalu pergi

18 March 2020

Kerabu Kacang Botol

Assalamualaikum.
Awak masak apa hari ni? Semoga negara kita Malaysia bebas dari COVID 19. Bonda stay home je. Harini bonda masak macam dalam gambar kat bawah. Bonda kurang suka singgang ikan. Apakan daya, masak je makanan kesukaan suami bonda.

 Fikir-fikir tak tahu lah nak masak sayur apa harini. Bosan asyik tumis sayur, celur sayur dan sayur mentah. Dah seminggu masak kerabu. Tapi lain-lain jenislah. Harini masak kerabu kacang botol.

Lauk panic, untuk mak yg tak ada idea nak masak apaπŸ˜›. Ganding dengan ayam goreng. Ta tau lah kerabu apa, campak je inilah kejadiannya.

Bonda share je resepi.

1.Rebus ikan selayang
( Rebuslah lebih, ambik sekor je untuk buat kerabu. Besok boleh goreng ikan rebus pula, buat nasi kerabu je, buat cekodok ke, masuk budu ke). Bonda rebus sekor je dlm kuali. G kedai, tinggal tu je yang ade, adehh panic².

2. Sambil tu, hiris halus

Kacang botol
Bawang besar bombay
Baby corn. Rendam/ celur air panas
Cili besar. Nak pedas guna cili padi
Daun ketumbar- daun sup/bawang pun ok juga
Tomato buang biji kat tengah

3. Dah hiris halus masuk ke bekas besar mudah nak kacau

4. Ambik kelapa kalau rajin, letak atas kuali 2 minit guna api besar, kacau² jangan duk buat benda lain. Kena ngadap. Dah nama pun panic. Kalau rajin, guna la api kecik boleh tinggal belek fon. Jangan garing, nanti kerabu tak basah. Kalau suka kerabu kering. Eloklah buat kering kelapa tu.

5. Ambik isi ikan radi, tumbuk bersama kelapa. Tumbuk manja je biar sebati.

6. Campur ke bekas sayuran yg di hiris tadi.

Akhir sekali, perasakan. Suka hati nak masuk gula, garam, ajinomoto.

Bonda guna 4 biji kacang botol, 3 biji baby corn, sekor ilan selayang, separuh tomato, sebatang daun ketumbar, sebiji bawang besar bombay, sesenduk kelapa, satu sudu gula, separuh garam, hujung sudu ajinomoto.

#resepikerabukacangbotol #resepikerabuputikjagung #resepikerabu #koleksikerabu


salam sayang,
selamat mencuba.

BACK TO BLOGGING

Assalamualaikum.

Ada rakan-rakan logger rindu dan ingat akan saya? Hari ini 18-03-2020. Usia saya hampir 32 tahun. Tiada pencapaian membanggakan pun dalam hidup ini.Kadang terfikir kenapa aku begini.

17 March 2020

Nugget Homemade

Assalamualaikum

 Resepi ni mudah je. kalau ada food proccessor lagi baik. Bonda ada blender murah je. Lepas ni masuk list nak Food Processor. Susah nak buat masak-maska kalau tak ada peralatan canggih. Apakan daya, bonda redho jeπŸ˜†Mari layan resepi bonda ni. 

Sediakan dan blend.

bawang holland
bawang putih
kobis bunga (Suka hatilah awak nak tambah apa, biasa bonda letak carrot atau apa-apa je yang ada)
kiub pati ayam. Bonda guna jenama maggie. Always di hati

Blendkan pula ikut turutan ni.
isi ayam 
telur sebiji
serbuk lada putih

Dah blend tu, keluarkan dari blender dan blend bahan hirisan

Lepas tu sebatikan mereka. Adunan lebik sikit tu dah memang betul dah. Nak tambah dua ke tiga sudu tepung ubi pun boleh.  Tengoklah gambar kat bawah yang bonda mamu snap.

l
l
k

 Selamat mencuba. Bonda goreng guna Air Fryer


16 March 2020

Kerabu Telur Masin

Assalamualaikum. Cari resepi ke? Stok telur masin memang selalu ada kat rumah bonda. Stand by always.

Praktis lauk sahur πŸ˜‚
Bunga kantan
Serai
Bawang merah
Suhun
Nampla
Limau nipis/ pati limau ( saya guna pati limau)
Cili
Kalau ada πŸ‘‡lagi sedap ( saya tak letak sebab takde)
Tomato
Daun ketumbar
Daun sup
Perasakan
Gula/ perasa/ dan lain² ikut seriang hati

selamat mencuba

Ayam Stim Singgang


 Assalamualaikum


Singgang ayam, tapi cara masakan stim style. Lagi sedap dari singgang biasa sebab tak guna air. Kuah dari ayam tu sendiri. Letak semua bahan baru letak ayam. Kalau suka, letaklah perasa, garam siap².

Bonda guna asam jawa. Takde asam keping.

Resepi dia susun

1. Serai ambik sepanjang serai tu ketuk dgn lesung batu. Suka hati guna berapa batang

2. Bawang putih hiris

3. Bawang merah/ bawang besar bombay hiris

4. Halia hiris

5. Lengkuas hiris

6. Kunyit hidup (kalau suka warna kuning boleh tambah) *bonda tak letak malas nak g ambik kunyit kat luar rumah hehe

Perasakan dengan:

Tabur garam, asam keping, serbuk perasa ajinomoto kalau suka. *bonda guna serbuk pati ayam tumix

Akhir sekali letak ayam.

*guna api slow je baru banyak air ayam keluar










selamat mencuba

8 February 2020

Ayam goreng


Assalamualaikum.

Ayam goreng ni perap dengan sos cili dan kicap pekat..πŸ’Ayam tu rebus dulu bersama sup..bila separa masak, angkat dan letak bahan perapan..Sedap sungguhh wangi satu rumahπŸ’ƒ Kadang² tak perap pun terus goreng.

Buat sup macam biasa je.



bai

18 March 2019

Sambal Telur

Assalamualaikum

Resepi ni antara kesukaan bonda. I love. Makan dengan nasi panas. Makesure makan waktu cuaca hujan. Baru berselera.

Telur ketagih, resepi campak² dari makcik kesayangan

Mudah je,
tumiskan 

Bawang putih & holland
Cili kering
sos tiram
Kicap manis
kalau nak hita, tambah la sikit kicap pekat

perasakanlah sesuka hati 


Selamat mencuba

30 June 2018

Mee goreng basah campak-campak

Dinner
Mee basah campak2. Masuk sos ikan, cili sos, lada kisar, kicap pekat, kicap manis + serbuk sedap rasa maggie. Siap😊

10 September 2017

Happy birthday to me

Assalamualaikum readers.

Harini 7/9/2017. Alhamdulillah di beri pinjaman nyawa untuk bernafas di bumi ini. Seperti kebiasaan hari lahirku tiada bersambut. Tiada ucapan istimewa tiada hadiah istimewa :) sesekali tengok kawan - kawan disekeliling..SO SWEET..SO ROMATIS..teringat sebuah kata-kata

"X payah nak ikut orang"

Erk..orang macam tu kita abaikanlah. Kita sebenarnya bukan ikut orang. Kita sendiri yang nak tapu direalisasikan oleh orang lainm jadi keep smile and go on :)

Dah lama x blogging. Rindu nak menulis macam dulu-dulu kala. Streamix ni macam siput je lembap :)


#bestkan kalau dapat hadiah sebuah banglo mewah :)