page

nuffnang

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

31 August 2013

Merdekakah Kita Jika…

Merdekakah Kita Jika…

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Merdeka 2013 a.
Sambutan kemerdekaan sedang disambut di seluruh negara dengan berbagai cara dan pendekatan. Persoalannya adakah kita semua benar-benar telah memerdekakan diri dan jiwa seiring dengan kemerdekaan negara. Bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan ke 56 yang bertemakan: ‘Malaysia Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku’ ini, marilah muhasabah diri melalui: ‘Merdekakah Kita Jika…’
.
Merdekakah kita jika malam ambang ramai di padang dari masjid negara?
Merdekakah kita jika ramai yang berhibur hingga tidak ingat dunia?
Merdekakah kita jika masih ramai anak gadis kehilangan dara?
Merdekakah kita jika ramai pengguna terkorban di jalanraya?

Merdekakah kita jika masih berdendam kesumat kalah pilihanraya?
Merdekakah kita jika masih menuduh rambang tanpa bukti nyata?
Merdekakah kita jika apa saja orang buat segalanya salah belaka?
Merdekakah kita jika rakyat terbiar dek sibuk berceramah di sini sana?

Merdekakah kita jika memperlekeh jiwa patriotik mengibar bendera?
Merdekakah kita jika sanggup menghina pejuang memerdeka negara?
Merdekakah kita jika ghairah runtuhkan negara yang aman sejahtera?
Merdekakah kita jika masih berjiwa kotor mensabotaj Negara MALAYSIA?

Merdekakah kita jika pemimpin asyik berebut mempertahan kuasa?
Merdekakah kita jika masih bermegah bangga dengan kekayaan harta?
Merdekakah kita jika taksub sayangkan parti dari penyatuan ummah semua?
Merdekakah kita jika nyawa tersisa masih tidak ingat syurga neraka?

Merdekakah kita jika solat wajib masih tidak cukup lima?
Merdekakah kita jika bangun tidur matahari tegak di kepala?
Merdekakah kita jika masih mengejar sunat yang wajib entah ke mana?
Merdekakah kita jika Islam dipijak dihina tanpa usaha pertahankan bersama?

Merdekakah kita jika banyak tanggungjawab belum dilaksana?
Merdekakah kita jika masih ramai anak dibiar membuang masa?
Merdekakah kita jika masih bersendiri tanpa berjemaah bersama?
Merdekakah kita jika keluarga asyik bertekak berpecah porak peranda?

Merdekakah kita jika majlis agama kurang lelaki dari wanita?
Merdekakah kita jika mulut masih celupar mencaci berkata nista?
Merdekakah kita jika tak sudah-sudah menyakiti hati saudara seagama?
Merdekakah kita jika aqidah tidak dijaga dosa dan pahala semakin dilupa?
.
Akhir kata semoga berusaha memerdekakan jiwa dan raga…jika tidak sanggup memakan daging saudara sendiri di akhirat sana…
#ikhlas  dari hamba…
.
.
Allah سبحانه وتعالى sahajalah yang mampu untuk menimbulkan kesedaran dan memberi kekuatan kepada mereka. Tidak ada kemerdekaan yang lebih besar daripada kemerdekaan hati dan jiwa orang-orang yang beriman yang sentiasa mengingati Allah سبحانه وتعالى.

Kita sebagai makhluk Allah سبحانه وتعالى, perlu berusaha untuk mengingati Allah سبحانه وتعالى dalam setiap keadaan, menghubungkait segala sesuatu yang berlaku ke atas diri kita adalah datangnya daripada Allah سبحانه وتعالى, bersyukur di atas segala nikmat-Nya, sentiasa melakukan amal kebajikan dan memberi manfaat kepada orang lain, dan janganlah kita kufur dan menolak Qada’ dan Qadar yang datang daripada Allah سبحانه وتعالى.
.
قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Katakanlah: “Ya Allah! Yang Maha Memiliki kerajaan, Dikau berikan kerajaan kepada orang yang Dikau kehendaki dan Dikau cabut pemerintahan dari orang yang Dikau kehendaki. Dikau muliakan orang yang Dikau kehendaki dan Dikau hinakan orang yang Dikau kehendaki. Di tanganMu segala kebajikan. Sesungguhnya Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Surah Ali Imran; Ayat 26)
.
Ingatlah, semua perkara yang berlaku ke atas diri sama ada baik atau pun buruk adalah untuk menguji tahap keimanan kita kepada Allah سبحانه وتعالى. Ingatlah kepada Allah سبحانه وتعالى, kerana sesungguhnya dengan mengingati Allah سبحانه وتعالى, hati dan jiwa kita akan sentiasa menjadi tenang.
.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56. Semoga Allah سبحانه وتعالى mencucuri rahmat, kesejahteraan dan keamanan berterusan kepada rakyat dan negara Malaysia tercinta selamanya… AMIN!!!
.
وَالسَّلاَمْ
.
By; shafiqolbu

10 May 2013

"Dont judge"- Seriously?



I really do need to get this off my chest.
I really hate the phrase “dont judge”. Why? Because it is a stupid phrase that goes against every evolutionary human instinct. As human beings, it is subconsciously embedded into our brains to “judge”… Whether the topic of particular interest be people, clothes, situations, etc. NO person befriends every person they meet. NO person opens up their entire life to a complete stranger. NO person walks down a dark alley without knowing their surrounding. So how can people say “dont judge”? You use judgement on a regular basis to stay alive.

That being said, I particularly DISLIKE muslim brothers and sisters who see another muslim brother or sister doing something wrong/ haraam and fail to speak out against it or speak to them about it. I particularly get mad at those who keep their mouths shut just because they’re afraid to be disliked. This is the MOST selfish thing in the world. If you are striving towards Jannah, why in the world would you keep from helping another Muslim better themselves towards the path of Jannah, even if it means confronting them about something you KNOW is wrong? Saying “dont judge” is a stupid excuse to refuse to help someone better themselves to becoming a better muslim.


*speakthetruth

28 November 2012

Pantai Bahaya



sekarang saya tiba di destinasi impian . Melayari internet menggunakan peranti elektronik smabil menunggu seorang rakan . Kali ini saya ingin berkongsi dan bercerita tentang pantai . Sebenarnya nak buat entry pasal Jordan ;)
ok kita lihat dulu pantai yang bahaya untuk perctian

apa pantai paling banaya, senarai pantai bahaya, gambar, foto, cantik, bahaya, pantai gulf, pantai amazon, pantai bolinas, hanakapiai, pulau shired, ular berbisa, bisa ular, haiwan pemangsa, piranha, mangsa, peluncur, ikan yu, larangan, mandi, tercemar, masalah kesihatan

Saya sangat suka pantai . salah satu tempat yang hajat tidak kesampaian bersama fist love saya adalah bersiar-siar dan camping di pantai tapi dia sudah tiada . nevermind . 

 Berikut merupakan 5 pantai yang paling tidak selamat untuk dilawati.

1. Pantai Gulf, California
apa pantai paling banaya, senarai pantai bahaya, gambar, foto, cantik, bahaya, pantai gulf, pantai amazon, pantai bolinas, hanakapiai, pulau shired, ular berbisa, bisa ular, haiwan pemangsa, piranha, mangsa, peluncur, ikan yu, larangan, mandi, tercemar, masalah kesihatan


Pantai ini nampak cantik dengan pasir yang putih kan? Tapi jangan terpedaya dengan kecantikan pulau ini. Ini kerana pulau ini sebenarnya adalah habitat ular yang paling berbisa di Amerika Syarikat. Bisa ular ini mampu membunuh orang dewasa dalam masa kurang dari 2 jam.

2. Pantai Amazon, Amerika Selatan


apa pantai paling banaya, senarai pantai bahaya, gambar, foto, cantik, bahaya, pantai gulf, pantai amazon, pantai bolinas, hanakapiai, pulau shired, ular berbisa, bisa ular, haiwan pemangsa, piranha, mangsa, peluncur, ikan yu, larangan, mandi, tercemar, masalah kesihatan

Pantai ini merupakan habitat haiwan pemangsa yang berbahaya seperti piranha. Jangan sekali-sekali cuba berenang di sini ketika musim kemarau kerana anda berpotensi menjadi mangsa ikan piranha yang kelaparan.

3. Pantai Bolinas, California


apa pantai paling banaya, senarai pantai bahaya, gambar, foto, cantik, bahaya, pantai gulf, pantai amazon, pantai bolinas, hanakapiai, pulau shired, ular berbisa, bisa ular, haiwan pemangsa, piranha, mangsa, peluncur, ikan yu, larangan, mandi, tercemar, masalah kesihatan

Pantai ini merupakan syurga bagi peluncur. Walaubagaimanapun, para peluncur harus mengambil langkah berhati-hati kerana terdapat banyak ikan yu di pantai ini. Para peluncur dinasihatkan untuk tidak turun ke pantai pada waktu malam dan memakai sebarang perhiasan yang berkilat. Wanita yang sedang uzur juga tidak digalakan mandi di kawasan pantai ini.

4. Pantai Hanakapiai, Hawaii


apa pantai paling banaya, senarai pantai bahaya, gambar, foto, cantik, bahaya, pantai gulf, pantai amazon, pantai bolinas, hanakapiai, pulau shired, ular berbisa, bisa ular, haiwan pemangsa, piranha, mangsa, peluncur, ikan yu, larangan, mandi, tercemar, masalah kesihatan

Pantai ini mungkin kelihatan seperti sebuah tempat riadah yang menyeronokkan kerana kecantikan pasir dan lautnya. Namun pada hakikatnya banyak nyawa yang terkorban di pantai ini akibat ombak pantai dan arus yang kuat.

5. Pantai Pulau Shired, Florida


apa pantai paling banaya, senarai pantai bahaya, gambar, foto, cantik, bahaya, pantai gulf, pantai amazon, pantai bolinas, hanakapiai, pulau shired, ular berbisa, bisa ular, haiwan pemangsa, piranha, mangsa, peluncur, ikan yu, larangan, mandi, tercemar, masalah kesihatan

Pantai yang terletak di Florida, Amerika Syarikat ini merupakan pantai yang tercemar di negara tersebut. Sekiranya anda mandi di situ, kemungkinan besar anda akan mengalami iritasi kulit, meningitis, hepatitis dan masalah perut.



sekian .

post by ; cikgu nurul ;)

10 June 2011

bahaya contact lens online

bahaya contact lens online


assalamualaikum dan selamat sejahtera para pembaca blog sekalian....Sejak akhir2 ni wujud satu kekeliruan masyarakat tentang penggunaan contact lens (CL) warna. Populariti CL warna yang hangat diperkatakan kini telah menjadi satu ikon dalam fesyen remaja khasnya kaum wanita. Ahli profesional dalam bidang penjagaan mata dah lame menyatakan kebimbangan diorang. 

Percambahan bilangan pembeli CL warna yang tidak mendapat sebarang pemeriksaan mata daripada optometris terlebih dahulu, amat membimbangkan....  Ramai sekarang membeli CL warna macam tu je daripada jurujual atau optician yang tidak bertauliah untuk mendispenskan CL. Macam biasa, diorang ni menawarkan harga yang rendah dan macam2 promosi  tanpa mengambil kira kesesuaian dan keselesaan CL tersebut pada mata pelanggan diorang. 


`Kenapa perlu periksa mata? Mata saya takde power pun......'



Soalan kat atas ni adalah antara soalan yang kerap dikemukakan oleh pembeli CL warna tanpa mengetahui bahaya yang ditempah. Pemeriksaan mata perlu dilakukan ke atas semua pemakai CL tak kira sama ada kanta yang dipakai itu berwarna atau tidak, mempunyai 'power' atau sebaliknya. Pentingnya pemeriksaan mata adalah untuk menentukan kesesuaian CL tersebut dengan mata si pemakai. 

Terdapat sebilangan orang yang tak boleh memakai kanta CL langsung disebabkan oleh mata yang terlalu kering, alahan teruk pada kelopak mata atau penghidap penyakit2 mata yang lain. Ada jugak yang hanya boleh memakai CL dalam tempoh masa yang terhad je...Jadi, penting untuk mengetahui sama ada korang sememangnya layak ataupun tidak untuk memakai CL sebelum membelinya. 


CL warna terdapat dalam pelbagai jenama, saiz, corak dan warna. Setiap jenama mempunyai saiz yang berbeza dari segi kelengkungan dasarnya mahupun diameter kanta.
Oleh itu pemasangan kanta ke atas mata pemakai akan menunjukkan persembahan (hasil) yang berbeza bagi setiap jenama yang lain. Korang mungkin pernah mencuba CL warna yang mempunyai jenama yang berbeza dan anda akan rasa kelainan setiap satunya. Keselesaan semasa memakai CL warna tak menggambarkan kesesuaian sebenar kanta tersebut pada mata korang. Korang mungkin berasa sangat selesa dengan CL tersebut  tetapi pemasangan kanta tersebut mungkin sangat ketat. 


CL yang ketat boleh menghalang oksigen dan air mata daripada memasuki kawasan kornea. Selepas beberapa jam barulah korang dapat perhatikan mata menjadi merah dan rasa tak selesa mula la timbul. Cuba korang bayangkan sekiranya korang mempunyai sepasang mata yang kurang sensitif, yang biasanya terjadi pada pemakai kanta sentuh yang sudah lama, korang mungkin tak dapat merasai perubahan yang berlaku. Maka, CL akan terus dipakai tanpa menyedari proses pembengkakan kornea (edema) menjadi semakin teruk.  
'Geo Lens' dan seumpamanya adalah jenama contact lens yang dijual secara berleluasa di internet, Dengan harga yang murah dan kononnya boley di 'bertahan' setahun lamanya menyebabkan contact lens ini amat popular dikalangan remaja. Tapi tahukah korang bahawa pemakaian contact lens tanpa pemeriksaan keadaan mata yang lengkap boleh menyebabkan kebutaan?


Kornea yang bengkak memudahkan korang mendapat jangkitan. Sekiranya fenomena ini kerap berlaku, korang mungkin terdedah kepada bahaya kebutaan. Terdapat terlalu banyak laporan dari hospital2 kerajaan dan klinik2 mata tentang penyalahgunaan kanta sentuh yang hampir atau telah menyebabkan kebutaan kepada pemakainya. Keadaan ini bertambah parah jika penjagaan dan masa pemakaian tidak mengikut nasihat optometris dan oftalmologis. 


Terdapat dua faktor yang menyumbang kepada pemasalahan komplikasi CL ini. Pertama, disebabkan premis optikal yang tidak mempunyai kelayakan tetapi tetap menjual CL. Atau, Optometris yang bertauliah gagal menjalankan pemeriksaan ke atas pemakai CL baru serta tidak memberi nasihat dan tunjuk ajar pemakaian dan penjagaan CL yang diperlukan. Kedua, pemakai CL itu sendiri yang tidak akur dengan nasihat dan penjagaan CL yang telah disyorkan oleh optometris dan tidak menghadiri sesi ulangan pemeriksaan (aftercare) yang telah diatur.   


Antara penyebab paling ketara berlakunya komplikasi terhadap pemakai CL warna ialah sikap suka berkongsi kanta sentuh dengan rakan2. Ini kerap kali dilaporkan berlaku pada pemakai kanta sentuh 'suka-suka' yang tidak mempunyai sebarang kuasa refraksi (power). Oleh sebab CL tak mempunyai 'power', mereka ni bebas berkongsi kanta sentuh warna. Ramai yang tak mengetahui bahawa penyakit serius boleh berjangkit melalui pemakaian CL antaranya hepatitis B, AIDS dan SARS. Di samping itu, Pengguna jugak perlu sedar tentang risiko ulser kornea yang berkait dengan pemakaian CL warna melebihi had yang disyorkan.   


Terdapat banyak CL warna jenis pakai buang satu bulan di pasaran. Sekiranya pemakai terus menggunakan kanta tersebut melebihi daripada tempoh hayatnya (sebulan), jangkitan dalaman mata, kornea berparut dan lain2 masalah boleh menyebabkan penglihatan terjejas. Dalam kes yang teruk, masalah ini boleh menyebabkan kebutaan. Kene diingat, kanta sentuh warna hanya boleh dipakai dan dibeli daripada Optometris untuk menghindari semua risiko ni. 
 

Hanya Optometris yang berpengalaman je boleh mengesan risiko2 awal pada mata pemakai kanta sentuh warna. Jangan takut, kalaupun mata korang bermasalah, korang tetap boleh memakai CL, tetapi dengan syarat2 tertentu yang akan diterangkan oleh Optometris. Optometris  jugak boleh menasihat dan memantau pengguna yang bermasalah sebelum keadaan menjadi lebih teruk.  



Kepada bakal2 pemakai contact lens sekelian, jumpalah optometris yang berdekatan dengan korang....Cegah sebelum parah...tidak dinasihatkan membeli secara online sebab kita tak tahu keadaan mata kita..seeloknya beli di optometris..kat sana kita boleh check mata kita dulu sebelum membeli lens :)

15 May 2011

MENANGIS PENYEBAB PANJANG USIA KAUM HAWA



Para ilmuwan menegaskan bahawa menangis dapat menyebabkan panjangnya usia kaum hawa.

Menurut mereka, air mata mengandungi peratusan racun yang dikeluarkan dari tubuh melalui tangisan.Perkara ini mengakibatkan tubuh akan bebas dari racun.

Para ilmuwan dalam bidang kedoktoran jiwa menegaskan bahawa menangis dapat menyelamatkan perempuan masa kini dari ketegangan urat saraf yang ia alami akibat banyaknya permasalahan yang harus dihadapi ketika menjalani rutin kehidupan.

Para doktor pakar mata juga berpendapat bahawa air mata berfungsi membasuh mata dan mengosongkannya daripada kandungan racun yang muncul akibat tegangnya urat saraf perasaan dan emosi yang selalu datang silih berganti
 
 

8 May 2011

air kencing dan kita




Air kencing salah satu jenis najis mutawassitah, dan semua jenis najis ini dan yang berasal daripadanya adalah haram di makan, diminum atau di bawa sembahyang dan thawaf. 

Tulisan ini bukan ingin membawa pembaca budiman sekalian kepada perubatan air kencing walaupun sejak akhir-akhir ini para saintis telah menemui penawar barah dalam air kencing.Ini kerana Islam melarang berubat dengan benda yang kotor. 




نَهَى رَسُول اللهِ صلى الله عليهِ وَسَلّمَ عَنِ الدّوَاءِ الخَبِيثِ 

(رواه أبو داود وأحمد) 


Maksudnya: “Rasullullah Shallallahu alaihi wasallam melarang daripada ubat yang kotor.” 

(Hadis riwayat Abu Daud dan Imam Ahmad)
 

Tetapi tulisan ini ingin menerangkan tentang kelebihan air kencing sebagai cara mendiagnosa pesakit. 
 
Melalui air kencing, kita boleh mengetahui tahap dehidrasi seseorang, mengetahui adakah seseoran itu mengadung atau tidak dan mencari simptom tertentu seperti kehadiran protin yang menandakan bermulanya masaalah pada buah pinggang. 
 
Kehadiran glukos dalam air kencing ialah petanda seseorang itu mengidap kencing manis(diabetis Mellitus) 

Air kencing juga boleh dikaji warna dan baunya selain sering digunakan sebagai sumber rujukan utama untuk memeriksa kandungan dadah dalam badan. 


Air kencing adalah bahan kumbahan cecair badan yang disingkir oleh buah pinggang melalui proses penapisan dari darah yang dikenali sebagai kencing dan dikeluarkan melalui urethra.

Metabolit pada peringkat sel/selular menghasilkan banyak sebatian kumbahan, kebanyakannya kaya dengan nitrogen, yang perlu disingkirkan dari aliran darah. 

Kumbahan ini akhirnya disingkir dari badan melalui proses mikturition, kaedah utama menyingkirkan bahan kimia larut air dari badan. Bahan kimia ini boleh dikesan dan dianalisa oleh urinalysis. 

Bagi wanita hamil, cecair amniotik berkait rapat dengan air kencing, boleh dianalisa oleh amniosentesis. 




Warna kuning terang air kencing disebabkan oleh pewarna urokrom dan juga keluaran penguraian bilirubin dan urobilin. Ia boleh berbentuk antara jernih ambar gelap, antara faktor lain bergantung kepada jumlah air dalam badan. 

Analisa kimia
 


Warna luar biasa
 

* Jernih - menunjukkan terlebih air, yang biasanya dianggap lebih sihat berbanding kekurangan air dehidrat. Dari segi ujian dadah, ia boleh menunjukkan potensi cubaan bagi mengelak pengesanan dadah haram dalam aliran darah melalui lebih-hidrat. 

* Kuning/Kuning bata cair mungkin menunjukkan penyingkiran lebihan vitamin B dari aliran darah. 

* Sesetengah ubat seperti rifampin dan pyridium boleh menukar air kencing menjadi kuning bata. 

* Kencing berdarah dinamakan hematuria, potensi tanda jangkitan pundi kencing. 

* Memakan ubi bit (beets) mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan sementara. 

* Air kencing gelap atau perang mungkin merupakan simptom demam kuning, rhabdomyolysis, atau sindrom Gilbert. 

* Air kencing hitam atau bewarna gelap dirujuk sebagai melanuria dan mungkin disebabkan oleh melanoma. 

* Air kencing kemerahan atau kelabu mungkin disebabkan oleh porphyria. Juga, pemakanan bit (beets) mampu menyebabkan air kencing mempunyai kilauan merah jambu, kaedaan yang tidak merbahaya dan sementara. 

* Kuning flores/kehijauan Fluorescent Yellow / mungkin disebabkan oleh permakanan vitamin tambahan, terutama vitamin B. 

* Warna kencing kuning gelap biasanya menunjukkan kekurang air dalam badan (dehidration). 



Keruh 

Air kencing keruh mungkin merupakan simptom jangkitan bakteria, tetapi juga diakibatkan oleh pembentukan kristal garam seperti kalsium fosfat. 


Fakta - Pesakit buah pinggang kronik tidak mempunyai air kencing! Urea dan bahan kumuh lain dikeluarkan semasa dialisis. Hasil proses hemodialisis berbau hancing!

~piss~ 

15 April 2011

KEAJAIBAN MOLEKUL AIR




pada semester 3 menuntut di sebuah ipts , diri ini pernah di dedahkan dengan keajaiban yang dirungkai melalui air!

kalau kita sebutkan ehh tak sedaplah air nie..molekul air akan menjadi rupa yang buruk..tetapi kalau kita mengucapkan kata-kata indah pada air tu..molekul air tu akan menjadi cantik !
Seorang ilmuan Jepun Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama telah merintis kajian saintifik tentang molekul air. Hasil kajiannya mendapati air ternyata boleh “mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan dan boleh “mengerti” pesanan.
dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr Masaru Emoto menghuraikan bahawa air bersifat boleh mera-kam pesanan, seperti pita magnetik atau compact disk. Apabila kata-kata yang baik diungkapkan pada air, didapati molukel air terbentuk seperti krsital yang sangat indah dan bersinar.
Manakala apabila kata-kata kesat dan buruk diungkap-kan kepadanya, molukelnya berubah menjadi buruk rupanya dan menggerunkan seperti sel barah. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur.
Beliau juga telah telah membuat kajian ke atas air-air yang dibacakan ayat-ayat suci Quran dan mendapati hasilnya molekul air tadi seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya.
Mengikut hasil kajiannya juga, antara molukel air yang paling cantik bercahaya ialah air zam-zam.Molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar dan berwarna-warni melebihi dua belas warna ! Tidak hairanlah air zam-zam menjadi begitu berkhasiat kerana ianya menyimpan doa jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim a.s.
 Demikianlah juga dengan air kolah masjid yang telah merakam suara azan, bacaan ayat-ayat Quran, zikir, doa dan pengajaran ilmu agama di masjid tersebut.
 
Semakin kuat konsentrasi orang yang berkata-kata atau berdoa pada air, semakin kuat kesannya yang terhasil pada molekul air. 
 
Air boleh memindahkan bacaan tadi melalui molekul air yang lain. Barangkali penemuan ini dapat menjelaskan kenapa air biasa yang dioakan boleh menyembuhkan penyakit.
air menghantar mesej kepada kita semua. Molecule of water will react upon the frequency and the condition surrounding us. This is also together with what we heard and said everyday. Dr. Emoto juda ada publish sebuah buku yang bertajuk "The Message from Water"
Beliau telah memerhatikan molecule air dan menangkap gambar2 molecule air.


Inilah bentuk molecule air yang sebenar tanpa sebarang gangguan. Inilah bentuk yang sepatutnya. Tetapi apakah yang akan berlaku sekiranya kita sentiasa mencarut dan melemparkan kata-kata hina? Kalau kita berzikir dan membaca al-quran selalu, macam mana pula? Satu lagi kalau kita bermeditasi dan bertafakur?

Fujiwara Dam (air yang masih belum disembahyangkan)


Ini molecule air yang diambil daripada Empangan Fujiwara. Selepas disembahyangkan oleh seorang pendeta, beginilah hasilnya.
Fujiwara Dam (selepas disembahyangkan)


Agaknya kenapa molecule jadi agak tersusun? Sebabnya, ayat2 yang disebutkan oleh pendeta Buddha adalah perkara2 yang baik. Sebenarnya, semua agama menyuruh penganutnya buat benda baik. 
 
Tapi ape yang menyebabkan penganutnya susah nak ikut adalah agama mereka sendiri tidak dapat menerangkan secara hati ke hati tentang kebaikan amalan mereka. Berbeza dengan Islam, kita belajar dengan mendalam dan diserapkan ke dalam hati kita mengapa kita harus berbuat baik.

Molecule air seterusnya adalah molecule air yang dibacakan ayat al-quran. Tengoklah keajaibannya.


Unik tak? Kalau diperhatikan, hampir sama dengan molecule air yang sebenar. Nampak tak betapa agungya ayat al-quran? Sehinggakan molecule air menyusun kesempurnaan moleculenya. Kalau air sahaja dah memberi respon macam ni, apatah lagi hati dan jiwa kita yang kita tak nampak.

Ade lagi yang nak diceritakan. Kajian berkenaan dengan apa yang kita dengar dan kita sebut juga telah dijalankan dan hasilnya amat ketara.

 "You make me sick. I will kill you"

 Ayat di atas telah direkodkan dan diperdengarkan kepada air seberapa banyak kali yang mungkin dan begitlah hasilnya. Molecule air pun boleh jadi tak tentu hala dengan ayat sebegitu. Apatah lagi kita? Tambah2 lagi 70% peratus dalam badan kita mengandungi air. So, macam mana?

      Heavy metal music

Inilah hasilnya jika kita memperdengarkan lagu heavy metal. Even the water molecule break apart after hearing this type of song. Maksudnya, orang yang selalu mendengar lagu2 heavy metal, air dalam badannya sudah bercelaru sekaligus menyebabkan fikirannya juga terganggu. SO? Apa lagi yang difikirkan?

Lain pula jadinya kalau kita ucapakan kata yang baik dan merangsang fikiran. Tengoklah molecule air ini.
 Thank You

Love and Appreciation


Ringkasnya, ucapkan sayang kepada keluarga kita dan jangan lupa berterima kasih juga. Ingat tak magic words? Thank you, sorry and please. Jangan main2. Air pun faham apa gunanya dan faedahnya magic words ni. Jangan lupa selalulah guna dalam kehidupan seharian kita agar kita sentiasa ingat siapa pencipta kita dan kita sedar bahawa semua di atas muka bumi ini adalah kepunyaan-NYA. KIta semua sebenarnya penumpang dan peminjam sahaja.

Cuba teka ini molecule air apa? Sangat unik bentuknya dan berkilat. Apakah air ini sebenarnya? Inilah molecule air zam zam. Cantik sangat, kan? Air suci zam zam mempunyai bentuk molecule yang sangat indah dan menenangkan hati. Ini bermaksud, air sememangnya menghantar mesej kepada kita.
 
 Kalau dah tahu pasal benda ini, ajarlah diri untuk sentiasa mendengar perkataan yang baik dan suasana yang tenang. Paling penting sekali zikrullah, betul tak?

diri ini : kepada pembaca di luar sana..seperti yang kita tahu sebelum makan atau minum,,kita sentiasa membaca doa makan atau mengamalkan bacaan bismillah..selain itu juga , dengan membacanya , ia dapat menghindarkan kita dari terkena santau yang dilempar pada makanan / minuman kita .. dengan membaca doa makan/minum..molekul air yan akan masuk ke dalam badan kita juga akan cantik ^^
 
 

10 April 2011

cek kualiti handphone korg!




cek kualiti handphone korg!
1st type kat handfon *#06#

then akan keluar IMEI [ International Mobile Equipment Identity]

semak nombor IMEI handphone korang di kedudukan 7 dan 8

contoh : 35851601 – 393149 – 1 – 50.....*lau contoh ni = no IMEI adalah 01
... utk semak ori ke x handfon tu...let's check it out:

02 or 20 : dari China = LOW QUALITY
08 or 80: dari Germany = FAIR QUALITY
01 or 10: dari Finland = VERY GOOD
00 or 03 or 04: dari kilang asal handphone = BEST MOBILE QUALITY
13 : dari azerbaijan =VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH


















SAYA PUNYA VERY good !