Assalamualaikum.
Hari ni dah masuk hari ke berapa perintah kawalan pergerakan pun dah lupa. Alhamdulillah masih berkurung bersama keluraga tercinta. Belum tiba masanya untuk berkurung di alam sana. Masih berbaki dosa barangkali.
Hari-hari hidangan roti untuk anak teruna kesayangan. Hidangan ni memang betul-betul sihat untuk sesiapa yang amalkan gaya pemakanan sihat.
Resepi ni mudah je. Masukkan roti susun macam dalam gambar tu. Ikut kretiviti you all lah ye. sebenarnya elok guna cup. Perintah kawalan pergerakan ni, kita cuba guna apa yang ada di rumah sahaja tanpa membebankan dan tanpa merisikokan kesihatan kita di luar.
Masukkan susu segar. Suka hati nak tenggelam ke nak separuh ke. Bonda guna sikit je sebab nak berjimat punya pasal.
Kemudian pecahkan telor macam nak buat telor mata kobau tu. Untuk dua keping roti ni, bonda guna sebiji telor sahaja. Berjimat juga.
Lepas tu, you all tabur lah lada putih atau lada hitam atau serbuk perasa sesuka hati. Bonda guna serbuk lada putih. Letaklah apa-apa bahan yang ada kat dapur tu. Ayam ke udang ke suka hati lah.
Dah bosan letak fish ball, fish cake, daging cincang dan ayam, harini cuba udang pula.
Semoga COVID19 berlalu pergi
semoga bermanfaat
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum / salam sejahtera. Jemputlah komen jika bermanfaat. Terima kasih :)