nuffnang

16 January 2015

My E-day Planning

Assalamualaikum

Setiap perempuan impikan sebuah pertunangan.Sebab kewangan tak berapa kukuh aku dengan si dia..aku plan tak payah bertunang..nak merisik je.Kiteorang tak pun tak ada saving langsung at all !! kat JB gaji 5 ribu pun tak cukup..Tiba-tiba mak dia call ibu aku dan dorang setkan tarikh.Aku pun tak pernah plan bila nak tunang.So tarikh pilihan parent kiteorang.2 weeks nak settlekan semua perkara.Minggu pertama just arrange nak makan apa,baju tema apa,cari pelamin,barang hantaran dan juga fotografi.Masa tu aku kat Johor lagi..4 hari sebelum majlis aku bertolak ke kampung,Kelantan.

Mula-mula tempah laksa penang dan laksa lemak,sebab tak ada masa so tempah je laksa,aku pula cucu sulung sepupu pulak berapa orang je yang dah besar panjang.Saudara mara semua jauh.Ibu cakap tak ada kakitangan nak masak nasi.Lepas tu aku rasa kesian pulak rombongan belah laki sejam dari rumah so bile dah sampai mesti lapar kan..bila fikir balik nak ambik katering,lepas tu nenek kater ''tak payah ambik catering,membazir..aku pun boleh masak''.So bab makanan dah settle.

Dah alang-alang bertunang..pe lagi berangan la nak pelamin macam ni simple dan kemas sesuai dengan usia aku yang senja ni hehe

Tapi sebenarnya kita tak boleh ikut orang..analisis diri kita..aku selalu jugak analisis diri..nak bercinta kena ada duit..tak bermakna orang tak ada duit tak boleh bercinta..maksud aku bukan macam money not everything tapi segalanya memerlukan duit.

Kalau ikutkan harga pelamin kat atas dalam 1k lebih..kalau design yang bawah ni aku cari gambar lepas tu servey harga kat bridal ada yang bagi RM750 lepas tu servey lagi dan lagi..aku ada jumpa bridal ni rupanya dekat je dengan rumah aku..pelamin cam kat bawah ni RM300..so aku dah dapat jimat banyak dah.Sewa baju minggu kedua.Minggu pertama aku servey tapi setakat ni RM120 so tak confirmkan lagi bab baju.


Bab baju pulak kalau boleh aku nak ada la kaler sikit kan..tapi dia cakap kaler pearl so aku setuju je.Sebenarnya aku okey je warna pape pun.

Total kasar RM yang dah abes untuk minggu pertama
  1. Pelamin       RM 300
  2. Jurugambar RM 350
  3. Kek RM 50 + apam mekar RM26/100 pcs
Minggu kedua :
  1. Sewa baju RM 200
  2. Beli barang hantaran
  3. Makeup 100
  4. Beli barang untuk decoration
  5. Cincin belah rotan dan Cincin suasa 
bersambung :D

2 comments:

  1. Assalamualaikum awak. wahh bestnya preparation.. buat setakat yang kita mampu je ye dak. ehehhee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam sheila..bersederhana..kalau mampu dah buat grand dah hehe

      Delete

assalamualaikum / salam sejahtera ! i am afisya afida.