Pernah merasa putus cinta? Mesti pernahnya kut… kalau pernah, I would say BAGUS! Kalau tak pernah maknanya anda belum lagi mengenal erti kehidupan percintaan yang sebenarnya.
As always, kita di sini, bukan untuk meminta perkara buruk itu berlaku atau mendoakan kecelakaan sebaliknya, kita mahu menimba pengalaman dan mengetahui sedikit pengetahuan yang mungkin dapat membantu untuk mematangkan diri di dalam menangani soal kehidupan di dalam percintaan.
Cuba kita tanya,
sebab itulah yang I lakukan sepanjang 5 tahun kebelakangan ini. I berkongsi kegagalan dan kejayaan dan berbagai-bagai masalah cinta yang I face myself, friends, and peoples around me…
Same things happen apabila sesebuah perkahwinan itu terpaksa melalui perceraian… Cuba kita tanya,
Cuba kita tanya,
- “Mengapa Allah berikan kegagalan cinta kepada kita? Mengapa Tuhan membiarkan kita putus cinta dengan orang yang kita amat sayangi?”
- Pernah anda mendapat jawapan dari pertanyaan ini?
- Tuhan berikan kegagalan cinta dan takdir putus cinta itu adalah kerana Dia mahu kita belajar dari kegagalan itu agar kita menjadi manusia yang lebih sempurna. Dan dari pengalaman itu, kita dapat berkongsi dengan mereka yang kurang berpengetahuan.
- Tentu saja I sedih bila putus cinta. Tetapi… apabila I dapat membantu walau hanya seorang untuk berjaya, kebahagiaan itu…is speechless!
“So, that’s why kita tak perlu bersedih sangat kerana putus cinta!”
(tiga empat tahun lepas aku sedih jugak)
Same things happen apabila sesebuah perkahwinan itu terpaksa melalui perceraian… Cuba kita tanya,
- “Mengapa Allah berikan perceraian setelah kita berkahwin dengan penuh kebahagiaan?”
- Pernah anda mendapat jawapan dari pertanyaan ini?
- Tuhan berikan perceraian itu adalah kerana Dia mahu kita lebih tabah. Dan yang paling utama, mungkin ada pasangan lain yang dapat memberi lebih kebahagiaan dan lebih menyayangi kita. Malah mungkin lebih menghargai segala-gala tentang kita.
- Tentu saja kita akan sedih …amat sedih bila bercerai. Tetapi… apabila kita dapat menerima takdir dari yang Maha Esa, barulah kita akan dapat melihat betapa besar hikmah dari Allah s.w.t
“So, that’s why kita kena percaya dengan hikmah dari Allah barulah kita tidak bersedih sangat”
Selalu kita tengok dan baca komen-komen dan pesanan-pesanan kat internet ni katanya, “Wanita baik hanya untuk lelaki yang baik begitulah sebaliknya!” <<–I don’t believe in that! aku tak faham..dalam hati aku PERCAYa sebab tu ayat QURAN ..tapi payah nak faham sebab semua tu depan mata aku..memang aku rasa dimana keadilan tu .. ada ke orang nak tolong perjelaskan hal nie..(tunggu AL-kuliyyah disscuss hal ni tapi tak tahu la kan bila..or maybe dah :( )
NOPE! Itu BUKAN cara Allah memberi takdir dalam hidup kita betul tak? Selalunya, Tuhan akan buatkan kita melalui cabaran dan dugaan dalam hidup supaya kita belajar dari pengalaman perit itu. Tiada short cut dan jalan mudah beb…
“Setiap orang yang baik adalah untuk mereka yang mahu berubah menjadi baik!”
Putus cinta berlaku adalah dari TAKDIR TUHAN, Dia mahu kita belajar dari setiap situasi yang berlaku.
Selalu kita tengok dan baca komen-komen dan pesanan-pesanan kat internet ni katanya, “Wanita baik hanya untuk lelaki yang baik begitulah sebaliknya!” <<–I don’t believe in that! aku tak faham..dalam hati aku PERCAYa sebab tu ayat QURAN ..tapi payah nak faham sebab semua tu depan mata aku..memang aku rasa dimana keadilan tu .. ada ke orang nak tolong perjelaskan hal nie..(tunggu AL-kuliyyah disscuss hal ni tapi tak tahu la kan bila..or maybe dah :( )
NOPE! Itu BUKAN cara Allah memberi takdir dalam hidup kita betul tak? Selalunya, Tuhan akan buatkan kita melalui cabaran dan dugaan dalam hidup supaya kita belajar dari pengalaman perit itu. Tiada short cut dan jalan mudah beb…
- Sama lah juga di dalam persoalan ini, kalau yang baik dapat yang baik… apa yang dia orang boleh belajar? Kalau yang jahat dapat yang jahat… semua perkara dah tahu! Mana pengajaran dan cabarannya?
“Setiap orang yang baik adalah untuk mereka yang mahu berubah menjadi baik!”
Putus cinta berlaku adalah dari TAKDIR TUHAN, Dia mahu kita belajar dari setiap situasi yang berlaku.
Jika yang baik hanya untuk yang baik…apa yang kita boleh belajar? Not so much. Kalau tiada putus cinta, cantik je percintaan tu… nothing laaa… that’s NOT LIFE!
Thats why selalunya,
So, putus cinta, bercerai…semua itu adalah satu proses. Proses usaha kita yang Tuhan mahu kita belajar tabah menghadapi dugaan dan cabaran.
Seorang yang baik, Allah sengaja temukan dengan yang tidak baik, untuk kita mengenali dan memahami erti kematangan hidup! Kemudian belajar membimbingnya menjadi insan yang baik dan beriman.Ada seorang lelaki yang telah selalu berzina, kehairanan…
- “Mengapa aku yang jahat dan jahil ini tetap mendapat isteri yang masih dara?” - Itulah takdir kasih dari Allah, masih memberi peluang kepadanya dan melihat samada dia mahu bertaubat dan kembali ke jalan yang diredhai atau tidak.
- “Mengapa aku yang sentiasa beriman kepada Allah dan bertaqwa tapi masih dapat lelaki jahil dan yang hidupnya penuh dengan maksiat?” - Itulah satu cabaran dari Allah, bagi si isteri untuk membuka hati suaminya agar kembali beriman. Imagine jika dia dapat isteri yang sudah rosak akhlaknya…
So, putus cinta, bercerai…semua itu adalah satu proses. Proses usaha kita yang Tuhan mahu kita belajar tabah menghadapi dugaan dan cabaran.
Dia mahu kita belajar dari kesilapan serta menambahkan pengalaman dan matang agar kita menjadi manusia yang menghargai nikmat Allah, kemudian dapat berkongsi pengalaman itu dan membantu sesama manusia.
- JADI, apabila berlaku putus cinta atau perceraian sekali pun, kita hadapinya dengan senyuman kerana, itu adalah pemberian dari Allah. Anugerah dari Tuhan yang Maha Esa.
jom kita berfikir secara waras :
Ramai di antara kita tahu tentang sebuah firman Allah yang menyatakan bahawa wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya. Firman Allah ini boleh ditemui dalam surah an-Nur ayat 26 yang bermaksud:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..”
Dengan ini ramai di antara kita menggunakan ayat ini untuk menyatakan tentang hal-hal berkaitan jodoh. Tetapi ada sesetengah di antara kita kurang jelas dengan maksud ayat ini kerana pada pandangan mereka, ramai pasangan yang mereka temui tidak selalunya demikian.
Ada lelaki yang baik tetapi berkahwin dengan perempuan yang derhaka. Ada juga perempuan yang baik tetapi si suami begitu zalim.
Untuk menjelas hal ini kita perlu memahami maksud sebenar ayat di atas. Ayat itu perlu dibaca sampai habis.
Kita perlu tahu bahawa ayat di atas sebenarnya diturunkan bersempena peristiwa ‘Al-Ifki’, iaitu ketika Sayyidatina Aisyah r.a difitnah oleh puak-puak munafik di Madinah bahawa beliau telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu’attol.
Allah s.w.t. mempertahankan kesucian Aisyah r.a. dengan menegaskan bahawa jika benar-benar Aisyah itu jahat, beliau tidak akan didampingi orang yang baik-baik seperti Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Bahkan Rasulullah amat menyayaingi Aisyah.
Pengajaran yang kita dapat ambil dari ayat ini adalah hubungan baik seseorang itu bergantung kepada sikapnya sendiri.
Jika dia seorang yang baik, mustahil dia akan bergaul dengan orang yang jahat dan begitulah sebaliknya. (erm) Seperti juga hubungan suami isteri. Wanita yang baik tidak akan bersama dengan suami yang jahat. Seandainya mereka telah dijodohkan bersama, mereka tetap tidak akan dapat bersatu. Sebab itu dalam Islam sendiri perceraian adalah perkara yang halal. Bukan haram. Meskipun begitu, ia adalah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah.
Ini bukan bermaksud kita tidak boleh mengambil jalan terakhir untuk bercerai, tetapi seandainya kita boleh berusaha mengubah pasangan menjadi lebih baik, bersabar dan bertawakkal kepada Allah, maka hendaklah kita berusaha terlebih dahulu.
Namun jika tidak mampu berbuat apa-apa lagi kerana sifat isteri yang sering derhaka atau suami yang terlalu zalim, maka bercerai adalah langkah yang jauh lebih baik dari membiarkan diri terseksa dan rumah tangga yang dipenuhi kemurkaan. Kerana tidak mungkin seorang yang baik itu akan bersama dengan seorang yang jahat. Inilah maksud yang kita perlu fahami.
Selain itu kita juga perlu jelas bahawa orang yang baik-baik jarang sekali mengaku dirinya baik. Memang kita semua akui bahawa kita mahu mencari yang terbaik sebagai pasangan hidup kita.
Namun sekiranya kita adalah seorang yang berilmu, kita tidak seharusnya memandang hina pada orang yang kurang bernasib baik seperti kita. Jika kita manusia yang alim, maka membimbing dan mentarbiah pasangan adalah tanggungjawab kita.
Saya hairan dengan sesetengah sikap manusia yang merasakan dirinya baik, punyai keluarga yang beragama tetapi memandang hina insan lain. Bagi mereka orang-orang yang tidak berlatarbelakang agama dan hidup dengan penuh sosial itu begitu hina dan tidak layak untuk mendampingi mereka. Perkara ini benar jika orang-orang itu tidak mahu berubah ke arah kebaikan dan ingin mengheret kita ke jalan maksiat. Tetapi tidak jika mereka mahu berubah, mereka ingin belajar tentang Islam dan ingin kembali kepada Allah. Mereka perlu diberi peluang untuk bersama kita menghayati keindahan Islam.
Namun sikap sesetengah manusia yang merasakan dirinya alim ini begitu mementingkan diri sendiri. Mereka mengabaikan manusia-manusia yang tidak bernasib baik. Ada yang menjauhkan diri dari mereka, malah tidak kurang juga yang menghina. Tidak hairanlah diakhirat esok terdapat 3 golongan yang apabila mereka dicampakkan ke dalam neraka, ahli neraka sendiri akan merasa hairan. Kerana 3 golongan ini kelihatan begitu alim sewaktu hidupnya tetapi siapa tahu, hatinya kotor!
Untuk mendapatkan yang terbaik, biarlah kita sendiri yang mengubah sikap menjadi yang terbaik.
Sesiapa sahaja yang kita dampingi, samada baik atau jahat, kita mungkin tidak akan tahu. Elakkan diri dari memilih orang yang tidak sepatutnya namun elakkan juga dari bersangka buruk dan menghina orang lain. Kita diberikan akal untuk berfikir, maka buatlah pilihan yang baik.
Harus diingat, wanita semulia Asiah sendiri dijodohkan dengan Firaun yang begitu zalim.
Seandainya kita ini sebaik dan semulia Asiah, kita juga masih belum layak untuk mengakui bahawa kita hanya layak menerima pasangan yang baik. Namun sebagai hamba yang disayangi-Nya, Allah tidak akan sesekali menzalimi kita.
Sebaik atau sejahat manapun pasangan yang kita terima setakat ini, itulah yang terbaik buat kita. Allah tidak pernah salah dalam aturannya. Namun untuk mencari yang lebih baik, Islam telah memberikan garis panduan yang jelas dalam ajarannya. Kita hanya perlu belajar dan mula mengamalkannya.
masih tidak dapat memahami walaupun saya google untuk dapatkan kepastian sebab semua berlaku depan mata saya .. hate this
help me..persoalan bermain di benak fikiran .
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum / salam sejahtera. Jemputlah komen jika bermanfaat. Terima kasih :)