nuffnang

19 February 2013

Pengurusan Kewangan



Individu yang mencipta kejayaan cemerlang memulakan usaha dengan yakin pada diri. Semangat berdikari dan tidak mudah menyerah kalah.

Jika berdepan masalah atau kegagalan, itu satu kenyataan yang mesti diterima dengan hati dan fikiran terbuka. Apa yang penting, jangan mudah patah semangat. Pertolongan Allah akan datang daripada segenap penjuru yang tidak disangka membantu mereka yang tidak berputus asa.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah, melainkan kaum yang kafir.” – (Surah Yusuf, ayat 87) 

 Yakin diri lahir daripada individu yang mengenali kelebihan dan kelemahan diri sendiri. Kelebihan dianugerah Allah adalah amanah untuk melakukan kebaikan. 
 Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya jika bersyukur kamu, akan ditambahkan untuk kamu. Dan jika kufur kamu, sesungguhnya azab-Ku adalah sangat pedih.” – (Surah Ibrahim, ayat 7)

Justeru, jangan bersifat pasif dalam usaha mencari rezeki. Usaha mesti dilipat gandakan dan bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan Allah. Manusia digalakkan supaya berdoa memohon kepada Allah untuk mendapat kehidupan lebih baik.

ada pandangan saya,
Kita sebagai umat islam seharusnya peka dalam mencari rezeki. Persoalannya disini terpulang pada diri kita bagaimana kita hendak urusankan sumber pendapatan kita. Apa yang dapat saya kongsi disini kita berbelanja mengikut kemampuan kita.


 Gaji yang kita terima setiap bulan kita bahagikan kepada 3 bahagian.

1)Yang pertama kita bahagikan gaji kita 70% dari gaji kita gunakan sebagai expenses.


2)Yang Kedua kita bahagikan 10% gaji kita sebagai simpanan semasa (bertujuan kita boleh gunakan pada waktu-waktu kecemasan)>


3)Yang ketiga kita bahagikan 10% gaji kita sebagai simpanan tetap (Bertujuan sebagai simpanan utk kita buat bayaran rumah atau kereta.


4)Yang keempatan kita bahagikan 10% gaji kita untuk Insurans (dengan adanya simpanan ini kita boleh gunakan untuk menampung kos-kos perubatan + simpanan)


Dengan adanya simpanan begini, kita akan selamat dan bebas dari masalah hutang.PwPengurusan Kewangan

satu lagi punca kewangan adalah daripada pendapatan kedua . Macam cik impianafida ini .

shawl
prepared my own

Bidang salun dah terjun . sekarang boleh terjun bidang boutique pulak .
20 tahun akan datang I nak bagi boutique I pada anak perempuan I walau apa jua kerjaya dia
masa dia kecik lagi I nak latih dia dalam bidang ni

Photo: #rezeki #halal


berniaga itu sunnah nabi muhammad s.a.w kerana nabi juga seorang peniaga.
 
Kalau tak salah saya, perkara sesuatu menjadi sunnah nabi sekiranya nabi dulu melakukannya. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila lawati halaman Jabatan Agama. Macam-macam boleh belajar dari halaman ini.

Satu lagi, sebagai seorang peniaga dan muslim, saya sangat sangat mengesyorkan orang islam di malaysia ini berniaga.

pelik saya melihat MALAYSIA negara islam, dengan majoriti islam, tapi orang islam tiada langsung kuasa ekomomi.

COMPLETELY DEFENSELESS in the world of economy, COMPLETELY DEFENSELESS in the economy of the world.

Orang lemah akan dibuli terus. Orang bodoh akan deperbodohkan terus.
 
Kalau mahu Islam dihormati, beri sebab kenapa islam harus dihormati. Tanggung jawab semua ummat islam untuk memberikan sebab untuk islam dihormati. 

Dalam dunia materialistik ini, kalau mahu islam dihormati, jangan jadi lemah. Tiada salahnya kalau Islam menjadi kuat dalam ekonomi.


Impianafida

 #tak sempat nak blogwalking , masa sangat terhad . 'lapang sebelum sempit' . salam .

14 comments:

  1. pelaburan jangka masa panjang..:)

    ReplyDelete
  2. Bagus adik akak ni..pandai dlm bab kewangan.beruntung sape dpt afisya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sis . bukan ape..kena fikir masa depan sendiri.kte tak tahu ape yg belaku di masa hadapan . orang dah 25 tahun kahwin pun boleh cerai . peringatan untuk diri saya sendiri. :D

      Delete
  3. Assalamualaikum fida, bagus entri ni. sheila pun dulu pernah berniaga. skrg stop kejap. insyallah nak sambung balik meniaga. heheh umat Islam kena kuat agar tidak dipandang lemah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam adik . insyaallah lepas nie adik sheila boleh sambung . semoga berjaya :)

      Delete
  4. Assalamualaikum yang, sheila tag kamu dalam satu giveaway. jemput join ye. hadiah menarik! hehehe

    http://www.sheilashahfiekry.my/2013/02/giveaway-gempak-bersama-nazlyizan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummusalam . ada masa fida join okay :)

      Delete
  5. berniaga pun impian nad..tunggu pengurusn kewngn stabil

    ReplyDelete
  6. Woow..suka entri ni..mengurus kewangan..JM ni tak pandai nk urus..belasah jer balanja lepas dpt gaji setiap bulan..tp selepas langsaikan semua utang lah..skrg pulak berjinak-jinak menjual Pure Marine Collage..rumpai laut dari sabah tu..Afisya tak perlu mkn lagi collage tu sbb dah cantik..ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. fisya merancang je akak JM .. hehe Semua orang ambik supplement anak cantik..eh JM ni..mana la ade cantik kulit ni hah..kat luar tak sama macam dalam gambar. hehe . Jm penjual Pure Marine Colloge pasti kulit cantik :)

      Delete
  7. Perkongsian yang menarik ..
    pengurusan kewangan mesti mantap

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam . betul tu
      hidup perlu merancang .. kewangan mesti kukuh baru bahagia tercipta .

      Delete

assalamualaikum / salam sejahtera ! i am afisya afida.