Memiliki rambut yang lurus dan lembut bukan lagi satu kemustahilan kepada mereka yang berambut keriting atau beralun.
Dengan teknologi penataan rambut yang moden dan serba canggih zaman ini, rambut asli keriting dan kembang boleh diluruskan dengan teknik rebonding.
Teknik rebonding ini juga telah menjadi satu trend tidak kira dewasa atau kanak-kanak. Namun begitu, kanak-kanak dibawah umur 10 tahun tidak digalakkan kerana bahan kimia yang digunakan pada rambut adakalanya terlalu kuat dan kanak-kanak ditakuti akan mendapat alahan.
Walaupun pada mereka yang sedia mempunyai rambut asal yang lurus, ramai dikalangan mereka menggemari teknik rebonding ini.
Ini kerana, rambut akan menjadi lebih lembut, bersinar dan lebih mudah diurus walaupun tidak mengikat rambut.
Tetapi keadaan rambut yang agak statik mewujudkan pandangan yang agak membosankan selepas 3-4 bulan di rebonding.
Apatah lagi pada yang berambut terlalu keriting, apabila selepas sebulan teknik dilakukan, rambut asal yang tumbuh akan kelihatan amat berbeza dengan yang dibawah. Oleh itu rambut anda akan kelihatan agak aneh (mempunyai 2 bentuk, separuh sangat lurus dan rambut pangkal sangat keriting).
Ini adalah antara risiko-risiko pada yang melakukan teknik rebonding selain dari masalah biasa seperti hujung rambut kering, kulit kepala berkelemumur atau gugur dan juga keadaan rambut yang agak flat pada kulit kepala. Akan tetapi pemilihan krim rebonding yang baik dapat mengurangkan risiko-risiko tadi.
.
Untuk pengetahuan semua, krim rebonding mempunyai pelbagai jenis dan jenama.
Sebagai pengguna, anda mesti tahu krim apakah yang hairstylist anda akan gunakan. Sentiasalah bertanya pada mereka untuk mengetahui tentang produk tersebut.
Pada kebiasaannya, krim yang terlalu kuat akan menyebabkan rambut anda lurus dengan tidak semulajadi selain dari kusam dan terlalu tegak (tidak lembut).
Kadangkala, pelanggan mahukan harga yang murah tanpa mahu tahu krim apakah yang akan digunakan.
loreal Shizen schwarzkopf hair product . Pilihan sebenarnya di tangan kita .
Rambut akan mulai menunjukkan reaksi yang sebenarnya selepas sekurang-kurangnya 2 minggu dari waktu pelurusan tadi.
Namun begitu, ada juga jenis-jenis rambut yang harus menggunakan krim yang kuat seperti rambut yang terlalu tebal dan kasar atau terlalu keriting.
Apa yang penting, perbincangan anda dan hairstylist amat penting sebelum apa-apa jua proses chemical dilakukan.
Langkah-langkah penjagaan rambut rebonding :-
- Sejurus melakukan teknik pelurusan, elakkan mencuci rambut selama 3 hari(lima enam hari lagi baek). Ini adalah untuk memastikan krim rebonding tadi telah betul-betul menyerap pada rambut.
- Elakkan mengikat rambut terlalu kuat.
- Elakkan menyelit rambut ditepi telinga atau menyepit rambut dengan terlalu lama.
- Elakkan menggunting rambut cara bertingkat (layer) atau menipiskan rambut yang direbonding terutama selepas 2-3 bulan teknik dilakukan. Ini kerana rambut anda akan mengembang kerana rambut dalam keadaan tidak sama panjang.
- Elakkan dari kerap mengikat rambut terlalu ketat kerana rambut akan berbekas.
- Gunakanlah serum setiap hari pada rambut.
- Pastikan syampu dan perapi anda khas untuk rambut rebonding.
- Lakukan pupur rambut (D.I.Y.) seminggu sekali.
- Elakkan mewarna rambut selepas melakukan teknik rebonding kerana rambut akan terlalu kering dan akan rosak (Overprocessed). Jarak waktu yang terbaik untuk mewarnakan rambut selepas rebonding ialah sebulan selepas meluruskan rambut.
- makanan kesihatan tambahan seperti spirulina mampu menjaga dari dalam jika anda bukan seorang yang 'menjaga rambut'
from : ''Fifi Hair studio and Beauty center''
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum / salam sejahtera. Jemputlah komen jika bermanfaat. Terima kasih :)