nuffnang

24 February 2011

syarat menonton wayang cara islam yang halal


SYARAT-SYARAT

Dr Yusuf qardawi telah menggariskan 3 syarat untuk mengharuskan melihat cerita di panggung wayang, pentas teater dan seumpamanya.

Pertama: 
 
Hendaklah isi cerita tersebut tidak ada perkara yang mempunyai unsur-unsur sex, kejahatan dan semua perkara yang menyalahi syariat dan adab-adab Islam.

Cerita-cerita yang menaikkan syahwat, menggalakkan untuk membuat dosa, merangsang jenayah, membawa pemikiran yang menyeleweng dan mempunyai unsur2 akidah yang sesat adalah haram dilihat oleh orang Islam

Kedua:  
 
Tidak menyebabkan terlalai dari mengerjakan kewajipan agama, terutamanya kewajipan solat

Firman Allah swt :
فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ
Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat,
الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ
(yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya,
4 dan 5 surah al-Ma’un

Ketiga:  

Tidak berlaku pergeselan diantara penonton lelaki perempuan dan tidak ada percampuran yang mendorong kepada maksiat. 

 Ini bagi mengelakkan maksiat dan menjauhkan dari fitnah. Lebih-lebih lagi menonton dalam gelap. Nabi saw bersabda:

لِأَنْ يُطْعَنَ فِيْ رَأْسِ أَحَدِكُمْ بِمِْخَيطٍ مِنْ حَدِيْدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَمُسَّ اِمْرَأَةً لَا تَحِلُّ لَهُ
 
“ Ditusuk di kepala seseorang dengan jarum besi lebih baik dari dia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.”


Hadis riwayat al-Baihaiqi dan at-Thabrani dengan sanad yang sahih.
 
 
#tunggu tengok wayang dengan suami ;)
 

No comments:

Post a Comment

assalamualaikum / salam sejahtera ! i am afisya afida.