nuffnang

5 March 2015

Kesedihan itu ujian dari ilahi


Hari ni aku rasa sedih sangat.Rupanya itu ujian dari ilahi.

Jika ada di antara kamu dua puluh orang penyabar, nescaya mereka akan mengalahkan dua ratus orang. Dan jika ada di antara kamu seratus orang (penyabar), nescaya mereka akan mengalahkan seribu orang kafir.” (QS. 8: 65)

Hari ini dugaan yang agak berat untuk ditempuhi.Bayangkan setiap hari kita melihat seseorang entah kenapa sukarnya dia melontarkan secalit senyuman.Pada mulanya aku open mind pujuk hati.

''kau tak kenal dia sebab tu tak tak boleh assume dia seorang yang berlagak padahal sesen pun tak ada''

Lebih kurang macam tu lah aku memujuk sendiri.Namun disebabkan desakan kerja aku terpaksa berkerjasama di dalam satu kumpulan untuk menjayakan lawatan industri.Pada mulanya 

'' Muka dia je serius tapi dia baik je''
pujuk hati ini lagi

Bila dah 3 hari berkerja sama dengan dia..aku rasa i cannot go !!

Bila aku tanya berkaitan kerja yang akan dilaksanakan..dia asyik marah-marah aku tanpa sebab..and yes sebab aku tak ada transport,boleh pula dia kata 

''jangan nak buat alasan aku pown tak ada transport jugak''

aku sentap jap

terfikir

semua ayat dia balas pada aku semuanya macam aku ini tak ada perasaan
mungkin dia nampak aku 'slow' je
semestinya aku tiada kepentingan pada dia

Semenjak aku dalam kumpulan tu bersama dia..dah banyak air mata yang keluar mengenangkan apa yang dah berlaku

Hari ini nampaknya aku tersedar dari lamunan.Sebenarnya itu ujian dari ilahi.Kenapa aku perlu bersedih untuk hal yang remeh temeh.Sejujurnya aku tak pernah menghadap perangai manusia yang begitu bengis.Aku terfikir adakah dia akan menjawat jawatan yang tinggi suatu hari nanti ? Bagaimana pekerja bawahan akan menghadapi sikapnya yang sedemikian rupa.Rezeki allah itu sungguh meluas.Aku punya banyak dosa.Mungkin ujian ini berjuta hikmah yang ada di dalamnya.

dan hari ini semakin tabah..bila sedih selalu dapat semangat dari si dia.Itulah cinta sejati.Hehe

Kehidupan manusia tidak sentiasa kering, tetapi pasti ada hujan kegembiraan dan juga pelangi rahmat daripada Allah SWT. Maka sebagai hamba yang beriman, kita perlu yakin dan berbaik sangka dengan Allah. Kita perlu tahu bahawa setiap ujian itu pasti ada gantian yang lebih baik untuk kehidupan masa hadapan kita. Firman Allah SWT: “Sesungguhnya setiap kesulitan itu pasti akan kesenangan”. (Surah al-Syarh: 5). 

Kesabaran adalah daya tahan psikologi yang menentukan sejauh apa kita mampu membawa beban, dan sekuat apa kita mampu survive dalam menghadapi tekanan hidup.
Mereka yang memiliki sifat ini pastilah berbakat menjadi pemimpin besar. 

“Dan Kami jadikan di antara mereka sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka bersabar dan mereka selalu yakin dengan ayat-ayat Kami.” (QS. 32 : 24).


No comments:

Post a Comment

assalamualaikum / salam sejahtera ! i am afisya afida.