nuffnang

14 September 2015

My birthday 07 sept



Alhamdulillah masih bernafas,dah kawin pun, tunggu anak-anak keluar je ni hehe

Jaga ISTERI memang SUSAH
Jaga ISTERI memang PENAT
Jaga ISTERI memang RIMAS
Jaga ISTERI memang STRESS
Tapi ISTERI yang jaga ANAK lagi SUSAH
Tapi ISTERI yang jaga ANAK lagi PENAT
Tapi ISTERI yang jaga ANAK lagi RIMAS dan MELEMASKAN
Tapi ISTERI yang jaga ANAK 1001 kali STRESS
Tahu tak kenapa ISTERI MARAH-MARAH?
Tahu tak kenapa ISTERI KUAT MEMBEBEL
Tahu tak kenapa ISTERI KUAT MERAJUK?
Tahu tak kenapa ISTERI MULUT BISING?
Ketahuilah..
Yang marah-marah
Yang membebel-bebel
Yang merajuk
Yang mulut bising
Itulah..
yang memeriahkan RUMAH kamu wahai SUAMI
yang menyedarkan kamu wahai SUAMI
yang banyak membelai kamu wahai SUAMI
yang banyak memeluk kamu wahai SUAMI
dan WANITA itulah yang sanggup BERSUSAH SENANG bersama kamu wahai SUAMI
tanpa mengira betapa terluka dengan cara dan layanan kamu wahai SUAMI
Kerana ISTERI rezekimu bertambah
Kerana ISTERI maka lahirlah zuriatmu
Kerana ISTERI makan pakaimu terjaga
Kerana ISTERI tenang fikiranmu
Kerana ISTERI yang sanggup menerima kamu seadanya😊
Janganlah sakiti hatinya
Ingatlah setiap pengorbanannya
Walau kecil di matamu, namun amat besar di matanya
Setiap airmata yang mengalir untuk suami dan anaknya adalah satu tanda..
Sama ada dia bahagia atau duka
Hargailah ISTERImu seperti IBUmu
Kerana kamu pasti akan tahu betapa berharganya mulut bising yang kerap kamu anggap menjengkelkan,
Saat kamu kehilangannya suatu hari nanti
Dan ketahuilah
Kamu pasti akan merindui... bebelannya...
terima kasih awak :D

Pre birthday ni kat Pizza Hut hehe

Kat sini tak ada air, makan pun dalam polisterin..susahnye nak makan dalam tu

''selamat hari jadi awak, semoga kita kekal sampai bila-bila ''
'' awak..saya beli kek untuk awak..nanti kite makan sama-sama ek''

terharunye :D

Terima kasih awak..saya pun harap kita sentiasa bahagia..susah senang kite bersama-sama. Kite hidup tak mewah tapi nak pegi mana-mana still boleh jalan lagi. Semoga kemewahan itu milik kite. 

Kek asikrim cokelat

1st time dapat kek hari jadi, kalau kat kampung selalu abah belanja makan..dia tanya nak makan ape..jawapan aku sate sate dan sate je la..tahun ni tak dapat makan sate lagi. Rase nak makan sate ( Baby ni nak makan hihi)


love you

1 comment:

assalamualaikum / salam sejahtera ! i am afisya afida.