page

nuffnang

10 February 2012

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,



tiba-tiba saya rasa gembira pulak . dulu saya suka warna suram suram sebab itu melambangkan identiti saya tapi sekarang saya dah tak suka warna suram sebab warna suram akan mengkusamkan lagi diri saya yang sememangnya kusam .

kini saya lebih bersemangat dan amat berterimakasih padaNYA kerana meminjamkan saya dunia ini . tapi saya teringin nak jadi wanita muslimah 100% tapi saya tak terdaya . sekurang-kurangnya saya tidak lagi seperti diri saya yang dahulu yang selalu mengeluh . saya tahu ALLAH sayang saya sebab tu DIA memberi saya banyak dugaan .


Alhamdulillah, Allah itu maha pemurah, diberinya saya berlimpah-limpah keindahan selepas saya redha hati bersujud sepenuh padanya. Dan menangis melihat kecantikan semua ciptaannya.
"Aku bersumpah bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah"

Hidayah umpama CAHAYA , mana mungkin dapat ditembusi dalam bilik gelap yang di TUTUP RAPAT. 
 
sama halnya dengan hati..kalau hati sudah menjadi gelap, payahlah hidayah Allah nak masuk ke dalam hati..sementara masih ada kesedaran, sementara masih ada kekesalan dalam diri kerana dosa-dosa yang dilakukan, sementara roh masih di dalam jasad, sementara matahari belum terbit di sebelah barat, bertaubatlah..Allah sayang pada hamba-hambanya yang bertaubat.."Setiap anak cucu Adam adalah pelaku dosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah mereka yang bertaubat." (Hadis riwayat Ibn Majah).
 
 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum / salam sejahtera. Jemputlah komen jika bermanfaat. Terima kasih :)