page

nuffnang

8 February 2013

Setia Hujung Nyawa


Bukan nak bercerita pasal drama tersebut . Tapi nak menyampaikan isi kandungan dalam drama itu .
 

 semalam episod akhir setia hujung nyawa . Seriously I tak pernah nak menonton drama itu sebab ketiadaa masa dan tak rasa nak tengok pun . Semua orang bercerita pasal citer tu . Episod last I tengok aa semalam . Lastnye Zain pun penah terlanjur dengan orang lain sama dengan eL.

perempuan baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya .

secara ringkasnya sebab itu adanya perceraian dalam islam 

sebenarnya I pun tak faham maksud ayat  tu

walaupun I tak faham..I tahu semua itu rahsia ilahi dan kita perlu berfikiran positive 

 Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia.

Wanita yang baik tidak akan bersama dengan suami yang jahat. Seandainya mereka telah dijodohkan bersama, mereka tetap tidak akan dapat bersatu.

 Sebab itu dalam Islam sendiri perceraian adalah perkara yang halal. 

Bukan haram. 

Meskipun begitu, ia adalah perkara halal yang paling dibenci oleh Allah.

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)


“Lelaki penzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik, yang demikian itu diharamkan atas orang-orang mu’min. (An-Nur : 3)”

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.“
Ayat ini lebih umum.. nak kahwin dengan siapa pun takde masalah.. maka, dari segi hukumnya, sah pernikahan antara lelaki dan perempuan.. sama ada kedua2nya penzina, mahupun salah seorangnya adalah penzina.

Ayat 3 dalam surah an-Nur bukanlah ayat larangan bernikah, sebaliknya ayat yang mengecam / mengutuk / mengeji perbuatan sang penzina itu, bahawa ianya tak layak (dari sudut kafa’ah – sekufu) untuk bernikah dengan orang mukmin dan soleh.. 

Sekalipun ayat itu dinasakhkan (dimansuhkan hukumnya) dengan ayat ke 32, tetapi ianya dari sudut hukum saja.. ayatnya masih ada dan masih memberi ‘ibrah (pengajaran) tertentu, iaitu secara lumrahnya, orang yg baik hanya akan berkenan dengan orang yg baik juga.. orang yg jahat akan berkenan dengan orang yg jahat juga.. tapi, itu tak semestinya berlaku.

Ada juga situasi yg mana seorang lelaki yg baik, tapi jodohnya dengan seorang wanita yg jahat.. begitu juga ada wanita yg baik, tapi jodohnya dengan lelaki yg jahat.. boleh amik pengajaran daripada kisah Nabi Luth a.s. dan kisah Asiah, isteri Firaun.

Namun, persoalan ‘jahat’ ini masih relevan sekiranya seseorang itu masih lagi terlibat dengan maksiat tersebut.. Sebaliknya, jika beliau telah bertaubat, maka bukanlah dikatakan sebagai orang yg jahat lagi… kerana dikira telah bersih daripada kejahatannya


keluarga yang soleh bermula dari hubungan suci . Impianafida .

#setiahujungnyawa 


2 comments:

Assalamualaikum / salam sejahtera. Jemputlah komen jika bermanfaat. Terima kasih :)