page

nuffnang

14 June 2012

cinta disebalik kalimah bismillah

cinta disebalik kalimah bismillah


KALIMAH ‘BISMILLAH



Diri pernah ditanya, bagaimana cara menterjemahkan rasa kasih dan sayang pada ALLAH..?

...Tabii bagi orang yang bercinta sentiasa mengingati dan menyebut2 kekasih hatinya. Apa sahaja perbuatan yang dilakukan,tercetus dalam hatinya ingatan pada kekasih hatinya.. Jika makan, tercetus dalam hatinya;makan apa si dia hari ini.. Sentiasa terbawa2 ingatan pada kekasih hatinya di mana sahaja dia berada.

Katakanlah: "…Jika kamu (benar-benar) mencintai ALLAH, ikutilah aku..” (Al Imran; 31)

…Kecintaan Rasulullah saw pada ALLAH diterjemah dengan menyertakan ALLAH pada setiap tindakan yang baginda lakukan. Dikatakan bahawa tidak pernah Rasulullah saw memulakan sesuatu pekerjaan dan perbuatan melainkan dimulainya dengan kalimah bismillah.. 

Itulah salah satu cara baginda menterjemahkan kecintaan baginda pada ALLAH… Ingatan pada ALLAH disertakan pada setiap perkara yang dilakukan oleh baginda. Bahkan diletakkan paling awal dan di hadapan.. ‘dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..’ Bukankah itu tanda kecintaan yang paling besar? ..Sentiasa mengutamakan yang paling Utama dalam setiap tindakan.. Bahagianya hati jika kita diperlakukan begitu. Bahkan ALLAH bertambah-tambah lagi. Kerana ALLAH itu bersifat As-Syukur- Maha Mensyukuri…Syukur ALLAH berbeza dengan syukur makhluk. Lebih besar lagi syukur ALLAH kerana syukur ALLAH bersama dengan rahmat dan belas kasih pada hamba-Nya. Ingatan yang sedikit hamba-Nya sertakan pada-Nya di balas dengan ingatan yang lebih besar.. Bahkan diganda dan dibangga-banggakan lagi ingatan hamba-Nya itu di hadapan para malaikat. Subhanallah.. Itulah ALLAH…

Kalimah bismillah,bukan semata2 nama ALLAH..Namun berserta dengan sifat ALLAH yang sentiasa menyayangi dan mengasihani. Simpati,belas kasih dan rahmat ALLAH akan jatuh pada hambanya setiap kali hambanya menyebut dan mengingatiNya.. Janji ALLAH, bila kita merasa sayang pada ALLAH, bererti ALLAH juga sedang sayang pada kita.. Jika kita merasa cinta pada ALLAH, bermakna cinta ALLAH juga ada pada kita. Jika kita ingat ALLAH, ALLAH juga akan mengingati kita.. jika kita merasa rindu pada ALLAH, ALLAH bertambah-tambah lagi rindu pada kita.. Kita bertawassul dengan keberkatan bismillah untuk mendapat redha,rahmat dan cintaNya..

Jika sebelum ini kita sentiasa membaca bismillah, sama2 kita tingkatkan lagi bacaan bismillah kita dengan ingatan bahasa sayangnya kita pada ALLAH dan sayangnya ALLAH pada kita kerana ALLAH memberi izin,hidayah dan taufiq untuk kita menyebut nama-Nya.. Sayangnya ALLAH pada kita!^_^ Andai belum menjadi kelaziman kita membaca bismillah pada permulan kerja dan tindakan kita, sama2 kita mulakan hari ini membaca bismillah pada setiap pekerjaan kita. Ambil barang, bismillah.. meletakkan barang, bismillah.. Apa sahaja permulaan; dengan kalimah bismillah..

Moga ALLAH berkati kita dengan lafaz bismillah yang kita mulakan.. InyaALLAH sebagai rujukan tambahan, ana kongsikan juga hikmah bacaan bismillah pada semua. Moga bertambah lagi rasa syukur dan gembira kita untuk istiqamah dengan amalan ini. InsyaALLAH..

HIKMAH BISMILLAH…

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( Al-Muddatsir: 30). Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

... Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (Ar Rahman)

Kami mohon hidayah dan taufiq dariMU ya ALLAH..Rezekikanlah hati kami dengan kecintaan padaMU dengan berkat bismillah..
Allahumma amiin..


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum / salam sejahtera. Jemputlah komen jika bermanfaat. Terima kasih :)