page

nuffnang

19 March 2021

Janda Baik Day 1

Assalamuaikum.

Inilah pertama kali aku ke Janda Baik. Lepas ni aku nak pegi lagi, nak buat aktiviti outdoor. Masa pegi ni tak dapat aktiviti outdoor sangat pun, dah nama pun family trip dari tempat kerja suami aku. Best pegi sini. Sejuk, gigil. Malam tu kami tak buka kipas atau aircond pun. Sesuai dengan harga. Aku pun mula terfikir kalau pegi resort mahal-mahal, malam tak buka aircond rasa rugi pulak๐Ÿ˜‚

Sebenarnya pepagi dah kalut kat rumah. Suami aku semalam tu tido lambat. Dah suruh tido awal, lambat jugak. Katanya tak boleh paksa sebab kerja shift ni be time lari.

 


 

Sebelum bertolak, suami aku kena ambil Niosh Card dulu kat ofis sebab kena collect attended course last week. Jadi kamilah yang paling lambat tiba tapi tidaklah lambat juga dengan kereta aku yang memecut laju. Kami Gathering dekat kedai makan apa aku pun tak tahu lah tapi dalam 20 minit sebelum sampai Janda Baik. Masa ni pukul 7 pagi semua kawan-kawan suami aku dah berkumpul di Bandar Penawar. Aku masih di bumi Pengerang.


Inilah laluan menuruni ke chalet. Rasa menyesal pulak tak tapau Mc D. Kami sampai dalam pukul 430 petang. Nak menunggu sesi BBQ malam nanti kebulur anak cacing dalam perut. Kalau korang nak tahu, sepanjang perjalanan ke chalet ada juga kedai-kedai makan sepanjang jalan. Tapi kami tidaklah singgah sebab kejarkan masa.

Sepanjang perjalanan di kampung jalan baik sebelum sampai jambatan ni, terdapat banyak pokok kantan bersepah kat tepi jalan. EEi aku geram je nak petik-petik. Punyalah perangai macam apa nak mencuri harta benda orang ๐Ÿ˜

.

Mestilah nak menempel je dengan bonda

Inilah chaletnya. Puas hatilah dengan harganya yang murah mampu milik.

Ada pilihan katil satu atau katil macam ni

anak bonda yang bonda sayang

kawan Fahim yang seusia lebih setahun darinya. Baik budaknya



Masa ni tengah berkumpul tunggu supervisor suami aku 
bertolak lambat sebab tunggu siteri dia habis kerja. 
Jadi kami main sungai mandi-manda lepak-lepak.

Masa ni, geng suami lah yang bakar-bakar. 
Suri-suri semua membawang jaga anak.
 
Dah sampai. Kami parking depan sungai. Masa ni panas. Tapi ada rasa sejuk juga. Sungai pulak, sejuk gila. Sebenarnya chalet yang kami duduk ni, baru je dibuka selepas bebarapa tahun di tutup atas faktor aku pun tak tahu. Jadi mulalah kami beranggapan yang pelik-pelik kahkah. Apa yang bestnya, ada tempat dapur macam garaj besar jugalah. siap peti ais, alat memasak, dapur gas, sabun basuh pinggan dan lain-lain. Masa kami mandi manda tu dah tengok dah ada di susun meja tapi kami buat tak tahu je sebab chalet belah sana. Pagi masa nak panaskan lauk lebihan BBQ, barulah ternampak alahaiii,kalaulah semalam buat BBQ kat situ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜‚ Itulah dah depan mata bukan nak explore.
 

Fahim macam biasalah, pemalu dan memang dah dididik untuk tidak membuas bila bersama masyarakat. Alhamdulillah anak kawan-kawan suami aku pun behave je macam Fahim. Semua baik-baik alhamdulillah syukur.

Sebenarnya aku segan dengan semua orang. Rasa rendah diri dengan kegagalan hidup๐Ÿ˜‚. Dahlah rasa gemok semacam aje.
 
:)
 

 



 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum / salam sejahtera. Jemputlah komen jika bermanfaat. Terima kasih :)