page

nuffnang

9 February 2013

Pahit Manis Kehidupan Seperti Air Kopi



Alhamdulillah atas  nikmat iman dan islam kini saya masih berterusan dalam agama suciMu ya Illahi. Nikmat yang besar ini wajarnya dihargai dengan memperhambakan diri dengan setulus mungkin kepadaMu tanpa ada sebarang keraguan.




Pahit manis kehidupan semua datang dari kita sendiri . Samaada betul atau salah . Itupun kita yang tentukan . Kita juga yang tentukan benci atau suka . Kita juga yan tentukan pahit atau manis .Kalau sebuah perhubungan dari awal dah pahit pada akhirnya akan terasa kepahitannya juga .Dah tahu lautan pasifik itu dalam Jangan menduga laut yang dalam itu . 

Tiada kegelapan malam yang selama-lamanya, pasti akan muncul siang yang kembali menerangi.

Kalau dah tahu kopi itu pahit kalau tak suka tak payah mencuba nak minum . Akhirnya kita juga yang merasa kepahitan itu . 



Kopi itu pahit jika berdiri sendiri,

tapi kopi menjadi enak apabila digandingkan dengan gula dan susu.

Anda cantik, maka anda boleh berdiri sendiri tapi tanpa keperibadian dan iman yang padu anda ibarat kopi tanpa

gandingan gula dan susu.


Selama mana boleh bertahan??


Sebaik-baik kopi pahit dinilai dari sudut kepahitanya, tapi apabila ada kopi bersusu dan bergula, ia sentiasa lebih disukai dan akan terus disukai.


Petikan Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj


Mujurlah, Tuhan sudah membantu, 'membancuh', hidup kita antara yang pahit dan manis. Cuma apabila kita terlupa kepada Tuhan, pada waktu itulah kita berasa hidup ini hanya pahit semata-mata, ataupun hanya manis yang ada sehingga lupa, hidup kita bukan ada apa-apa maknanya sekiranya hanya berkenaan yang pahit-pahit, ataupun hanya berkenaan yang manis-manis .

Kehidupan sememangnya manis . Teramatlah manis . Tapi kemanisan itu perlu dipanjatkan kesyukuran pada yang Esa . Jangan bila kita sedih sahaja kita dekat padaNya.  
  

kesimpulannya pahit manis kita yang tentukan . kita hanya mampu merancang . tapi tuhan yang tentukan .



#pekena air kopi segra cap tabik dengan encik asben petang cenggini sedap jugak




#Impianafida

4 comments:

  1. itulah suka duka dalam sebuah kehidupan,,sebuat kisah yang akan menjadikan pikiran kita makin matang kerana pengalaman itulah yang mendewasakan kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. its call life..ada bulan ada bintang . ada manis ada pahit. thanks .

      Delete
  2. PAHIT MANIS DLM KEHIDUPAN MEMATANGKAN KITA SEBAGAI SEORANG INSAN..^_^

    ReplyDelete
  3. betul tu.. sepahit2 kopi, nmpk hitam pekat, tapi sgt sedap diminum..
    slm kenal dan follow:
    http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/

    ReplyDelete

Assalamualaikum / salam sejahtera. Jemputlah komen jika bermanfaat. Terima kasih :)