saya copy je entry ini..untuk tatapan diri saya sendiri..dan juga awak-awak yang sedang membaca entry ini .
Setelah selesai azan, Doa berikut adalah sunat dibaca oleh muazzin dan penganut Muslim lain yang mendengar azan:
Wahai Allah, Tuhan yang menguasai seruan yang sempurna ini dan solat yang sedang didirikan.(Allahumma rabba hadhi-hid da'wa-tit-tamma wa-salatil qae-ma)اللهم رب هذه الدعوة التامة والصلاة القائمةBerikanlah kepada Nabi Muhammad kurnia dan keutamaan(Ati muhammadanil wasilata wal fadeela)آت محمداً الوسيلة و الفضيلةSerta kedudukan yang terpuji yang telah Engkau janjikan untuknya(Wab ath-hu maqamam-mahmuda-nil ladhi wa at-ta)وابعثه مقاماً محموداً الذي وعدته
Azan itu hendaklah dilakukan dengan Tertib dan Muwalat di antara lafaz azan dan Iqamat.
Agama Islam sendiri telah mengajar bahawa jika seseorang itu mendengar azan atau iqamah, walaupun ketika itu dia sedang membaca Al-Qur'an, berzikir, menuntut ilmu atau berdoa, maka sunat bagi orang itu berhenti sekejap untuk menjawab azan atau iqamah.
Sunat juga menjawab azan dan iqamah walaupun dalam keadaan
berhadas, junub, haid atau nifas kerana ianya adalah zikir, melainkan ketika
dalam sembahyang fardu atau sunat, bersetubuh dan qada' hajat (buang air kecil
atau besar) namun sunat dijawab kemudian jika tidak lama jaraknya.
Ini jelas kepada kita sedangkan ketika beramal ibadat juga
kita disunatkan menjawab azan, maka apatah lagi ketika berbuat perkara-perkara
yang lain seperti sedang berbual-bual, menonton televisyen, bersukan dan
sebagainya, bukankah lebih utama baginya untuk berhenti seketika bagi mendengar
dan menjawab azan yang sedang dilaungkan?.
Dalam perkara ini juga terdapat suatu keadaan yang tidak menyenangkan berlaku di mana terdapat sebilangan orang yang seolah-olah tidak mendengar seruan azan apabila ia dikumandangkan, baik ketika berada di dalam masjid atau berdekatan masjid atau di mana saja ia berada.

Begitu juga keadaan di pasar-pasar raya khususnya yang
berdekatan dengan masjid, pada masa seruan azan dilaungkan, ketika itulah juga
lagu-lagu nyanyian dan muzik dimainkan tanpa diberhentikan.
Oleh yang demikian,
sebagai sebuah negara Islam dan selaku umat Islam, kita hendaklah menghormati
azan sebagaimana yang telah diajarkan oleh agama kita.
Akhirnya, ingatlah wahai saudara-saudara sekalian bahawa kita sepatutnya tidak mengabaikan ajaran agama Islam. Mudah-mudahan dengan mengamalkan apa yang diajarkan itu, kita akan menjadi Muslim yang benar-benar beriman dan seterusnya mendapat kejayaan dalam kehidupan serta rahmat dari Allah Subhanahu Wata'ala. Amin Ya Rabbal'alamin.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Juma'ah ayat 9 tafsirnya :
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segerakanlah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dengan mengerjakan Sembahyang Jumaat dan tinggalkanlah berjual beli pada saat itu. Yang demikian adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui hakikat yang sebenarnya".

impianafida.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum / salam sejahtera. Jemputlah komen jika bermanfaat. Terima kasih :)