01. Surah Al-Fatihah Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada gangguan syaitan terkutuk.
(1) Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
(2) Segala puji bagi Allah (SWT), Tuhan Semesta Alam.
(3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
(4) Yang menguasai hari pembalasan (kiamat).
(5) Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan Engkaulah sahaja kami mohon pertolongan.
(6) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus,
(7) (iaitu) jalan orang-orang yang Engkau anugerahkan nikmat
kepada mereka; bukan (jalan mereka yang dimurkai) dan bukan pula jalan
orang yang sesat.
Fadhilat Wirid
Dalam satu hadith yang diriyawatkan oleh Ubai Ibn Ka'ab (ra) sesungguhnya Rasulullah (SAW) bersabda
"Demi nyawaku yang di dalam kekuasaan-Nya, tidak ada satu surah Taurat,
dalam Injil, dalam Zabur dan dalam Al - Furqan seumpamanya
(Al-Fatihah).Sesungguhnya ia tujuh ayat yang diulang-ulangkan dari
Al-Quran al-'Azim yang diberikan kepada aku."
| |
02. Al-Baqarah (1-5)
(1) Alif, Laam, Miim.
(2) Kitab (Al-Quran) ini tidak ada sebarang keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa
(3) Iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan
solat dan menafkahkan sebahagian rezeki mereka yang Kami anugerahkan
kepada meraka
(4) Dan mereka yang beriman kepada kitab (Al-Quran) yang telah
diturunkan kepadamu dan yang diturunkan sebelummu serta mereka yakin
akan adanya (kehidupan) akhirat
(5) Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya mereka dan merekalah orang-orang yang beruntung.
Fadhilat Wirid
Tiap pekerjaan yang penting yang tidak dimulakan dengan bacaan Basmalah maka ia kurang berkat.
Sesiapa yang membaca sepuluh ayat dari surah Al-Baqarah pagi hari, tidak
dihampiri oleh syaitan hingga ke petang dan jika ia membaca seperti itu
di petang hari, tidak akan dihampiri syaitan hingga ke pagi dan tidak
akan ia lihat sesuatu yang tidak diingini pada anak buahnya dan harta
bendanya.
-Hadith riwayat Ibn Mas'ud (ra) | |
03. Al-Baqarah 255 (Ayat Al-Kursi)
Dialah Allah, tiada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan Dia yang
sentiasa hidup lagi sentiasa mengurus hamba-Nya sendirian, tidak
dipengaruhi oleh mengantuk dan tidur. Dialah yang mempunyai segala di
langit dan segala di bumi, siapakah gerangan yang memberikan syafaat di
sisi-Nya dengan hak tidak dengan keizinan-Nya? Tuhan mengetahui apa yang
di hadapan mereka dan mereka tidak meliputi (mengetahui) sesuatu dari
ilmunya melainkan barang yang dikehendaki-Nya. Maha Luas Kursi
(kerajaan)-Nya meliputi sekalian langit dan bumi. Dan tiada berat
bagi-Nya memelihara keduanya dan dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha
Agung.
Fadhilat Wirid
Dalam hadith yang lain yang diriwayatkan oleh Ibn Mas'ud (RA),
Rasulullah (SAW) bersabda: "... sesiapa yang membaca sepuluh ayat ini:
Empat di awal surah Al - Baqarah, ayat Kursi, dan dua ayat berikutnya
dan akhir surah Al - Baqarah, maka rumahnya akan selamat daripada
dimasuki syaitan hingga ke pagi hari."
| |
04. Al-Baqarah 256-257
(256)Tiada paksaan dalam agama (Islam), kerana telah nyata
kebenaran (Islam) daripada kesesatan (kufur). Oleh itu orang yang tidak
mempercayaai taghut dan beriman kepada Allah, dia berpegang kepada
simpulan (ajaran agama) yang teguh serta tidak akan putus. Dan ingatlah,
Allah Maha mendengar, lagi Maha mengetahui.
(257)Allah Pelindung(Yang mengawal dan menolong) orang beriman.
Ia mengeluarkan mereka daripada kegelapan (Kufur) kepada cahaya(Iman).
Dan orang kafir, penolong-penolong mereka ialah taghut yang mengeluarkan
mereka daripada cahaya (Iman)kepada kegelapan (Kufur). Mereka itulah
ahli neraka. Mereka Kekal di dalamnya. | |
05. Al-Baqarah 284-285
(284) Kepunyaan Allah segala apa yang ada di langit dan di bumi.
Dan jika kamu melahirkan apa yang di dalam hatimu atau kamu
menyembunyikannya, nescaya Allah (SWT) akan membuat perhitungan dengan
kamu tentang perbuatan kamu itu. Maka, Allah mengampuni siapa yang
dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha
Kuasa atas segala sesuatu.
(285) Rasul telah beriman kepada Al-Quran yang diturunkan
kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman.
Semuanya beriman kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, dan
Rasul-rasulNya.( Mereka mengatakan): " Kami tidak membezakan antara
seseorang pun (dengan yang lain) dari Rasul-rasulNya", dan mereka
mengatakan : " Kami dengar dan kami taat", (Mereka berdoa): " Ampunilah
kami ya Tuhan kami dan kepda Engkaulah tempat kami kembali. | |
06. Al-Baqarah 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat
siksaan (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa) : "Ya Tuhan
kami, janganlah Engkau hukum kami jika lupa atau kami bersalah. Ya
Tuhan Kami janganlah Engkau bebankan kami beban yang berat sebagaimana
Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan Kami,
janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami
memikulnya. Berikanlah maaf kepada kami. Engkaulah penolong kami, maka
tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." | |
07. Surah Al-Ikhlas
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
(1)Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa",
(2)Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
(3)Ia tidak mempunyai anak dan Ia jugak tidak diperanakkan
(4)Dan tidak ada sesiapa pun yang setara denganNya
Fadhilat Wirid
Abdullah bin Khubaib (RA) berkata: Di satu malam gelap dan hujan lebat,
kami keluar mencari Rasulullah (SAW) untuk bersama - sama sembahyang
dengannya dan kami temuinya lalu baginda bersabda sesuatu, maka saya
tidak berjata apa. Kemudian baginda bersabda lagi hingga tiga kali, saya
terus berkata: "Wahai Rasulullah, apakah yang saya hendak baca?" Maka
baginda bersabda: "Bacalah surah Al - Ikhlas, Al - Falaq, dan Al - Naas
waktu petang dan pagi tiga - tiga kali nescaya memadai untuk engkau
segala sesuatu."
(Riwayat Abu Daud, Tarmidzi dan An - Nasa'ie) |
|
08. Surah Al-Falaq
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
(1)Katakanlah (Wahai Muhammad): "Katakanlah: Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang mencipta sekalian Makhluk,
(2)daripada bencana para makhluk ciptaan-Nya
(3)dan daripada bahaya gelap apabila ia (merangkak) masuk,
(4)dan daripada bencana kejahatan makhluk - makhluk yang menghembus - hembus pada pelbagai simpulan sihir
(5)dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya". | |
09. Surah An-Nas
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
(1)Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia",
(2)Yang menguasai sekalian manusia.
(3)Tuhan yang layak disembah oleh sekalian makhluk
(4)Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam,
(5)yang melemparkan bisikan dan hasutan ke dalam hati manusia,
(6)(iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia." | |
(Pagi)" Kami hayati pagi ini ya Allah
di mana pada pagi ini kerajaan alam ini di tanganMu. Puji untuk Allah,
tidak ada sekutu bagi-Nya. Tidak ada Tuhan sebenarnya melainkan Dia.
KepadaNya kami bakal dihimpunkan."
Fadhilat Wirid
Rasulullah (SAW) selalu membaca ayat tersebut di waktu pagi dan petang.
(Riyawat Ibnu Sunni dan Al - Bazzar) | |
(Petang) " Kami hayati petang ini ya
Allah di mana pada pagi ini kerajaan alam ini di tangan-Mu. Puji untuk
Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya. Tidak ada Tuhan sebenarnya melainkan
Dia. Kepada-Nya kami bakal dihimpunkan." | |
(Pagi) "Kami hayati suasana pagi ini
atas landasan fitrah dan perwatakan Islam. Berpegang kepada kalimah
Ikhlas (dan prinsip) keikhlasan. Berpegang kepada agama Nabi-Mu Muhammad
(SAW), yang juga agama bapa kami (Nabi) Ibrahim dengan setulus hati.
Dan (Nabi) Ibrahim sama sekali bukan seorang yang musyrikin."
Fadhilat Wirid
Rasulullah (SAW) selalu mengajar kami (para sahabat) membacanya apabila masuk waktu pagi dan petang.
(Dikeluarkan oleh Ibn Abdullah, Imam Ahamad) | |
(Petang) "Kami hayati suasana petang
ini atas landasan fitrah dan perwatakan islam. Berpegang kepada kalimah
Ikhlas (dan prinsip) keikhlasan. Berpegang kepada agama Nabi-Mu Muhammad
(SAW), yang juga agama bapa kami (Nabi) Ibrahim dengan setulus hati.
Dan (Nabi) Ibrahim sama sekali bukan seorang yang musyrikin." | |
(Pagi) "Ya Allah, pagi ini kami kecapi
nikmat pemberian-Mu, kesihatan dan perlindungan-Mu, maka sempurnakan
nikmat, afiat dan perlindungan-Mu terhadap kami di dunia dan akhirat."
Fadhilat Wirid
Daripada Ibn Abbas (RA), dia berkata bahawa, Rasulullah (SAW) telah
bersabda :"Barang siapa yang membaca pada pagi dan petang sebanyak 3
kali, maka adalah menjadi hak Allah (SWT) menyempurnakan nikmat ke
atasnya."
(Riwayat Ibnu Sunni) | |
(Petang) "Ya Allah, petang ini kami
kecapi nikmat pemberian-Mu, kesihatan dan perlindungan-Mu, maka
sempurnakan nikmat, afiat dan perlindungan-Mu terhadap kami di dunia dan
akhirat." | |
(Pagi) "Ya Allah, apa saja nikmat yang
kami dapati pagi ini dari mana-mana makhlukMu maka sebenarnya dari
Engkau jua. Tidak ada sekutu bagiMu. Puji dan kesyukuran (kami)
untukMu."
Fadhilat Wirid
Berkata Abdullah bin Ghanam al-Biyadzi (RA), sabda Rasulullah (SAW):
"Sesiapa yang membaca waktu pagi dan petang sebanyak 3 kali, menunjukkan
ia telah naikkan kesyukuran kepada Allah hari dan malam tersebut." | |
(Petang) "Ya Allah, apa saja nikmat
yang kami dapati petang ini dari mana-mana makhluk-Mu maka sebenarnya
dari Engkau jua. Tidak ada sekutu bagi-Mu. Puji dan kesyukuran (kami)
untuk-Mu." | |
"Wahai Tuhan, untukMu pujian yang setanding dengan kebesaran serta kemuliaan wajahMu dan keagungan kekuasaanMu."
Fadhilat Wirid
Daripada Abdullah bin Umar (RA), Rasulullah bercerita: " Seorang hamba
Allah (SWT) membaca (bacaan di atas) maka terasa lemah dua malaikat dan
tidak tahu bagaimana untuk mencatit ganjarannya, lalu malaikat terus
mengadu kepada Allah (SWT), katanya: 'Ya Allah! Seorang hamba Engkau
membaca satu bacaan yang kami tidak tahu bagaimana untuk mencatit
ganjarannya' Firman Allah (SWT): "(Yang memang mengetahui) Apa yang
dibaca olehnya?" Maka jawab malaikat " Ia membaca (bacaan di atas)." '
Firman Allah : ' Tulislah sebagaimana yang dibaca oleh hambaKu itu
sehingga ia menemui Aku dan Aku akan beri ganjaran dengan bacaannya
itu'."
(Riyawat Imam Ahmad dan Ibnu Majah) | |
"Redhalah aku berTuhankan Allah, beragamakan Islam dan bernabi serta ber-Rasulkan Muhammad."
Fadhilat Wirid
Daripada Abi Salam (RA), iaitu seorang khadam Nabi (SAW), dia berkata: "
Aku mendengar Rasulullah (SAW) bersabda: 'Sesiapa membaca waktu pagi
dan petang (bacaan di atas) sebanyak tiga kali adalah menjadi hak ke
atas Allah memberi keredhaan'."
(Riwayat Abi Daud dan Tarmidzi, An - Nasa'ie dan Al - Hakim) | |
"(Kami ucapkan) Maha Suci Allah dengan
segala tahmidNya, sebanyak makhluk ciptaanNya, serela hatiNya, seberat
timbangan 'ArasyNya dan sebanyak tinta kalimahNya."
Fadhilat Wirid
Daripada Juwairiah Ummul Mukminin (RA) sesungguhnya Rasulullah (SAW)
keluar aru tempatnya pagi-pagi hari apabila baginda selesai sembahyang
subuh dan dia masih dalam masjidnya, kemudian Rasulullah (SAW) balik
semula selepas baginda sembahyang sunat Dhuha. Lalu sabda Rasulullah
(SAW) : "Engkau masih berada seperti dalam keadaan masa saya keluar
tadi." Jawab Juwairiah: "Ya." Maka sabdanya lagi: "Sesungguhnya saya
telah membaca selepas itu empat kalimah (bacaan di atas) sebanyak tiga
kali di mana jika boleh ditimbangkan dengan apa yang dibaca sejak pagi
tadi sudah tentu saya timbangkan." | |
"Ya Allah, sesungguhnya kami mohon
perlindunganMu daripada mensyirikkanMu dengan sesuatu yang kami ketahui
dan kami mohon ampun kepadaMu daripada apa jua perkara yang tidak kami
ketahui."
Fadhilat Wirid
Daripada Abu Musa al-Ash'ari : Suatu hari Rasulullah (SAW) telah
memberikan ucapan kepada kami demikian sabdanya: "Wahai manusia,
hendaklah kamu takut daripada syirik kerana ia merupakan satu benda
sulit yang lebih sulit daripada melatanya semut." Maka ditanya oleh
seorang hamba Allah (SWT) : "Bagaimanakah wahai Rasulullah kami terus
memeliharanya sedangkan ia lebih sulit daripada melatanya semut ?" Maka
jawab baginda (SAW): "Bacalah olehmu sebanyak tiga kali setiap hari
(bacaan di atas)." | |
"(Kami ucapkan) Dengan nama Allah yang
segala sesuatu di langit mahupun di bumi tidak akan memberikan apa-apa
mudharat selama bersama dengan namaNya. Dan Allah Maha Mendengar dan
Maha Mengetahui."
Fadhilat Wirid
Daripada Uthman bin Affan (RA): Mana-mana hamba Allah (SWT) yang membaca
tiap-tiap pagi dan petang hari (bacaan di atas) sebanyak tiga kali
insyaAllah tidak akan ditimpa keatasnya bahaya.
(Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi) | |
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu
dari rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepadaMu dari sifat lemah
dan malas. Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan kedekut. Aku
berlindung kepadaMu dari beban hutang dan penindasan orang."
Fadhilat Wirid
Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) masuk ke dalam
masjid. Tiba-tiba terdapat seorang sahabat bernama Abu Amamah di dalam
keadaan ketar, maka baginda bertanya: "Apakah sebab aku lihat kamu
berada di masjid yang bukan masa sembahyang?"
Jawab Abu Amamah: "Beberapa urusan hutang telah menyebabkan aku resah gelisah wahai Rasulullah."
Maka jawab baginda : "Tidakkah sepatutnya aku beri satu bacaan yang
apabila engkau baca,akan dihilangkan oleh Allah (SWT) penyakit
kebingungan itu dan akan terbayar hutang-hutangmu?"
Jawabnya: "Ya!"
Lalu baginda bersabda: "Apabila pagi dan petang, hendaklah membaca (bacaaan di atas)."
Kemudian Abu Amamah berbuat seperti yang diarahkan oleh Rasulullah
(SAW), maka Allah (SWT) telah menghilangkan penyakit resahnya, dan
segala hutangnya dapat diselesaikan.
(Dikeluarkan oleh Abu Daud) | |
"Ya Allah, sejahterakanlah tubuh badanku. Ya Allah, sejahterakanlah pendengaranku dan Ya Allah sejahterakanlah penglihatanku."
Fadhilat Wirid
Daripada Abdul Rahman bin Abi Bakrah (RA), dia pernah berkata kepada
bapanya: " Wahai bapaku, saya mendengar bapa selalu mengulang-ulang doa
(bacaan di atas) tiap-tiap pagi dan petang." Jawab bapanya: " Ya! Bapa
dengar Rasulullah berdoa seperti itu, maka bapa ingin menyebut
sunnahnya."
(Riwayat Oleh Abi Daud) | |
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu
dari kufur dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari siksa
kubur. (Ikrar kami) Tidak ada Tuhan (yang sebenarnya) kecuali Engkau."
Fadhilat Wirid
Daripada Abdul Rahman bin Abi Bakrah (RA), dia pernah berkata kepada
bapanya: " Wahai bapaku, saya mendengar bapa selalu mengulang-ulang doa
(bacaan di atas) tiap-tiap pagi dan petang." Jawab bapanya: " Ya! Bapa
dengar Rasulullah berdoa seperti itu, maka bapa ingin menyebut
sunnahnya."
(Riwayat Oleh Abi Daud) | |
"Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada
tuhan kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakan diriku. Aku (hanyalah)
hambaMu. Aku berusaha sedaya upaya untuk setia memegang janjiMu. Aku
berlindung kepadaMu ya Allah akibat dari kejahatan yang terlanjur telah
aku lakukan.
Ya Allah, aku mengaku sekian banyak nikmatMu kepada aku dan aku mengakui
juga akan sekian banyak dosaku, maka ampunkanlah dosaku. Tiada yang
dapat mengampunkan dosa kecuali Engkau."
Fadhilat Wirid
Daripada Syaddad bun 'Aus (RA) daripada Nabi (SAW) bersabda: " Penghulu
istighfar ialah (bacaan di atas), sesiapa yang membaca penuh dengan
keyakinan setiap pagi dan petang maka sekiranya ia mati di waktu itu
insyaAllah akan dimasukkan ke dalam syurga."
(Riwayat Al - Bukhari) | |
"Aku mohon ampun kepada Allah yang
tiada tuhan kecuali Dia, Tuhan yang sentiasa hidup dan berkekalan
(mentadbir alam ini) dan aku bertaubat kepadaNya (akan segala dosaku)."
Fadhilat Wirid
Daripada Zaid, Maula Nabi (SAW) berkata: "Aku dengar bapaku menceritakan
kepada aku, daripada nenekku ia dengar Rasulullah bersabda, sesiapa
yang membaca (bacaan di atas) maka diampunkan segala dosanya."
(Riwayat Abu Daud dan Tarmidzi) | |
"Maha Suci Engkau ya Allah dengan
segala kebesaran dan tahmid. Aku jadi saksi dan mengaku bahawa tiada
Tuhan lain kecuali Engkau. Aku pohon ampun dariMu akan segala dosa
kesalahan."
Fadhilat Wirid
Jubair bin Mat'am (RA) berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Barangsiapa
yang membaca (bacaan di atas) hingga akhir, dalam mana-mana majlis
zikir, maka adalah sama seperti meterai (cop) yang dimeterikan atasnya
dan jika di baca dalam majlis-majlis yang bukan zikir adalah sebagai
kifarat (penutup segala kesalahan dan dosanya)."
(Riwayat An - Nasa'ie, Thabrani dan Al - Hakim) | |
Ya Allah, restuilah dan berkatkanlah
junjungan kami Muhammad, sebagai hamba, Nabi dan Rasul-Mu yang Ummi.
Berkatilah keluarga dan sahabat Baginda. Sejahterakanlah Baginda
selama-lamanya. Kami pohon sebanyak bilangan apa saja yang di ketahui
oleh-Mu atau sebanyak perkara yang ditulis oleh kalam-Mu dan sebanyak
yang dirangkum oleh kitab-Mu. | |
"Terima dan redhailah ya Allah akan
penghulu-penghulu kami, Sayidina Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan para
sahabat Baginda semuanya, juga para tabi'in dan orang yang mengikut
jejak langkah mereka sehinggalah ke hari pembalasan. Terimalah
(kepulangan) mereka dengan sebaik-baiknya".
Fadhilat Wirid
Imam Nawawi menulis dalam kitabnya (al-Azkar) : "... kami riwayatkan
dalam Hilyatul Aulia daripada Sayyidina Ali: Sesiapa yang ingin menyukat
dengan penyukat yang lebih sempurna, maka katakanlah di akhir mana-mana
majlis dengan (bacaan di atas)." | |
Surah Ali-Imran (26-27)
(26)Katakanlah: "Katakanlah, Ya Allah, pemilik kekuasaan
(kerajaan) alam buana, Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang
Engkau suka. Engkau merampas kekuasaan itu dari siapa sahaja yang Engkau
mahu. Engkau berkuasa memuliakan dan menghina siapa yang Engkau mahu.
Di tanganMu (wahai Allah) segala kebaikan dan kekayaan. Sesungguhnya,
Engkau berkuasa untuk berbuat apa sahaja. "
(27)Engkau mengganti siang dengan malam dan menggantikan malam
dengan siang. Engkau menerbitkan sesuatu yang hidup dari sesuatu yang
kaku (mati) dan Engkau menerbitkan sesuatu yang mati dari sesuatu yang
hidup. Engkau memberi rezeki tanpa berhitung kepada sesiapa sahaja yang
Engkau mahu."
| |
"Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang
lembut basah mengingati dan menyebut (nama) Mu, serta badan yang ringan
menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu. Ya Allah, kurniakanlah kami
iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna keyakinan yang
benar-benar mantap. (Ya Allah) kurniakanlah kami (ad-Deen) cara hidup
yang jitu dan unggul selamat dari segala mara bahaya dan petaka. Kami
mohon (Ya Allah) kecukupan yang tidak sampai terpaksa meminta jasa orang
lain. Berikanlah kami (Ya Allah) iman yang sebenarnya sehingga kami
tidak lagi gentar atau mengharapkan orang lain selain dari Engkau
sendiri. Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan
anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Janganlah
(Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri,
walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu.
Wahai Tuhan yang mudah dan cepat memperkenankan permintaan
(perkenankanlah)." | |
Ya Allah, menjelanglah kini malam
(ciptaan)-Mu, beredarlah sudah siang-Mu, inilah keluhan suara dan pinta
para du'at-Mu. Maka oleh itu ampunkanlah dosaku.
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini ....(bayangkan
wajah-wajah rakan persejuangan) telah berkumpul kerana mengasihiMu,
bertemu untuk mematuhi (perintahMu), bersatu memikul beban dakwahMu.
Hati-hati ini telah mengikat janji setia mendaulat dan menyokong
syariatMu. Maka eratkanlah ya Allah ikatannya.
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati
ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu.
Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan sebenar tentangMu Jika
Engkau mentakdirkan mati maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai
para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkau lah sebaik-baik sandaran
dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini. Ya Allah restuilah dan
sejahterakanlah junjungan kami (Nabi) Muhammad, keluarga dan para
sahabat baginda semuanya.
Amin. | |
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum / salam sejahtera. Jemputlah komen jika bermanfaat. Terima kasih :)