page

nuffnang

8 May 2011

air kencing dan kita




Air kencing salah satu jenis najis mutawassitah, dan semua jenis najis ini dan yang berasal daripadanya adalah haram di makan, diminum atau di bawa sembahyang dan thawaf. 

Tulisan ini bukan ingin membawa pembaca budiman sekalian kepada perubatan air kencing walaupun sejak akhir-akhir ini para saintis telah menemui penawar barah dalam air kencing.Ini kerana Islam melarang berubat dengan benda yang kotor. 




نَهَى رَسُول اللهِ صلى الله عليهِ وَسَلّمَ عَنِ الدّوَاءِ الخَبِيثِ 

(رواه أبو داود وأحمد) 


Maksudnya: “Rasullullah Shallallahu alaihi wasallam melarang daripada ubat yang kotor.” 

(Hadis riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad)
 

Tetapi tulisan ini ingin menerangkan tentang kelebihan air kencing sebagai cara mendiagnosa pesakit. 
 
Melalui air kencing, kita boleh mengetahui tahap dehidrasi seseorang, mengetahui adakah seseoran itu mengadung atau tidak dan mencari simptom tertentu seperti kehadiran protin yang menandakan bermulanya masaalah pada buah pinggang. 
 
Kehadiran glukos dalam air kencing ialah petanda seseorang itu mengidap kencing manis(diabetis Mellitus) 

Air kencing juga boleh dikaji warna dan baunya selain sering digunakan sebagai sumber rujukan utama untuk memeriksa kandungan dadah dalam badan. 


Air kencing adalah bahan kumbahan cecair badan yang disingkir oleh buah pinggang melalui proses penapisan dari darah yang dikenali sebagai kencing dan dikeluarkan melalui urethra.

Metabolit pada peringkat sel/selular menghasilkan banyak sebatian kumbahan, kebanyakannya kaya dengan nitrogen, yang perlu disingkirkan dari aliran darah. 

Kumbahan ini akhirnya disingkir dari badan melalui proses mikturition, kaedah utama menyingkirkan bahan kimia larut air dari badan. Bahan kimia ini boleh dikesan dan dianalisa oleh urinalysis. 

Bagi wanita hamil, cecair amniotik berkait rapat dengan air kencing, boleh dianalisa oleh amniosentesis. 




Warna kuning terang air kencing disebabkan oleh pewarna urokrom dan juga keluaran penguraian bilirubin dan urobilin. Ia boleh berbentuk antara jernih ambar gelap, antara faktor lain bergantung kepada jumlah air dalam badan. 

Analisa kimia
 


Warna luar biasa
 

* Jernih - menunjukkan terlebih air, yang biasanya dianggap lebih sihat berbanding kekurangan air dehidrat. Dari segi ujian dadah, ia boleh menunjukkan potensi cubaan bagi mengelak pengesanan dadah haram dalam aliran darah melalui lebih-hidrat. 

* Kuning/Kuning bata cair mungkin menunjukkan penyingkiran lebihan vitamin B dari aliran darah. 

* Sesetengah ubat seperti rifampin dan pyridium boleh menukar air kencing menjadi kuning bata. 

* Kencing berdarah dinamakan hematuria, potensi tanda jangkitan pundi kencing. 

* Memakan ubi bit (beets) mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan sementara. 

* Air kencing gelap atau perang mungkin merupakan simptom demam kuning, rhabdomyolysis, atau sindrom Gilbert. 

* Air kencing hitam atau bewarna gelap dirujuk sebagai melanuria dan mungkin disebabkan oleh melanoma. 

* Air kencing kemerahan atau kelabu mungkin disebabkan oleh porphyria. Juga, pemakanan bit (beets) mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan sementara. 

* Kuning flores/kehijauan Fluorescent Yellow / mungkin disebabkan oleh permakanan vitamin tambahan, terutama vitamin B. 

* Warna kencing kuning gelap biasanya menunjukkan kekurang air dalam badan (dehidration). 



Keruh 

Air kencing keruh mungkin merupakan simptom jangkitan bakteria, tetapi juga diakibatkan oleh pembentukan kristal garam seperti kalsium fosfat. 


Fakta - Pesakit buah pinggang kronik tidak mempunyai air kencing! Urea dan bahan kumuh lain dikeluarkan semasa dialisis. Hasil proses hemodialisis berbau hancing!

~piss~ 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum / salam sejahtera. Jemputlah komen jika bermanfaat. Terima kasih :)