Assalamualaikum. Pagi ni tak ada aktiviti apa pun kat rumah ni. Baring dari jam 9 ke jam 12 tengha hari. punyalah pemalas. Harini suami saya cuti shift empat hari. Jadi malas-malas pun,siaplah mihun goreng kicap ni
Bihun kicap paling simple camni saya suka untuk daily. Resepi dari ibu saya sebenarnya.
Untuk setengah peket bihun.
- ¼ Bawang besar merah cincang
- 1ulas Bawang putih cincang
- 1ketul ayam ayam
- 1sudu besar cili boh
Bila dah garing sambal nya, masukkan kicap tunggu sampai menggelegak kejap.
Masukkan bihun dan sedikit air.
Saya
guna bihun jenama botan. Ini saja yang ada di kedai. Bihun ni tak boleh
rendam lama. Mula merendam bila nak memulakan kerja.
Bila dah
siap menumis, ambik mihun masuk ke kuali. Tambah ½cawan air je. Kalau
tak dia akan lembik. Kalau nampak keras, tambahlah air lagi.
Kalau
ibu saya, dia suka masukkan gula 2½sydu besar untuk setengah peket
mihun. Ini saya tak letak apa² dah biasa kurangkan gula garam perisa.
Tapi suami saya memang tak suka kalau rasa macam ni. Kena tambahlah gula
garam ajinomoto dalam mihun dia.
Kalau anak saya, masa macam tu siap menambahlah dia.
Nak menjamu orang, rasa kena sedap nanti sampai bila² duk ulang je kita masak tak sedap.
Semoga bermanfaat
sedapnyaaaa bihun... sy kalu mkn bihun mesti judu ngan timun��
ReplyDeleteitulah timun,bawang goreng,limau kena ada feeling makan dekat kedai
Deletetimun n taugeh rangup wallaaaaaa nikmat dunia betul hehehehe
Delete