page

nuffnang

3 April 2021

Bubur ayam oriental singapore

 Assalamualaikum. Dah bosan makan nasi. Kadang-kadang tekak ni teringin nak makan bubur. Kalau kat sini ada McD mesti selalu berkunjung. Mengopi, makan bubur dan lain-lain. kahkah. Bubur lah sangat padahal aku suka je order set Happy Meal. Mainan boleh bagi Fahim. Fahim ni kadang-kadang ada mood juga nak makan. Dekat kawasan sini, kalau nak Mcd kena ke Pasir Gudang sejam setengah  barulah sampai. Beginilah hidup di kawasan bukan bandar yang membangun. Apa pun, rezeki Allah bagi perlu syukuri dengan hati yang redha.Makanya, terciptalah bubur ayam oriental, sejenis bubur masakan dari Singapore.

 Sedap tau bagi penggemar bubur. Kami di pantai timur, Kelantan panggil bubur as 'nasi air'. Saya suka bubur Mcd atau bubur homecooked sebab warna dia cantik. Kalau beli dekat kedai kan, biasanya bubur bukan warna putih tapi warna yang agak keruh. Mungkin direbus bersama ayam atau dimasak dengan memasukkan serbuk/cecair pati ayam. Jadi sebab itulah saya kurang menggemari. Masa kecil memang ibu saya suka masak bubur. Bubur kosonglah biasanya, makan dengan kicap dan ikan rebus/ikan goreng/isi ayam.

Tadi kan saya cakap, tak suka bubur nasi warna keruh. Maksud saya, bubur yang everyday kita nak makan. Camne eh nak cakap. bandingkan dengan bubur Mcd yang cantik warna dia putih beras saja. Tapi kalau bubur berlauk dan bubur lambuk, saya suka saja. Tapi jarang sangatlah dapat makan.

 

RESEPI BUBUR NASI ORIENTAL SINGAPORE

1. Mula-mula sekali masak nasi sampai jadi bubur + pati ayam+garam +halia

TIPS::  Basuh beras dan masukkan ke freezer semalama. Bila masak annti, kejap je dah jadi bubur  

kalau nak warna jernih tak payah masukkan pati ayam. Just garam dan ajinomoto sahaja. Tapi saya tak letak ajinomoto pun. Cuba kurangkan perisa dalam masakan.

 

2.  Penyediaan Minyak bawang putih.

Then asingkan bawang dari minyak.

lepas dah sejuk baru satukan mereka. Buatlah banyak-banyak kalau rajin

Gunakan chopper tau baru cantik. saya suka guna hand chopper untuk buat minyak bawang putih ni. Teksture kasar sikit. Terpulanglah pada citarasa masing-masing. 

Goreng api sederhana/ sentiasa duduk depan kuali. Jangan lalai nanti waran tak cantik. Berhenti menggoreng bila dah bertukar warna. Jangan warna dah coklat baru nak tutup api nanti takut pahit, buda-budak tak suka. Kita pun tak suka 😂


3. Stim ayam bersama kicap cair+ minyak bawang bersama bawangnya+minyak bijan+halia

stimkan mereka dalam bekas. Ambik semua sari pati ayam tau bila nak guna nanti.


ini dah menambah dua kali dah :)


 Cara nak makannya, letaklah semua bahan macam dalam gambar di atas. Sayur sawi saya steam dulu lepas steam ayam. Jangan lupa tambah minyak bawang putih ya :)

Terima kasih kerana sampai ke sini. Selamat mecuba resepi ikhlas dari hati.

3 comments:

  1. Replies
    1. belum cuba lagi kalau daging. Mungkin sedap juga. Nanti ada daging, saya cuba try eh

      Delete
    2. bkn apa skrg sy dah krg mkn ayam. tu yg tanya kalau boleh gantikan dgn daging ;-)

      Delete

Assalamualaikum / salam sejahtera. Jemputlah komen jika bermanfaat. Terima kasih :)