"Hati yang sunyi itu seakan-akan tersangatlah rapuh"
Pernah tak korang mengalami situasi di mana, korang rasa sunyi sangat-sangat. Seperti baru putus cinta barangkali...
And then, someone appear dalam hidup korang. opposite gender of course. Korang akan rasa senang fall to that person, meaning terasa macam jatuh cinta balik. Mudahnya kan?
Tapi kita lupa, at that moment... kita sedang sunyi & perlukan perhatian dari sesorang. Dan bila ada orang yang mula caring pasal kita, kita senang rasa hati tu terisi kembali. Ini mungkin hanyalah sementara, percayalah.
Kerana hati yang sedang sunyi itu sememangnya mudah di dekati. Sama ada sesorang yang datang itu membawa cinta,persahabatan atau simpati. Kita sendiri mungkin tak tahu.
Bermula dari itu, kesunyian akan mula pudar & hati akan dipenuhi harapan baru. Semasa inilah kita perlu sedar & jangan hanyut dengan perasaan yang ada kerana ia mungkin bukan cinta yang sebenar.
Kesunyian itu salah satu perasaan, so it's doesn't matter lah.hehe |
Cinta yang terisi semasa kesunyian mungkin bukan cinta sebenar. Kalau yang hadir itu sekadar membawa simpati, nanti diri kamu juga yang rugi.
Rugi kerana mengharap.
Jangan jadi kejam kepada diri sendiri, kita menipu hati agar lebih bahagia, kita korbankan rasa cinta semudahnya. Jangan!
Sunyi, sedih... bukan manusia sahaja yang layak mengisinya. Biar sunyi kerana kehadiran manusia, jangan sunyi dengan kewujudan Allah.
Dia sentiasa ada dengan kita. Jangan biarkan hati rapuh dikala kesunyian, jadikan ia masa untuk kita kumpulkan kembali segala kekuatan.
Just my opinion & my experience...hehe :P
Assalamualaikum. :)
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum / salam sejahtera. Jemputlah komen jika bermanfaat. Terima kasih :)