page

nuffnang

11 March 2021

Review minuman koko OCOC

Assalamualaikum, buat apa tu. salam jumaat penuh barakah. Semoga kita sentiasa dikurniakan sesihatan yang baik untuk meneruskan aktiviti kita seharian olehNya. Alhamdulillah masih di beri kesempatan melihat sang matahari , diberi kesempatan hidup untuk hari ini. Semoga nafas ini selalu bersyukur. Semoga lisan ini selalu berzikir dan semoga gerak langkah ini selalu ibadah kepadaMu ya Allah. Ya Allah kurniakanlah kami taufik dan hidayahMu serta istiqomahkan kami di jalan RedhoMu. Aku hamba yang lemah.

Setiap bulan, saya berikan yang terbaik buat anak saya (mengikut cara saya sendiri samda melalui pemakanan dan pendidikan). Setiap bulan saya akan membeli minuman koko untuk tingkatkan fokus anak saya ketika belajar. Sebenarnya anak saya mengalami masalah pembelajaran pada tahun 2020 sewaktu dia berusia empat tahun. Masalah ini dikongsikan dari pengusaha tadika yang menghantar video anak saya sentiasa menguap dan tidak mahu membaca. Padahal ketika itu, anak saya dah consume minuman koko ni hampir setahun pada 2020. Tapi tahun ni baru nampak kesannya. Jujurnya saya kecewa bukanlah sebab anak saya tidak fokus, tapi saya kecewa kerana merasakan kegagalan saya sebagai seorang ibu kerana sudah menyediakan makanan terbaik buat anak saya. Tiap kali masak, saya akan skip white sugar, less salt dan no msg. Tetapi anak saya di sekolah menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan. 

Jadi saya tak pernah putus asa pun. Bukanlah saya percaya produk ini untuk buatkan anak saya pandai. saya perlu menyediakan anak saya makanan dan minuman berkhasiat setiap hari sebagai amanah anak dari Allah. Saya percaya ramai ibu bapa yang terlepas menyediakan makanan yang sihat kepada anak berdasarkan pemerhatian saya di sekeliling. Anak itu amanah tapi pahalanya amatlah besar. Boleh membawa kita ke syurga atau ke neraka.Saya percaya tugas ibu bapa selain memberikan makanan yang baik, ibu bapa juga perlu mengarahkan anaknya menjadi hamba yang soleh dan bertaqwa. Kita tahu sipa yang mempunyai anak yang soleh, hidupnya akan terjamin dengan sendirinya.

 

Tahun ni prestasi anak saya agak boleh dibanggakan setelah berpenat lelah mendidiknya. Alhamdulillah. Dari beli minuman koko seperti milo, vico ada baiknya saya belikan ini untuk anak saya.

 Ini saya sertakan sedikit info mengenai minuman ococ ini|:

Minuman tinggi nutrisi. Bantu otak dan tubuh kekal bertenaga, dan tingkatkan prestasi. Semestinya lebih sihat.

 

  1. Tanpa perisa tambahan 
  2. Tanpa pemanis sintetik
  3. Tanpa gula putih 

OCOC diperbuat dari bahan semulajadi

1 comment:

  1. minuman ni x penah nmpk tp buku otak tu penah😊

    ReplyDelete

Assalamualaikum / salam sejahtera. Jemputlah komen jika bermanfaat. Terima kasih :)