Diriwayatkan daripada Abdullah bin Zaid al-Ansari r.a bahawa dia
pernah melihat Nabi Muhammad SAW berbaring terlentang di dalam masjid,
meletakkan sebelah kakinya pada sebelah kakinya yang lain.”
(al-Bukhari)
Huraian:
Sekiranya hendak tidur kita disarankan mengikut sunah Rasulullah SAW.
Dalam suatu riwayat menerangkan: “Daripada ‘Aisyah r.a katanya: “Nabi
SAW apabila berbaring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda
mengangkat kedua tangannya (seperti berdoa), lalu meniup dan membaca
surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas, kemudian baginda
menyapukan tangannya itu ke seluruh badan yang dimulai dari kepalanya
dan mukanya dan bahagian depan daripada badannya, Baginda melakukannya
sebanyak tiga kali.” (at-Tirmizi) Selain itu sebelum tidur baginda
menunaikan sembahyang witir kerana Nabi SAW juga telah mengingatkan
umatnya bahawa syaitan sering mengganggu manusia ketika tidur. Oleh itu
kita dianjurkan supaya mengamalkan solat witir setiap kali sebelum
tidur. Ketika baginda terbangun daripada tidur di tengah malam pula,
baginda akan membasuh muka dan kedua belah tangan sebelum baginda tidur
semula. Berkenaan dengan cara tidur pula, Rasulullah SAW selain daripada
tidur miring ke sebelah kanan, baginda juga pernah tidur terlentang
dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagaimana maksud
hadis di atas.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum / salam sejahtera. Jemputlah komen jika bermanfaat. Terima kasih :)