page

nuffnang

3 April 2021

Bubur ayam oriental singapore

 Assalamualaikum. Dah bosan makan nasi. Kadang-kadang tekak ni teringin nak makan bubur. Kalau kat sini ada McD mesti selalu berkunjung. Mengopi, makan bubur dan lain-lain. kahkah. Bubur lah sangat padahal aku suka je order set Happy Meal. Mainan boleh bagi Fahim. Fahim ni kadang-kadang ada mood juga nak makan. Dekat kawasan sini, kalau nak Mcd kena ke Pasir Gudang sejam setengah  barulah sampai. Beginilah hidup di kawasan bukan bandar yang membangun. Apa pun, rezeki Allah bagi perlu syukuri dengan hati yang redha.Makanya, terciptalah bubur ayam oriental, sejenis bubur masakan dari Singapore.

 Sedap tau bagi penggemar bubur. Kami di pantai timur, Kelantan panggil bubur as 'nasi air'. Saya suka bubur Mcd atau bubur homecooked sebab warna dia cantik. Kalau beli dekat kedai kan, biasanya bubur bukan warna putih tapi warna yang agak keruh. Mungkin direbus bersama ayam atau dimasak dengan memasukkan serbuk/cecair pati ayam. Jadi sebab itulah saya kurang menggemari. Masa kecil memang ibu saya suka masak bubur. Bubur kosonglah biasanya, makan dengan kicap dan ikan rebus/ikan goreng/isi ayam.

Tadi kan saya cakap, tak suka bubur nasi warna keruh. Maksud saya, bubur yang everyday kita nak makan. Camne eh nak cakap. bandingkan dengan bubur Mcd yang cantik warna dia putih beras saja. Tapi kalau bubur berlauk dan bubur lambuk, saya suka saja. Tapi jarang sangatlah dapat makan.

 

RESEPI BUBUR NASI ORIENTAL SINGAPORE

1. Mula-mula sekali masak nasi sampai jadi bubur + pati ayam+garam +halia

TIPS::  Basuh beras dan masukkan ke freezer semalama. Bila masak annti, kejap je dah jadi bubur  

kalau nak warna jernih tak payah masukkan pati ayam. Just garam dan ajinomoto sahaja. Tapi saya tak letak ajinomoto pun. Cuba kurangkan perisa dalam masakan.

 

2.  Penyediaan Minyak bawang putih.

Then asingkan bawang dari minyak.

lepas dah sejuk baru satukan mereka. Buatlah banyak-banyak kalau rajin

Gunakan chopper tau baru cantik. saya suka guna hand chopper untuk buat minyak bawang putih ni. Teksture kasar sikit. Terpulanglah pada citarasa masing-masing. 

Goreng api sederhana/ sentiasa duduk depan kuali. Jangan lalai nanti waran tak cantik. Berhenti menggoreng bila dah bertukar warna. Jangan warna dah coklat baru nak tutup api nanti takut pahit, buda-budak tak suka. Kita pun tak suka ๐Ÿ˜‚


3. Stim ayam bersama kicap cair+ minyak bawang bersama bawangnya+minyak bijan+halia

stimkan mereka dalam bekas. Ambik semua sari pati ayam tau bila nak guna nanti.


ini dah menambah dua kali dah :)


 Cara nak makannya, letaklah semua bahan macam dalam gambar di atas. Sayur sawi saya steam dulu lepas steam ayam. Jangan lupa tambah minyak bawang putih ya :)

Terima kasih kerana sampai ke sini. Selamat mecuba resepi ikhlas dari hati.

1 April 2021

Ikan Singgang Kelantan

Assalamualaikum. Buat apa tu? Harini bonda masak lauk ikan singgang. Ikan singgang ni pasangannya kena makan dengan ayam goreng rangup/ikan goreng dan ulam-ulaman. Kalau tak ada, timun dan terung pun boleh.

Tempat tinggal saya ni susah nak cari ulam-ulama. Dah setahun pindah Pengerang, Johor ni masih tak dapat nak cari apa yang saya nak. contohnya sayuran ualam, nisan kerek asli dan lain-lain. Dua tiga bulan lepas saya beli tempoyak asli dari Pahang di Shoppee. Kalau dekat kampung saya, tempoyak ada jual di pasar basah, size kecil-kecil sekali masak.

Rahsia kesedapan singgang terletak pada ikan yang direbus semalaman tau.

1. Nisan kerek- gula melaka asli

2. Garam 

3. Asam keping 

Bila dah rebus, rasa dia kena strong. Tak boleh rasa light. Kena masam. manis masin.

Kuah tu juga digunakan untuk masak singgang dan juga gulai ikan nasi berlauk


 Sebelum tidur, biasanya saya akan merebus ikan. Kali ni beli ikan besar sepanjang betis saya. Maklumlah tempat saya jauh dari pasar. 

Ini dia resepi ikan singgang kelantan:

  1. Bawang putih kena banyak. Biasanya 1 labu saya masukkan
  2. Bawang merah kecil/ bawang merah besar
  3. Garam 
  4. Lengkuas 
  5. Nisan/gula melaka*kalau kuah dah ok tak perlu masukkan 
  6. Bendi

Biasanya kena letak lada besar solok. Tapi saya tak ada, just masukkan cili api. Kali ini saya pun tak ada sayur bendi. Masukkanlah ajinomoto kalau suka.

TIPs::  Gunakan api paling slow-Slow cook  supaya sari pati bahan keluar secara semulajadi.


Ayam ni masak menggunakan Air Fryer 20 minit,140'C. Dekat-dekat 5 minit,tambahkan suhu. Kalau nak lagi rangup kena buat 30 minit. Terung tu saya stim pakai kuali dan tray berlubang. Malas nak pakai pengukus. sape suka macam tu?

Inshaallah next time saya akan kongsikan nasi berlauk ikan tongkol kelantan. Sape suka makan tapi tak pandai buat? saya pun sebenarnya tak pandai, tapi banyak belajar dari pengalaman dan ibu saya.

 

Terima kasih semoga bermanfaat.

Share dari hati :)

19 March 2021

Janda Baik Day 1

Assalamuaikum.

Inilah pertama kali aku ke Janda Baik. Lepas ni aku nak pegi lagi, nak buat aktiviti outdoor. Masa pegi ni tak dapat aktiviti outdoor sangat pun, dah nama pun family trip dari tempat kerja suami aku. Best pegi sini. Sejuk, gigil. Malam tu kami tak buka kipas atau aircond pun. Sesuai dengan harga. Aku pun mula terfikir kalau pegi resort mahal-mahal, malam tak buka aircond rasa rugi pulak๐Ÿ˜‚

Sebenarnya pepagi dah kalut kat rumah. Suami aku semalam tu tido lambat. Dah suruh tido awal, lambat jugak. Katanya tak boleh paksa sebab kerja shift ni be time lari.

 


 

Sebelum bertolak, suami aku kena ambil Niosh Card dulu kat ofis sebab kena collect attended course last week. Jadi kamilah yang paling lambat tiba tapi tidaklah lambat juga dengan kereta aku yang memecut laju. Kami Gathering dekat kedai makan apa aku pun tak tahu lah tapi dalam 20 minit sebelum sampai Janda Baik. Masa ni pukul 7 pagi semua kawan-kawan suami aku dah berkumpul di Bandar Penawar. Aku masih di bumi Pengerang.


Inilah laluan menuruni ke chalet. Rasa menyesal pulak tak tapau Mc D. Kami sampai dalam pukul 430 petang. Nak menunggu sesi BBQ malam nanti kebulur anak cacing dalam perut. Kalau korang nak tahu, sepanjang perjalanan ke chalet ada juga kedai-kedai makan sepanjang jalan. Tapi kami tidaklah singgah sebab kejarkan masa.

Sepanjang perjalanan di kampung jalan baik sebelum sampai jambatan ni, terdapat banyak pokok kantan bersepah kat tepi jalan. EEi aku geram je nak petik-petik. Punyalah perangai macam apa nak mencuri harta benda orang ๐Ÿ˜

.

Mestilah nak menempel je dengan bonda

Inilah chaletnya. Puas hatilah dengan harganya yang murah mampu milik.

Ada pilihan katil satu atau katil macam ni

anak bonda yang bonda sayang

kawan Fahim yang seusia lebih setahun darinya. Baik budaknya



Masa ni tengah berkumpul tunggu supervisor suami aku 
bertolak lambat sebab tunggu siteri dia habis kerja. 
Jadi kami main sungai mandi-manda lepak-lepak.

Masa ni, geng suami lah yang bakar-bakar. 
Suri-suri semua membawang jaga anak.
 
Dah sampai. Kami parking depan sungai. Masa ni panas. Tapi ada rasa sejuk juga. Sungai pulak, sejuk gila. Sebenarnya chalet yang kami duduk ni, baru je dibuka selepas bebarapa tahun di tutup atas faktor aku pun tak tahu. Jadi mulalah kami beranggapan yang pelik-pelik kahkah. Apa yang bestnya, ada tempat dapur macam garaj besar jugalah. siap peti ais, alat memasak, dapur gas, sabun basuh pinggan dan lain-lain. Masa kami mandi manda tu dah tengok dah ada di susun meja tapi kami buat tak tahu je sebab chalet belah sana. Pagi masa nak panaskan lauk lebihan BBQ, barulah ternampak alahaiii,kalaulah semalam buat BBQ kat situ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜‚ Itulah dah depan mata bukan nak explore.
 

Fahim macam biasalah, pemalu dan memang dah dididik untuk tidak membuas bila bersama masyarakat. Alhamdulillah anak kawan-kawan suami aku pun behave je macam Fahim. Semua baik-baik alhamdulillah syukur.

Sebenarnya aku segan dengan semua orang. Rasa rendah diri dengan kegagalan hidup๐Ÿ˜‚. Dahlah rasa gemok semacam aje.
 
:)
 

 



 

Rehal Quran untuk Fahim

 Assalamualaikum.

Semalam beli Rehal tempat letak quran untuk anak saya yang seorang ni. Size 26 cm. terlalu kecil lah pulak. Nak letak yaasin tu muatlah. Alahai. Ingatkan nak beli je yang esar tapi size dia 40 cm. Fikir semula ambik yang kecik je tanpa ukur, kan dah mendapat ๐Ÿ˜†

Tapi belakang dia tak ada lock pun. Kadang tergelincir juga lah tesepit tangan.



 Lepas dah tahu dia tak ada lock, terus google mulakan pencarian. Alhamdulillah Allah permudahkan dan jumpa seller ni https://www.facebook.com/Rehal-quran-time-102802014853493/ Nanti nak beli bulan depan.



:)


18 March 2021

Gulai tempoyak ikan patin

Assalamualaikum.

Tiga hari lepas dah borong ikan dan ayam dekat pasar basah. Kesemuanya RM300. ๐Ÿ˜‚ Tempat saya  ni jauh dari pasar sebab itulah terpaksa shopping dekat pasar dengan harga yang macam tu. Dah hampir dua tahun tinggal di Pengerang, Johor. Susah hidup kat sini. Tapi tak nak cerita kehidupan di Pengerang. Ada ke kawan-kawan nak tahu macam mana life at Pengerang, Johor? hehe Kat sini tak ada apa-apa pun, betul-betul tempat untuk mencari rezeki. Lain kali saya cite eh.

Sebenarnya inilah my first time beli, siang dan masak ikan patin. Kira hari ini hari dalam sejarahlah. Sebenarnya ikan tu dah di siangkan. Cuma balik rumah, cuci dan basuh guna tepung. dah siap basuh, rendamkan dengan air asam jawa dambuil gonyoh-gonyoh.๐Ÿ‘ˆkiranya tips lah un tuk cuci ikan patin atau ikan sungai.

Suami saya pun dah pelik dah, tengok bini dia lain macam je beli ikan patin. Padahal tak suka pun ikan patin ni. Sesekali makan sedap juga. Biasanya guna ikan tenggiri.

Inilah resepinya:

  1. Cili padi/ chili *blend
  2. Tempoyak/ Tempoyak *blend
  3. Kunyit hidup/ Fresh turmeric *blend
  4. Daun kesum
  5. Bunga kantan

Masukkan ke periuk bersama ikan dan perasakan

Although my first gulai tempoyak was spicy, it healthy sebab tak masukkan penambah perisa. Hanya added garam. Less is better. Cuma kalau nak hidangkan pada tetamu, kena masukkan ajinonomolah sesedap rasa. hehe. Ini pun nampak slow saje suami saya makan. Hari-hari setiap masakan emamng ssuami saya komplen masak tak sedap. Itulah sebenarnya penderaan jiwa seorang isteri. Tapi saya buat tak tahu sahaja, janji saya dah buat yang terbaik. Masak di rumah tak sama seperti masak dekat kedai, full load dengan ajinomoto, garam dan gula. kalau boleh kita kat rumah sebagai seorang isteri perlu sediakan makanan yang bermanfaat dan menyihatkan untuk ahli keluarga kita. Sihat tu kan jihad.

 


 Dah petang, mood buat cucur tapi guna tepung segera adabi ikan bilis๐Ÿ˜…. Ok bai.

16 March 2021

Bihun kicap simple yang sedap

Assalamualaikum. Pagi ni tak ada aktiviti apa pun kat rumah ni. Baring dari jam 9 ke jam 12 tengha hari. punyalah pemalas. Harini suami saya cuti shift empat hari. Jadi malas-malas pun,siaplah mihun goreng kicap ni


 

Bihun kicap paling simple camni saya suka untuk daily. Resepi dari ibu saya sebenarnya.
 

Untuk setengah peket bihun.

  • ¼ Bawang besar merah cincang
  • 1ulas Bawang putih cincang
  • 1ketul ayam ayam
  • 1sudu besar cili boh


Bila dah garing sambal nya, masukkan kicap tunggu sampai menggelegak kejap.

Masukkan bihun dan sedikit air.

Saya guna bihun jenama botan. Ini saja yang ada di kedai. Bihun ni tak boleh rendam lama. Mula merendam bila nak memulakan kerja.

Bila dah siap menumis, ambik mihun masuk ke kuali. Tambah ½cawan air je. Kalau tak dia akan lembik. Kalau nampak keras, tambahlah air lagi.

Kalau ibu saya, dia suka masukkan gula 2½sydu besar untuk setengah peket mihun. Ini saya tak letak apa² dah biasa kurangkan gula garam perisa. Tapi suami saya memang tak suka kalau rasa macam ni. Kena tambahlah gula garam ajinomoto dalam mihun dia.

Kalau anak saya, masa macam tu siap menambahlah dia.

Nak menjamu orang, rasa kena sedap nanti sampai bila² duk ulang je kita masak tak sedap.

 

Semoga bermanfaat

12 March 2021

Bihun putih

Assalamualaikum.

Harinilunch dengan mihun putih pastinya tiada gula tiada garam dan tiada penambah perisa. Tetapi apa yang ada ialah sos tiram sebagai perasa. Pasti murung kalau hidang pada tetamu tapid ah sedap ni atau mungkin saya dah terbiasa dengan rasa masakan yang sebegini.

untuk setengah peket bihun jenama botan.

Rendam bihun semasa buat kerja-kerja unutk menyediakan bahan.

  1. 3 ulas bawang putih
  2. 1sudu besar ikan bilis size paling kecil atau ikutlah ikan bilis kesukaan awak

     *tumbuk bersama dan tumis 

Sambil tumis tu, capai bekas serbuk lada hitam. Serbuk ni saya buat sendiri. Beli yang sebiji kasar, dan blend halus dan simpan ke bekas. Nak guna senang. 

Kacau-kacau dan masukkan sos tiram jenama Maggie dalam 1-2 sudu besar

Kemudian, masukkan isi ayam, carrot dan batang sawi. 

Masukkan air sedikit sahaja separuh cup. Masukkan bihun. Bihun memang nampak keras btapi jenama botan ni dia special sikit. Masuk je akan layu. Tak perlu banyak air pun.Kemudian masukkan serbuk lada putih. Serbuk ni saya guna jenama Mr.Mommic bekas kaca tudung hijau. Perasakanlah. Rasa memang light je. Maklumlah masak secara sihat. 

 Biasanya saya tambah sos ikan tapi untyuk hidangkan pada anak berusia 5 tahun, jadi saya tak letaklah. 




Gambar ni dah letak dekat status facebook. Jadi tak payah transfer ke komputer dah. Selamat mencuba



11 March 2021

Review minuman koko OCOC

Assalamualaikum, buat apa tu. salam jumaat penuh barakah. Semoga kita sentiasa dikurniakan sesihatan yang baik untuk meneruskan aktiviti kita seharian olehNya. Alhamdulillah masih di beri kesempatan melihat sang matahari , diberi kesempatan hidup untuk hari ini. Semoga nafas ini selalu bersyukur. Semoga lisan ini selalu berzikir dan semoga gerak langkah ini selalu ibadah kepadaMu ya Allah. Ya Allah kurniakanlah kami taufik dan hidayahMu serta istiqomahkan kami di jalan RedhoMu. Aku hamba yang lemah.

Setiap bulan, saya berikan yang terbaik buat anak saya (mengikut cara saya sendiri samda melalui pemakanan dan pendidikan). Setiap bulan saya akan membeli minuman koko untuk tingkatkan fokus anak saya ketika belajar. Sebenarnya anak saya mengalami masalah pembelajaran pada tahun 2020 sewaktu dia berusia empat tahun. Masalah ini dikongsikan dari pengusaha tadika yang menghantar video anak saya sentiasa menguap dan tidak mahu membaca. Padahal ketika itu, anak saya dah consume minuman koko ni hampir setahun pada 2020. Tapi tahun ni baru nampak kesannya. Jujurnya saya kecewa bukanlah sebab anak saya tidak fokus, tapi saya kecewa kerana merasakan kegagalan saya sebagai seorang ibu kerana sudah menyediakan makanan terbaik buat anak saya. Tiap kali masak, saya akan skip white sugar, less salt dan no msg. Tetapi anak saya di sekolah menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan. 

Jadi saya tak pernah putus asa pun. Bukanlah saya percaya produk ini untuk buatkan anak saya pandai. saya perlu menyediakan anak saya makanan dan minuman berkhasiat setiap hari sebagai amanah anak dari Allah. Saya percaya ramai ibu bapa yang terlepas menyediakan makanan yang sihat kepada anak berdasarkan pemerhatian saya di sekeliling. Anak itu amanah tapi pahalanya amatlah besar. Boleh membawa kita ke syurga atau ke neraka.Saya percaya tugas ibu bapa selain memberikan makanan yang baik, ibu bapa juga perlu mengarahkan anaknya menjadi hamba yang soleh dan bertaqwa. Kita tahu sipa yang mempunyai anak yang soleh, hidupnya akan terjamin dengan sendirinya.

 

Tahun ni prestasi anak saya agak boleh dibanggakan setelah berpenat lelah mendidiknya. Alhamdulillah. Dari beli minuman koko seperti milo, vico ada baiknya saya belikan ini untuk anak saya.

 Ini saya sertakan sedikit info mengenai minuman ococ ini|:

Minuman tinggi nutrisi. Bantu otak dan tubuh kekal bertenaga, dan tingkatkan prestasi. Semestinya lebih sihat.

 

  1. Tanpa perisa tambahan 
  2. Tanpa pemanis sintetik
  3. Tanpa gula putih 

OCOC diperbuat dari bahan semulajadi