page

nuffnang

Showing posts with label Pengisian Jiwaku. Show all posts
Showing posts with label Pengisian Jiwaku. Show all posts

13 February 2013

Monolog Seorang Hamba Dengan Pencipta


Photo: Kau bina #mahligai dari air mata Yang jatuh berderai di wajah sepiku Hancurnya hatiku bisa tak terkata Terhumban rasa diriku.. #kautidakakanbahagia sebab hidup ini roda berputar..masa tu baru kau tahu tinggi rendah langit #tears #broken
My instagram Picture
Hamba :Wahai Tuhanku..Sesungguhnya aku telah ditimpa sesuatu musibah yang mungkin dengannya aku gagal mencapai segala apa yang aku cita2kan..Maka dengan itu Tuhanku, aku merayu dan meminta kepadamu supaya hilangkanlah musibah itu, bantulah aku Tuhanku, agar aku dapat mencapai cita2ku dengan mudah, tidak lain dan tidak bukan..sesungguhnya padaMu sahaja aku berharap dan Engkau adalah sebaik2 pertolongan..

Allah :Wahai HambaKu..Aku tidak menurunkan sesuatu musibah melainkan untuk mengujimu..sejauh mana keimananmu terhadapKu..bukankah dengan musibah itu, sebenarnya menguji setakat mana keimananmu dan ketakwaanmu..Maka dengan itu, bangunlah kembali ke jalan Tuhanmu..Sesungguhnya ketahuilah Aku TuhanMu adalah sebaik2 penolong dan sebaik2 tempat bergantung harapan dan maka dengan itu jugalah..nescaya engkau akan mendapati bahawa aku adalah Amat Pengasih dan Penyayang pada setiap hamba-hambaNya..

Hamba : Maka selayaknya Engkau mendapat pujian itu wahai Tuhanku..aku akan bersabar dan aku takkan berputus harap dan berdoa padaMu Wahai Tuhanku..pada setiap malamku..pada setiap siangku..setiap detik jantungku berdegup..di setiap pengaliran air mataku yang deras..di setiap masa dan ketika..Demi masa..ia menjadi saksi pada setiap doa yg aku luahkan..

(Pada suatu ketika, dengan izin Allah..musibah itu telah lenyap..berkat kesabaran dan doa tidak putus hamba itu kepada Tuhannya..maka datang lagi hamba itu kepada Tuhannya, Allah..seraya berkata... .)

Hamba : Tuhanku, aku amat gembira dan bersyukur ia (musibah) itu telah pergi..sesungguhnya, maka besar harapanku akan cita2ku..Moga Engkau akan kekalkan musibah itu pergi daripadaku..Ya Allah..selayaknya segala pujian dan Engkau Maha Berkuasa di atas tiap2 sesuatu..

(Tetapi, malang tidak berbau..musibah itu datang sekali lagi..lagi bertambah teruk dari sebelumnya..Hamba itu datang merayu semula kepada Tuhannya, Allah dengan penuh linangan air mata... ..)


Hamba : Wahai Tuhanku..Daripada Engkau aku datang dan kepada Engkau jualah tempat aku kembali..Tidak sekali2 aku buruk sangka kepadaMu kerana sifatmu tidak melayakkan sesuatu yg buruk padaMu yang Tuhanku..tapi izinkan aku bertanya ..Mengapakah aku diuji berulang kali? Maka aku benar2 mahukan jawapan itu Tuhanku..tidaklah aku meraguiMu..Tidak..Aku redha dengan semua ini..mengapakah aku terpilih dengan semua ini?

Allah : Wahai hambaku..Ketahuilah aku menguji kepada sesiapa yang mampu..dan Engkau amat beruntung kerana Aku pilih untuk berada begitu hampir denganKu..kerana Allah dan RasulNya lebih mengetahui apa yang terbaik untukmu..Sesungguhnya engkau tidak mengetahui sedangkan aku lebih mengetahui segala2nya melebihi apa yang ada di langit dan bumi..Bangkitlah dan jangan bersedih..bukankah Akhirat itu yang lebih utama berbanding kehidupan di dunia..Ketahuilah..jika cita2mu itu tidak aku tunaikan di dunia,,,bukankah aku berjanji untuk menggantikan ia dengan bahagia yang tidak ada penghujungnya di akhirat kelak yang kekal abadi..itulah kebahagian yang sebenar2nya wahai HambaKu.. bersabarlah..aku akan menolongmu..Sesungguhnya Aku Tuhanmu..sentiasa bersama –sama orang2 yang sabar...

Hamba : Hatiku tenang..sungguh benar itu wahai Tuhanku... Hidup ini terlalu singkat untuk aku penuhi ia dengan kesedihan..hidup ini juga terlalu singkat untuk aku beramal demi akhirat yang kekal abadi..Maka dengan itu Tuhanku..aku berjanji, bersaksikan linangan air mataku, degupan jantungku, aku tidak akan berputus asa..ujianMu akan ku tangani..aku terima..Berilah aku pertolonganMu, aku menginginkan orang disekelilingku juga bahagia..Bantulah aku ya Tuhanku, untuk memberi aku kesabaran dan ketabahan dengan semua ini..Jika cita2ku tidak kesampaian, aku mengetahui Engkau teramat mengetahui apa yang tebaik untukku..kan ku pujuk hatiku..harapan demi harapan..doa demi doa akan kupanjatkan kepadaMu..kepadaMu tempat aku berlindung dari hasutan Syaitan yang menyesatkan aku dan keluargaku..

Ya Tuhanku..aku mengerti..aku memahami... sanggup aku terima semua ini dariMu..tapi mereka? Adakah mereka akan faham seperti apa yang aku faham? Ya Allah, aku berdoa padaMu, bantulah aku menangani mereka tentang nasibku ini..Maka dengan kekurangan ini 

Ya Tuhanku, Engkau juga lebih mengetahui begitu sukar aku menghadapi dunia..Bantulah aku..tabahkan aku..bantulah aku mengatasi mereka..bantulah aku mengatasi hati dan perasaanku yang luluh setiap masa dan ketika dengan keadaan sekelilingku..

Ya Tuhanku..teramatlah sendu dan luluh di hatiku mengingatkan orang2 yang berada dekat denganku iaitu keluargaku.. keluargaku.. keluargaku... aku mengetahui seakan aku tidak akan panjang untuk bersama dengan mereka..

Ya Allah, aku doakan yang terbaik untuk mereka..Berilah petunjuk dan hidayahMu pada mereka... kembali pada jalanMu..segala yang baik2 hanya untuk mereka..Aku amat sayang pada mereka... tetapi..Engkau lebih mengetahui..harapanku mereka menyokongku..harapanku mereka berada dekat denganku..harapanku..mereka baik2 saja.. 

amin.

#tak pandai nak bukak link dalam web guna samsung..so tak boleh la nak blogwalking . Bukak tab je pandai . Bila ada link . cannot open until you close one . .sedih betul :( 
 
 

10 January 2013

::Taubat::

::Taubat::

Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu

Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa

Ya Rabbi izinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu

Dan mungkin tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku



..

13 December 2012

potong kuku ikut sunnah nabi s.a.w


sekarang ni ramai yang pakai cincin. Tapi ikut suka dia je. Sunnah nabi jarang nak ikut. Renungkan.
 
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang,dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kukuyang panjang…. bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untukkesemua babi-babi tersebut….. potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau punhanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.  (saya sekadar ingin berkongi)
Tertib pemotongan kuku mengikut sunnah.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.


Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. 

Oleh itu, sentiasalahberkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Initak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

- jari manis dan jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari - jari tengah dan jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU…INSYA’ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH….

((Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:

لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث …. وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)

Maksudnya: “Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”))

wallahu a’lam.

~islam itu indah~

14 September 2012

Better than before

tersangatlah beruntung orang yang hatinya pernah disapa hidayah Allah.

 Gunakanlah peluang yang Allah berikan kepada kita dengan sebaik-baiknya. 

Dan hidupmu bakal berubah. "Better than before". Insya Allah.

Hidayah ni tidak akan datang bergolek. Hidayah Allah ibarat kunci yang hadir daripadaNya. Kunci kepada sebuah pintu kebaikan. Pintu tersebut hanya akan terbuka apabila orang tersebut berusaha untuk membukanya. 
Sekiranya tidak, maka pintu tersebut akan tertutup selama-lamanya walaupun kunci itu pernah berada di tangan kita.
Dan Allah ada berpesan dalam Al-Quran:
" Dan Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (syurga), dan memberikan petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki ke jalan yang lurus (Islam)." (Surah Yunus 10: 25)
Agaknya sudah berapa kali kita dipilih untuk diberikan hidayah tapi entah sudah berapa kali kita menolaknya. 
Dan agaknya berapa kali lagi kita akan dipilih dan terus menolaknya?
 Itupun sekiranya Allah masih memberikan kita peluang untuk merasai nikmat hidayah-Nya. Bagaimana sekiranya hidayah itu tidak pernah kunjung tiba lagi?

10 April 2012

syukurku

syukurku

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah An-Nahl: Ayat 18).
SyukurKu
Setiap kedip mataku Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang melihat, tetapi buta.
Setiap tarikan nafasku Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang mencium, tetapi tidak mampu membau.
Setiap suara yang kudengar Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang mendengar, tetapi tuli.
Setiap desir angin yang kurasa Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang merasa, tetapi bebal.
Setiap degup dan detak jantungku Ya Allah,
Aku bersyukur atas nikmat ini.
Banyak orang hidup, tetapi mati.
Akhirnya Ya Allah,
Jangan Kau cabut rasa syukurku ini dari hatiku,
Yang dapat membuatku buta, bebal, tuli dan mati.
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. (Surah Ibrahim: Ayat 7)

5 February 2012

Formula Berdoa Memohon Jodoh Daripada Al-Quran
















saya baru je putus cinta(beberapa tahun yang lalu)..
nak tahu tak apa rahsia saya menangani putus cinta ?
bagi yang mengangis berbakul2 tu aku langsung tak heran .
orang kater kalau nak lupakan dia
kita kena sibukkan diri kita sendiri sebelum perasaan tu menyesakkan hati dan minda kiter . 


saya pernah menyibukkan diri saya sendiri ,
 tenggelam dalam dunia saya sendiri . 
alhamdulillah saya berjaya mengatasi semua tu sebab saya berjaya mengawal perasaan saya .
 saya tahu ALLAH bersama saya . dalam masa yang sama saya bayak teringat dekat DIA . 

selain menyibukkan diri sendiri , saya ada petua yang sangat power .


taaada :

Seseorang yang “putus cinta” biasanya akan menghadapi tekanan emosi yang mendalam. 
Ada yang termenung dan terkenang si dia yang telah pergi. 
Ada pula yang menangis kesedihan di tengah malam sunyi.

Hati pasti tidak akan tenteram, ingatan silam pasti akan kembali, kesedihan atau kemarahan
 akan datang membayangi. Sesetengah orang mengambil masa bertahun-tahun untuk 
melupakan kisah cinta bersama si dia, ada pula mungkin sekadar sebulan dua. 
Masing-masing mempunyai jangka waktu “recover” yang berbeza mengikut kekuatan jiwa masing-masing.

Yang pasti, hati akan resah gelisah. 
Pelajaran seorang pelajar akan mundur, produktiviti seorang pekerja akan menurun. 
Seluruh aktiviti kehidupan akan terganggu. 
Namun yang paling malang, 
apabila hati kecil mula mempersoal ketentuan tuhan kerana tidak dapat menerima kenyataan perpisahan.
 Semua ini akan terus menghantui diri selagi hati masih tidak tenteram.

Terdapat satu penawar yang mujarab untuk mententeramkan hati.
 Firman Allah di dalam surah Ar-R’ad ayat 28, 
 “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. 
Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.”

Zikrullah bermaksud mengingati Allah. 
Membaca Al-Quran juga termasuk zikrullah kerana salah satu nama bagi Al-Quran adalah Adz-Zikr. 
Dengan membaca Al-Quran dan menghayati maksud-masud ayat, 
seseorang itu sedang berzikir kepada Allah.

Selain membaca Al-Quran, seseorang itu juga boleh mengucapkan tasbih, tahmid, tahlil atau takbir. 
Zikir-zikir ini lebih ringkas dan mudah dilakukan secara berterusan di kebanyakkan keadaan dan tempat,
 sama ada secara lisan atau di dalam hati. 
Namun menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar,
 zikir adalah lebih utama dilakukan dengan hati dan lisan, kedua-duanya sekali.

Jabir Bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berkata, “zikir yang paling utama adalah lailahailallah (tiada tuhan selain Allah) dan sebaik-baik doa adalah mengucapkan alhamdulillah 
(segala pujian bagi Allah).” Menurut Imam Tirmizi hadith ini berstatus hassan gharib.
Menurut rekod Imam Bukhari, nabi telah menyatakan,
 “Ada dua kalimat yang paling disukai Yang Maha Pengasih. 
 Sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat dalam timbangan. 
Kedua-dua kalimat itu adalah subhanallah wa bihamdihi dan subhanallah hil azim 
Kedua-dua kalimat ini membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’
 Di dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca hamdi.jpg 
100 kali sehari, maka semua doasanya diampunkan oleh Allah, meski pun sebanyak buih di lautan.

Jika disenaraikan jenis-jenis zikir, 
artikel ini akan menjadi begitu panjang sehingga mungkin terbentuk laman web baru 
yang mengkhususkan tentang zikir. Namun, memadailah seperti apa yang telah dipaparkan sebagai amalan.

Perbanyakkan zikir, mudah-mudahan hati menjadi tenteram, InsyaAllah.

kredit to atok kebayan . 


ketahuilah dengan mengingatiNya hati akan tenang dan tentera m . cubalah sendiri :D

15 December 2011

air mata memadamkan api Neraka

 
 
Tangisilah dosa-dosa,
agar air mata berguguran,
gugurnya air mata boleh menggugurkan dosa-dosa, 
sekaligus boleh memadamkan api Neraka, 
takutilah Allah dengan sepenuh hati,
ia akan menjadi syafaat di Akhirat nanti.
Jangan berputus asa dengan banyaknya dosa.
Sebanyak mana pun dosa Allah akan mengampunkan asal berserah dan berjuang keranaNya.
Iringi kejahatan dengan kebaikan.
Ia akan menghapuskan dosa dosa.
Menyesali atas keterlanjuran.
Jangan ulangi lagi apa yang telah di lakukan.
Beristiqamah dengan kebaikan.
Muhasabahlah selalu setelah dilakukan.
Berdoalah selalu agar mendapat pimpinanNya
 
 

2 November 2011

Rahsia Ilahi


 



●●●▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬●●●▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ●●●▬▬▬▬ ♥ Belum TENTU kekasih mu ADALAH suami mu, ♥ Belum TENTU tunang mu ADALAH suami mu, ♥ Belum TENTU lelaki kau puja ADALAH suami mu, ♥ Belum TENTU lelaki kau benci ADALAH suami mu, ♥ Belum Tentu lelaki yang kau cintai ADALAH suami mu, ♥ TIADA siapa KETAHUI siapa BAKAL suaminya kerana JODOH telah menjadi RAHSIA ALLAH yang MAHA BIJAKSANA ♥●●●▬▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬●●●▬▬▬▬▬▬ஜ۩
۞۩ஜ●●●▬▬▬▬

8 September 2011







“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan (pula) 

bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika 

kamu orang yang beriman” – ali Imran : 139.





7 May 2011

Penekanan Terhadap Tuntutan Syariah Khususnya Dari Sudat Ibadah


Hendaklah Diberi Penekanan Terhadap Tuntutan Syariah Khususnya Dari Sudat Ibadah

Penekanan dari sudut ibadah yang sempurna melambangkan sifat kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. 
 
Selain itu, sebagai tanda penyempurnaan jalinan hubungan dengan Allah s.w.t sepanjang masa dengan sentaisa menyerahkan segala jiwa dan raganya terhadap setiap suruhan dan meninggalkan segala larangannya pada setiap masa.

Selain itu, dengan melakukan ibadah kepada Allah dapat menyedarkan anak-anak tentang sifat-sifat manusia sebagai hamba disisi Allah s.w.t. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam surah al-Anam ayat 162 :
 
“Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan yang memelihara dan mentadbir sekelian alam “.
 
berikan daku hidayahMu ;)

6 May 2011

kelebihan solat di awal waktu


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
;)

5 May 2011

5 seruan kubur setiap hari


 
Semoga Para Syuhada’  menjadi tetamu Allah SWT yang paling istimewa… Amin Ya Rabbal Alamin.

Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak lima kali…

1) Aku rumah terpencil maka aku akan senang dengan selalu membaca al-Quran
2) Aku rumah yang gelap maka terangilah aku dengan selalu sembahyang malam
3) Aku rumah penuh dengan nah dan debu maka bawalah amal s0leh yang menjadi hamparan
4) Aku ular berbisa maka bawalah amalan “Bismillah” sebagai penawar
5) Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir maka banyakanlah bacaan “Lailahillallah Muhammad Rasulullah”