page

nuffnang

15 September 2012

.SAYA BINTANG BERSINAR - LUPAKAN MASA LALU-


Setiap dari kita menyimpan seribu satu peristiwa yang berlaku di masa lalu. Pelbagai warna yang kita jadikan semuanya itu disimpan rapi atau dijadikan bahan bualan atau jua perkara yang dikongsi dengan orang lain. Ada yang manis, yang pahit atau apa jua rasanya, itu semua menjadi sebahagian dari episod-episod hidup yang telah kita lalui ini.


Namun dalam pelbagai peristiwa itu, ada perkara-perkara yang telah berlaku memberi impak yang sangat besar kepada kita. Ia menjadi sesuatu yang terus diingati, meskipun ia telah lama berlalu pergi. Lebih-lebih lagi perkara yang mengubah keseluruhan lanskap kehidupan kita. Perkara-perkara yang melibatkan emosi kita sangat tercalar. Hatta perkara-perkara yang sangat kita benci dan ia membuatkan kita sedaya-upaya menghalau dari minda.

Hal-hal yang lalu ini adakalanya menjadi belenggu kepada kehidupan yang sedang dilalui. Belenggu yang membuatkan kita lupa tentang masa depan yang sedang menunggu. Bukan hanya masa depan, malah masakini yang sedang dimiliki.

Dalam perjalanan hidup ini, tiada siapa dapat lari dari episod-episod yang sangat mencalar emosi. Itu semua diizinkan berlaku atas sebab musabab yang hanya diketahui Allah. Dan kita sebagai hamba-Nya diajar untuk meletakkan seluruh keyakinan hanyalah kepada-Nya. Kita dibekalkan dengan sifat sabar, redha, syukur serta memaafkan sesiapa sahaja.

Kita juga diajar untuk bertaubat atas dosa-dosa yang kita perbuat dan berusaha untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.
 Dalam masa yang sama kita diajar untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan segala yang mengundang murka Allah. 
Kita turut diajar untuk memohon pertunjuk serta hidayah Allah. Dengan semua itu, agar kita tidak merasakan kehidupan ini sesuatu yang sangat berat kerana kita tahu bahwa kita ada tuhan yang sentiasa ada bersama memimpin tangan kita menuju ke jalan yang benar. Bersama keyakinan itu, kita ada harapan yang sangat besar.

Amatlah malang jika kita terus meletakkan masa lalu kita itu terus menjadi belenggu. 
Sehingga ia menjadi penghalang untuk kita mencari bahagia pada kehidupan masa hadapan. 
Walhal yang lalu itu tak mungkin akan berulang jika kita mampu bangun dan menjadikan semua itu sebagai satu pelajaran yang sangat berharga.

Mungkin kita telah melakukan satu kesilapan yang sangat besar di masa lalu. Mungkin juga kita pernah disakiti dan menjadikan ia satu kebencian. Walaupun apa pun magnitud perkara-perkara tersebut, islam mengajar kita meletakkan seluruh harapan hanyalah kepada Allah.

Jika dahulu kita pernah melakukan satu dosa yang sukar kita lupakan atau sesuatu yang sangat tidak suka kita ingati, kita disaran bertaubat kerana sesungguhnya pengampuan Allah itu maha luas, dan Dialah Tuhan yang maha pengampun dan maha mengasihani. Malah berjanjilah kita untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Juga jika ada insan-insan atau perkara-perkara yang menjadi kebencian kita akibat sikap mereka di masa lalu, hakikatnya sampai bila mahu membenci. Sampai matikah? Aduhai…tahukah kita bahawa rasa benci itu belenggu yang memakan diri kita secara diam-diam.

Allah dan rasul-Nya mengajar kita untuk saling memaafi.  juga disebut tingginya tingkatan orang-orang yang mampu menghulurkan kemaafan. Maka dalam konteks sebegini, alangkah lebih baik kita pilih untuk memaafkan serta terus membuang keburukan-keburukan itu dari ingatan kita.

Bila kita memilih melupakan masa lalu. Maka kita punya banyak ruang mengusahakan masakini yang berada dalam genggaman kita serta meletakkan usaha dan harapan pada masa-masa yang mendatang.
 Apa yang berlaku di masa lalu wajar dijadikan satu pelajaran yang sangat berharga. Jika kita telah buat kesilapan, sudah pasti kita tidak mahu mengulanginya.

Sepanjang masa kita belajar untuk terus memaafkan dan menerima dengan berlapang dada bahawa apa yang berlaku hanyalah ujian Allah untuk kita kembali kepada jalan-Nya yang lurus. 
Bukankah itu adalah tanda-tanda kasih-sayangNya kepada hamba-Nya? Dengan rahmat serta belas kasihan-Nya, kita ‘dipanggil’ untuk menjalani kehidupan atas dasar yang telah ditetapkan. Yakni jalan-jalan bahagia serta jalan-jalan yang membawa diri kita kembali kepada-Nya kelak dengan penuh keelokan.

Masa lalu….jika kita belajar dan mengambil pengajaran. Itulah sebaik-baiknya. Sebaliknya jika kita tidak belajar serta tidak membebaskan diri kita dari belenggu perasaan yang negatif, dendam serta tidak mahu memaafkan, itulah satu kerugian yang tidak boleh dipersalahkan sesiapa pun.

Akhirnya, pilihlah untuk melupakan masa lalu. 
Pilihlan untuk menjalani kehidupan masakini serta masa akan datang dengan sebaik-baik kehidupan. Usahakan serta yakinlah, bersama Allah kita sentiasa punya harapan. Yakni harapan untuk menikmati kehidupan yang bahagia. Bukan sahaja di dunia, malah harapan kita jua sudah semestinya kemenangan di akhirat kelak.

Wallaualam


*saya tingalkan semua masa lalu dalam diari hati saya sahaja . bila masa saya teringat masa lalu saya akan belek helaian diari tersebut sebagai pengubat di hati .

*
” Masa lalu merupakan sebuah unggun api, bila anda ingin mempelajarinyan sesuatu darinya. Jika tidak, janganlah membuang waktu dengan merenunginya “
from me bintang bersinar : miss nurul fifi afida abdul razak @ afisya abdul razak

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum / salam sejahtera. Jemputlah komen jika bermanfaat. Terima kasih :)