page

nuffnang

Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

14 September 2015

My birthday 07 sept



Alhamdulillah masih bernafas,dah kawin pun, tunggu anak-anak keluar je ni hehe

Jaga ISTERI memang SUSAH
Jaga ISTERI memang PENAT
Jaga ISTERI memang RIMAS
Jaga ISTERI memang STRESS
Tapi ISTERI yang jaga ANAK lagi SUSAH
Tapi ISTERI yang jaga ANAK lagi PENAT
Tapi ISTERI yang jaga ANAK lagi RIMAS dan MELEMASKAN
Tapi ISTERI yang jaga ANAK 1001 kali STRESS
Tahu tak kenapa ISTERI MARAH-MARAH?
Tahu tak kenapa ISTERI KUAT MEMBEBEL
Tahu tak kenapa ISTERI KUAT MERAJUK?
Tahu tak kenapa ISTERI MULUT BISING?
Ketahuilah..
Yang marah-marah
Yang membebel-bebel
Yang merajuk
Yang mulut bising
Itulah..
yang memeriahkan RUMAH kamu wahai SUAMI
yang menyedarkan kamu wahai SUAMI
yang banyak membelai kamu wahai SUAMI
yang banyak memeluk kamu wahai SUAMI
dan WANITA itulah yang sanggup BERSUSAH SENANG bersama kamu wahai SUAMI
tanpa mengira betapa terluka dengan cara dan layanan kamu wahai SUAMI
Kerana ISTERI rezekimu bertambah
Kerana ISTERI maka lahirlah zuriatmu
Kerana ISTERI makan pakaimu terjaga
Kerana ISTERI tenang fikiranmu
Kerana ISTERI yang sanggup menerima kamu seadanya😊
Janganlah sakiti hatinya
Ingatlah setiap pengorbanannya
Walau kecil di matamu, namun amat besar di matanya
Setiap airmata yang mengalir untuk suami dan anaknya adalah satu tanda..
Sama ada dia bahagia atau duka
Hargailah ISTERImu seperti IBUmu
Kerana kamu pasti akan tahu betapa berharganya mulut bising yang kerap kamu anggap menjengkelkan,
Saat kamu kehilangannya suatu hari nanti
Dan ketahuilah
Kamu pasti akan merindui... bebelannya...
terima kasih awak :D

Pre birthday ni kat Pizza Hut hehe

Kat sini tak ada air, makan pun dalam polisterin..susahnye nak makan dalam tu

''selamat hari jadi awak, semoga kita kekal sampai bila-bila ''
'' awak..saya beli kek untuk awak..nanti kite makan sama-sama ek''

terharunye :D

Terima kasih awak..saya pun harap kita sentiasa bahagia..susah senang kite bersama-sama. Kite hidup tak mewah tapi nak pegi mana-mana still boleh jalan lagi. Semoga kemewahan itu milik kite. 

Kek asikrim cokelat

1st time dapat kek hari jadi, kalau kat kampung selalu abah belanja makan..dia tanya nak makan ape..jawapan aku sate sate dan sate je la..tahun ni tak dapat makan sate lagi. Rase nak makan sate ( Baby ni nak makan hihi)


love you

30 June 2015

Surviving



Macam mana nak survive dengan kehidupan di bandar JB ni. Keluar rumah je ialah ''DUIT''

Dulu masa couple masa tengah sweet mweet dulu kiteorang beli rumah Taman Scientax di Pasir Gudang dengan harga 200K. Sekarang ni rumah baru je 20% dalam pembinaan.(according to bank letter). Masa tu kena bayar cost guaman RM6000. Bayar semua blacklist dan juga CCRIS. CRIST alarm kereta RM6000, Maxis broadband dah lama tak guna pun di blacklist jugak RM2000 dan AEON RM730. Bila dah settle semua saving dah habis totally zero. Lepas tu rezeki kami untuk bertunang. Lepas bertunang tak ada masalah financial langsung kecuali masa tu husband (masa tu tunang) kiteorang dalam sebulan 2 kali je meeting sebab sebab dia kena start from zero untuk kumpul duit hantaran dan jugak majlis bertandang di rumah parent dia. So far alhamdulillah perkahwinan kami berjalan dengan lancar. Seminggu sebelum akad nikah husband dapat offer keje di singapore dengan gaji yang lebih baik daripada sekarang. Gaji kat Malaysia ni cukup untuk bayar hutang. Belajar untuk bayar hutang.

Hutang je dah 3600. Gaji 4000 berapa sen aje yang tinggal ? Aku rasa semua pengantin baru mengalami masalah yang sama kecuali tiada komitmen rumah dan tiada pertukaran tempat kerja.




Bulan ni semua dah bayar 1737.00 kecuali kereta dan rumah baru belum bayar lagi. Bulan ni kereta dan rumah tertunggak. Bulan depan semua bil pulak tertunggak sebab nak bayar kereta dan rumah . Semoga aku dan suami tabah menghadapi dugaan ini. Lepas ni belajar guna dollar singapore.



#zaman sekarang ni duit laki untuk bayar kesemua hutang dan gaji bini untuk perbelanjaan isi rumah. Kawan aku kater nak duk rumah jaga anak(kalau tak ada education tak payah cakap nak jaga anak sebab kau memang tak ada education..dan aku respect degree holder berhenti keje sebab nak jaga anak)

#jangan hina perempuan berkerjaya tak mampu nak jaga anak. Sebab dunia ni roda.







24 December 2014

Menjadi Pengguna yang Bijak


Semalam beli Oligo 3 in 1,Vico 3 in 1,Nescafe 3 in 1 -kopi tanpa rasa pahit,Pen Highlight sebatang dan Dettlo Shower offer selalu RM21.90 tapi masa tu RM 14.90.Terkejut jap total RM 61.35.Bukan nak berkira tapi selalu beli time offer..tapi kali ni beli 3 in 1 semua tak ada offer.Terasa jap haha..


Bila kita selalu beli sendiri kita akan tahu benda tu murah ke mahal.Contohnya kertas Double A kalau tak offer harga dia RM12.90.Kalau offer RM 9.90 (selalu kat tesco dapat harga ni).Walau tak beza banyak at least penjimatan tu ada.Aku pun dah belajar berjimat dah.

Seringkali ingtkan pada diri sendiri kita kena jadi pengguna yang bijak.Pilihan di tangan kita.Kalau pasaraya banyak boleh la demand nak pilih mana nak pegi tapi masa tu tak ada pilihan.

Aku tak ada masa sangat nak ambik point pasaraya mana yg ada sale..maksud aku barang dapur.Kalau shopping baju tu aku tak kisah sangat pun bukan hari-hari beli baju.

Sebagai pengguna yang bijak,kita perlu berbelanja secara sederhana dan mengikut kemampuan.Pengguna bijak perlu memilih barangan atau perkhidmatan yang memberi nilai terbaik untuk wang - value for money .

Selalu dengar orang kater '' barangan berjenama tak semestinya bagus''

Pada aku..aku sentiasa mementingkan kualiti dan bukan pada kuantiti.
Shower yang murah,dia cair..shower yang ada jenama sikit..dia pekat..sekali picit je buih dah banyak dan cukup untuk satu badan.Kalau yang murah..cair..letak atas tangan dah menitis celah-celah jari..pastu kena picit lagi..kena guna dalam kuantiti yang banyak.So cepatlah dia habis berbanding yang berjenaa tadi tu.

Sama juga dengan deodorant brand 'James Bond,Men' RM 45(offer price).Boleh tahan lama..sekali calit dah bau macam pakai perfume..maunye tahan sampai berbulan-bulan.

So I choose for quality.Pengurusan kualiti pun dititiberatkan dalam pengurusan projek dan apa-apa pengurusan.Hehe

Dengan penjimatan sale/discount/offer kita dah boleh berjimat untuk bayar bil elektrik dan air dan juga pelbagai bil lain.

''officemate saya tu..bini dia bagi botol air tupperware..bekal air g keje''

''lepas ni saya beli penyangkut botol air dalam kerete kite ek''
''nanti saya beli bekas pakai buang untuk awak bawa bekal g keje..hihi''

''awak bukannya rajin pun..nak drive pun malas inikan nak bangun pukul 4/5 pagi 
untuk buat breakfast bekal untuk saya g keje''

''saya pun kena bangun awal jugak nak g sekolah..hehe''

Nak aplikasikan Psikologi Pendidikan jap dalam entry ni..sebenarnya kalau suami kita asyik makan kat luar je hasil air tangan orang lain..lambat laun kasih sayang dalam rumah tangga akan hilang tanpa kita sedari.Contohnya potong sayur,menumis,menggoreng,menyiang ikan dan lain-lain dilakukan oleh tukang dapur kat kedai di luar..so hari-hari suami kita makan hasil air tangan dari orang lain.Kita nak ke selalu macam tu ? Faktor yangpengaruhi psikologi seseorang adalah melalui pemakanan.Sebab tu dalam islam perlu menjaga pemakanan.Kesan psikologi amat mendalam.Hanya orang yang belajar psikologi akan tahu maksud tu.Kalau orang tak belajar pun..kalau dia renung dalam-dalam..dia pun akan tahu apa maksud yang saya ingin sampaikan.

Kesimpulannya,
Jadilah pengguna yang bijak.Mulakan penjimatan untuk masa depan.




 


9 November 2013

Buat Kerja Kerana Allah


Assalamualaikum

Sedang menyiakan 99 assignment untuk di submit pada Disember 
Ya Allah terlalu berat untuk melalui semua ini 
Nak menggoreng kertas kerja bukan senang 
Walau ad acopy paste sekalipun kita juga tidak ingin ia tidak berkualiti

tapi kali ini aku memang banyak kerja 
 Bukan buat-buat sibuk 
So bila weekend guna masa kaw-kaw untuk bercuti
nk chatting ? sorry i dont have time to text

Ni belum jadi pengarah ILJTM lagi ( Insyaallah Amin )


 
 tetamu undangan di wajah



Buat Kerja Kerana Allah..
Jangan diungkit walau sezarah
Hati tidak berasa gundah
Perasaan tidak mudah marah
Segala urusan menjadi mudah
Kerja tidak menjadi susah
Tenaga tidak menjadi payah
Fikiran tidak keluh kesah

Buat Kerja Kerana Allah..
Terlari niat membawa padah
Hati hendaklah sentiasa di lembah
Letakkan diri dipaling bawah
Menyimpan ujub adalah barah
Halatuju menjadi terarah
Ketaatan tidak di tarah-tarah
Komitmen bersama mudah di kerah

Buat Kerja Kerana Allah..
Bakti hendaklah sentiasa di curah
Segala pujian dianggap dadah
Keaiban diri harap di dedah
Mimpikan pangkat mengundang parah
Segala keputusan adalah musyawarah
Segala kesusahan di lihat riadah
Segala kelebihan adalah anugerah

Buat Kerja Kerana Allah..
Rezeki subahat haram menjadi darah
Hak orang jangan di jarah
Kuasa makhluk tidak disembah
Musuh tidak mudah mengacah
Kawan jangan dijadikan amah
Maksiat jangan dibiar bernanah
Punca masalah hendaklah dirajah
Perbualan jangan ditambah perencah

Buat Kerja Kerana Allah..
Jangan takut turun kelembah
Bisikan hendaklah selalu dilapah
Harapan kawan bersama dicecah
Kelebihan kawan jadikan madrasah
Hal yang kecil jangan direnyah
Prinsip jangan mudah goyah
Kelemahan kawan jangan digeledah

Buat Kerja Kerana Allah..
Pasti tahu membezakan antah
Rahsia disimpan bukan dimuntah
Mendoakan kawan menjadi lumrah
Amalan kebaikan bercambah-cambah
Syaitan pasti gagal meludah
Pintu syak ditutup dengan mas merah
Kepada nafsu jangan mengalah

Buat Kerja Kerana Allah..
Jangan sekali terasa culah
Jauhkan tamak utamakan barakah
Keazaman jangan dibiar lelah
Diri jangan dibiar berkelah
Perut jangan makanan berkolah
Ilmu hendaklah sentiasa bersekolah
Ibadah biar tinggi menggalah
Kepuasan jangan dibiar sudah
Semangat biar sehebat Handzalah

Buatlah Kerja Kerana Allah..
Kerja bukanlah main redah
Diri tidak menadah-nadah
Tiada bezanya yang punya ijazah
Alhamdulillah dibibir sentiasa basah
Zikir dihati sentiasa menerjah
Setiap waktu ditikar sejadah

Buat Kerja Kerana Allah..
Dengan kawan sentiasa berhemah
Pada yang dengki jangan disumpah
Kelemahan kawan jangan dilihat sampah
Jangan juga dianggap masalah
Usahakan kebaikan sentiasa bertambah
Supaya yang gelap dapat di cerah

Buat Kerja Kerana Allah..
Pendapat orang jangan disanggah
Pendapat sendiri jangan terasa gah
Kekurangan kawan jangan disesah
Perkataan baik sentiasa dimadah
Keharmonian persahabatan sentiasa di asah
Jangan membuat sahabat resah
Rezeki dikumpul untuk ke Mekah
Bukannya untuk bermegah-megah
Latihlah diri menjadi tabah
Maruah jangan dibiar murah

Buat Kerja Kerana Allah..
Segala perlakuan menjadi ibadah
Segala penyelewengan terasa bersalah
Rasakan kerja semuanya indah
Hendaklah sentiasa bermujahadah
Hindarkan segala sifat mazmumah
Himpunkan segala sifat mahmudah
Persahabatan jangan dipecah-pecah
Tiada yang mustahil semuanya munasabah
Orang jangan di acah-acah
Ehwal kawan sentiasalah jengah
Segala bantuan jangan dilengah

Moga semuanya mendapat inayah
Agar terbuka pintu hidayah
Terlindung dari segala jenayah
Ingatlah selalu pesan Abah
Ingatlah pula pesan Rasulullah
Hanya pada Allah kita berserah



#BicaraSufi

be yourself dont to be HIPOKRIT
benda yang paling memang tak boleh berkompromi
sebab itulah begitulah aku
kadang kita kena tunjuk perasaan kita baru la tak dipijak
 

2 November 2013

Saya bukan perempuan cantik


Assalamualaikum . Salam satu Malaysia . 
Dah lama kan tak menulis 
Banyak masa terluang tapi bukan menghadap pc 
 Biasalah banyak menghabiskan masa di kelas


Nak upload gamba sendiri pun malu dan segan rasenya ..ye la saya ini tidak secantik blogers yg lain..dan saya bersyukur..dengan kecantikan yang tidak seberapa itu rasanya bersyukur pada ilahi kerana aku dilahirkan sempurna


BERSYUKUR SEBAB TAK CANTIK.

kerana saya tak cantik, saya tidak menjadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yg rosak akhlaknya.

kerana saya tak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

kerana saya tak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

kerana saya tak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

kerana saya tak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, kerana saya tak cantik akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.

peling penting kerana saya tak cantik, saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa



Jadi bunga seindah mawar berduri,
Yang menjadi impian setiap Muslimah
Yang indahnya bukan untuk lelaki,
Tetapi untuk permata yang bernama ”SUAMI”









#impianafida



25 August 2013

Bukan Insan Lemah


Assalamualaikum


Saban hari, diriku kini dihimpit dengan kerja-kerja yang bertimbun-timbun dari semasa ke semasa. Tanpa ku sedari, hal ini menyebabkan diriku begitu tertekan dengan suasana yang kelam kabut dan tidak tersusun. Apakah diriku ini sebagai alat menaip yang ditugaskan untuk menyiapkan kerja-kerja yang diberi oleh para pensyarah? Atau diriku ini merupakan computer yang mempunyai ‘harddrive’ untuk menyimpan segala informasi yang ku miliki sewaktu kuliah? Ku merenung jauh perjalanan hidupku dengan tenang selepas menunaikan solat farduku. Aku meneliti setiap inci ruang yang ku habiskan melaksanakan tuntutan fardu kifayah yang sudah ku laksanakan dan bakal ku laksanakan.

Ibuku pernah menasihatiku, malah ayahku sering mendorongku untuk melaksanakan yang terbaik dalam hidupku. Tetapi, aku gagal menghayati tuntutan mereka dengan menzalimi diriku dengan tidak mengatur strategi yang sewajibnya dalam melaksanakan kerja-kerja yang telah diberi. Aku bukan insan yang lemah. Aku sering berdoa pada Allah Rabbul Jalil, untuk memperkuatkan diriku ini. Walaubagaimanapun, aku sedari, ilmu akademik begitu tidak mencukupi untuk aku menjadi insan yang hebat. Aku perlukan perancangan dan perencanaan semasa, malah paling penting aku memerlukan ilmu untuk mengenal Penciptaku malah belajar merencanakan hidupku dengan baik mengikut ad-deen islam. Dalam firman Allah:

“Maha suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqan kepada hamba-Nya agar ia menjadi peringatan kepada seluruh alam” (Al-Furqan: 1)

Aku mendapati, setiap permasalahan yang kuhadapi sekarang ini mengakibatkan diriku mudah lari dan tersasar jauh dari focus dan matlamat sebenar diriku sebagai hamba dan khalifah Allah dimuka bumi ini. Harapan yang ku luahkan pada sekeping kertas dan kutampalkan pada dinding meja ‘study’ ku kian kabur dan musnah. diriku sebenarnya bercita-cita untuk menjadi anak yang soleh, mampu mendapat gred yang tinggi dalam peperiksaan, menjadi insan yang muttaqin dan ubudiyyah pada Allah dan diriku berhasrat juga agar ku menjadi insan yang hebat dalam jemaah. Tapi kadang kala, walaupun ia diuraikan pada sekeping kertas, masih lagi diriku luput untuk melaksanakan setiap tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadaku. Walaubagaimanapun, Aku masih lagi mengingati pesanan Allah swt dalam surah Ali ‘Imran: 110 yang bermaksud:

‘Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk umat manusia, kamu menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan kamu beriman kepada Allah’

Didalam ayat ini, Allah swt memberikan sesuatu ‘guide line’ pada diriku sebagai pendokong agama Islam yang mempunyai tanggungjawab dan juga matlamat. Tidak sia-sa diriku sebenarnya kerana aku mempunyai kekuatan yang telah diberikan Allah seperti ayat diatas dan seperti didalam firmanNya yang lain di dalam Al-Quran.

“Orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mencegah perbuatan munkar dan kepada Allah kembali segala urusan” (Al-Hajj:41)



Diriku kini betul-betul yakin bahawa aku tidak perlu lagi berpegang pada peraturan manusia, malah paling penting adalah diriku dengan penciptaku. Teringatku pada pesan junjungan Rasulullah saw:

“Dan barangsiapa diantara kamu yang hidup nanti akan melihat perselisihan yang banyak, maka peganglah kamu dengan sunnahku dan sunnah khulafa’ ar-rasyidin. Gigitlah ia dengan gerahammu kuat-kuat dan takutlah kepada hal-hal yang diada-adakan” (Abu Daud, Tirmidhi, Ibn Majah)

Aku yakin dan percaya, bahawa dalam setiap masalah yang ku hadapi, pasti akan ku cuba lalui dengan kitab dan panduan yang telah ditetapkan Allah swt. Aku tidak perlu takut, malah aku Cuma perlu ikut landasan syariat yang sebenarnya, mengatur tugasan dengan sebaiknya, menjadi orang yang hebat ditarbiah dan mentarbiah. Semoga Allah memperkuatkan diriku dengan keimanan dan ketaqwaan yang kuat dan teguh. Wallahualam.

sautulengineer

23 August 2013

bangun kembali daripada kelukaan yang pedih



Hari ini adalah suatu pagi yang sangat ceria. Seceria burung-burung yang menyanyi dan ayam-ayam yang berkokok. Dan hari ini Allah sudah pun mengirimkan hadiah-Nya kepadaku... Tidak sabar untuk melihatnya

Kita boleh berbohong pada khalayak umum dengan menyatakan 
"aku biasa-biasa saja, aku gembira dengan apa yang aku lalui, hatiku sudah tidak sakit dan terluka lagi.." 
  Ya, kita boleh saja menyatakan seperti itu tapi percayalah mereka yang mahir menilai tingkah laku (body language) pasti dapat merasakan ada sesuatu yang anda sembunyikan. Ada kesedihan terpendam yang kita kunci rapat dalam jiwa kita . Akhirnya kita sendiri merana dan sinaran mata selalunya tidak dapat menyembunyikan apa yang terbuku di dada kita .


                     Akhirnya tibalah weekend di mana sesi meluahkan rasa dan isi hati masing-masing



Banyak gile keje nak kena buat , rasa dah tak mampu nak teruskan kehidupan . . Mestilah bersama my girlfriend .cuba untuk bangun kembali daripada kelukaan yang pedih .







Daripada Aisyah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w berdiri untuk bersembahyang pada waktu malam sehingga pecah-pecah kedua tumit kakinya. Saya lalu berkata, “Mengapa anda mengerjakan sedemikian ini, padahal anda itu sudah diampuni oleh ALLAH dosa anda yang terdahulu dan yang di belakangnya.” Baginda s.a.w menjawab, “Kalau begitu tidakkah patut aku menjadi seorang hamba yang bersyukur?” - Riwayat oleh Bukhari dan Muslim)- Dipetik dari buku Untaian MutiaraHadis-hadis Rasulullah s.a.w/Dr. Ahmad Umar Hasyim m/s 416)

impianafida

20 August 2013

Hari-hari suramku



kelopak mata rasanya berat gilee nak melalui hari esok...Weekend cepatlah datang

 

Had to crop gambar with my flower girl..bila post ke Instagram gambar jadi pecah-pecah. Hai Instagram, diskriminasinya anda terhadap warga android

Hari ni hari yang paling sukar dalam edup aku . Aku laluinya dengan tabah dan tenang berserta tawakal pada ilahi . Alhamdulillah aku sudah melepasi rasa sakitku cuma rasa sakit jiwaku ini belum lagi pudar .

 Terlampau banyak masalah . Terlampau banyak kerja . Terlampau banyak benda nak kena fikir dan kena buat .
Biarlah aku sendirian melalui hari suramku
disaat ini dan tika detik ini . 

Jom solat maghrib


impianafida


11 August 2013

 

Jauh di sudut hati I tahu You sentiasa ingat I . . I tahu You tak bahagia dengan kehidupan You sekarang ni . I tak pernah mendoakan perkara yang tidak baik pada You . I harap you bahagia . I tahu You tengah sedih .I pun tengah down jugak . Entah betul atau tidak tapi I dapat rasakan yang Yousedang berduka cita . Maybe your relationship tak sempurna sebab tu You tak bahagia . Banyak lagi sebabnya tapi kalau tulis panjang pula ceritanya. Confirm you tak bahagia sebab tu You cari I ? I pegang janji tak contact You tapi sape yang cari sape sekarang ni ?Mana lagi You nak cari special person yang faham You ? Memang hubungan kita ini sudah pun berlalu dan sekarang we are stranger bukan kawan bukan kenalan atau bukan di sekeliling kita lagi . I tahu You selalu ingat I sebab kita sweet dan special kan kan ? Allah swt izinkan kita mencipta kenangan bersama tapi tidak ditakdirkan antara satu sama lain . Dia juga mengizinkan kita untuk menyimpan memori itu . Allah swt nak kita belajar dari kesilapan dan ambil pengajaran dari apa yang berlaku dalam kehidupan kita

mmy tahu dy sayang mmy  . sayang tak bererti cinta . dan cinta tak bererti bahagia

iloveyoumommyiloveyoudaddy


impianafida

x0x0

sakit itu penghapus dosa ♥



Ya Allah begitu berat dugaan ini . Aku hanya mampu berdoa tawakal dan pasrah sahaja . 


Ramai orang memperkatakannya...aku sendiri tiada jawapan untuk itu .. dan aku bersyukur memiliki nikma kesihatan yang paling mahal harganya jika dibanding dengan wang ringgit sesungguhnya sakit itu penghapus dosa
bukan ujian terhenti di situ sahaja bukan seorang sahaja
aku takut ya Rabb..ujianMu tidak terdaya untuk aku menempuhinya..
"Ya Allah, aku tak berdaya lagi..sesungguhnya aku penat sekali..pada siapa lagi harus aku mengadu..aku mohon keampunanMu..aku rayu jangan sisihkan aku dari lautan rahmatMu..aku mohon ya Tuhan, kasihanilah aku..hamba yang lemah tak berdaya kerana beratnya dosa yang dipikul..kerana beratnya amanah yang dipertanggungjawabkan..aku pohon keampunanMu..berikan aku secebis kekuatan.."


"Kadang-kadang ALLAH swt sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat, kita menangis dan tertanya tanya, kemana hilangnya sinar. tetapi rupa-rupanya ALLAH swt ingin hadiahkan kita pelangi." benarkah pelangi itu akan muncul ?
benarkah petir dan kilat itu hanya sementara ?
ya Allah. Dugaan jenis apa yang telah Engkau tetapkan ke atas diriku ya Allah.
sungguh hati aku tidak kuat untuk menempuhinya.
ya Allah. dugaanMu ini terlalu berat bagi hambamu yang kerdil ini.
dan pada ketika dan saat ini, terlalu berat rasanya kaki ini untuk melangkah.
melangkah untuk meneruskan kehidupan yang masih berbaki.
ya Allah, aku terlalu lemah.
aku hanya mampu tersenyum sedangkan aku tahu, senyuman itu palsu.
bukan terbit dari keikhlasan hati..
ya Allah ya Rabbi,
berikanlah aku peluang untuk menikmati keindahan kebahagiaan itu sekali lagi. hanya sekali lagi.
titipkanlah kekuatan untuk aku mengubah kedukaan yang aku alami ini kepada kebahagian.
ada yang memberi kata kata ketenangan.

"sesungguhnya takdir Allah itu kita harus menerimanya dengan redha, Allah itu Maha Mengetahui."

"jangan bersedih, insyaAllah semuanya akan kembali pulih."

"bersabarlah anak. Allah duga kita kerana Allah ingin menguji sejauh mana kita beriman kepadaNya."

ya Allah ya Tuhanku.
aku bersyukur kerana aku tidak berseorangan menghadapi dugaanMu ini ya Allah.
namun jauh di sudut hati, aku terasa akan kesunyian yang teramat sangat.
kehidupan yang aku lalui kini tidak lagi seperti dulu.
kebahagiaan yang aku rasakan kini tidak lagi seperti dulu.
kadang kadang hati ini sering berputus asa. diri ini sering memberontak.
namun, berkat kesabaran yang Engkau berikan kepadaku, aku masih mampu bertahan.
bertahan pada kasih sayang yang disemai kepadaku sejak aku masih kecil.
bertahan pada kata kata,

"setiap yang berlaku, setiap ketetapan yang telah Allah swt tetapkan, pasti akan ada hikmah disebaliknya"

hanya airmata yang menjadi peneman tatkala hati membendung keperitan.
hanya senyuman dan ketawa yang menjadi bidai pada wajah bagi menyorok kesedihan.
kadang kala diri ini malu dengan diri sendiri,
kerana tidak berdaya menghadapi dugaan ini. dugaan yang melibatkan banyak hati.
dugaan yang meremukkan banyak hati.
dugaan yang membuatkan banyak hati bersedih.
ya Tuhanku.
hanya kepadaMu aku memohon dan tempat untuk aku mengadu.
kurniakan ketenangan hati kepadaku.
kurniakanlah kembali kebahagiaan dulu yang pernah menjadi milik kami.
sesungguhnya Engkau Maha Mendengar segala rintihan hamba-hambaMu.
amin ya Allah. amin.


Ya Allah.
Engkau kuatkanlah hati ini,
Sesungguhnya Engkau Maha segala-galanya

13 July 2013

Selamat Berpuasa


Assalamualaikum .

Ramadhan month has began rabu yang lepas and I dint havetime to write this entry and so I would like to take this opportunity to wish my Muslim friends a happy fasting month! Same goes to every other Muslims in the world. Selamat berpuasa! Have a blessed Ramadhan!

Sama-sama juga kita mendidik jiwa  dan hati kita untuk memaafkan orang disekeliling kita .

10 May 2013

Niqab


Assalamualaikum
 After I fell..I find the meaning of islam..So i have decided to start wearing NIQAB . Someday soon tho.Cant start wearing it now :( , because hereits not allowed to wear at the schools so im just waiting till im done with these stuff which is in 1year and a half.Beside my commitment and lifestyle cant go through..Sooo long to go. I really want to start it because i was wearing it for few days to try it out. I simply LOVED IT!!!
I want it more than anything, and i know i want to do it for fisibilillah (for the sake of allah) and that it will bring me close to Allah and that it will Strengthen my IMAN. :) soon in sha allah, soon.

24 February 2013

Life Must Be Go On


 Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi kerana ALLAH,
Dengan namaMu ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.


Hidup harus sentiasa bersyukur . Barulah bahagia . Barulah sentiasa dirahmatiNya selalu . 
Dugaan ini teramatlah berat . Ada baiknya mendiamkan sahaja masalah dari dikongsi . Bukan boleh dibawa kemana pun kalau berkongsi . Hidup tak selalu indah . Yang indah itu tidak selalunya indah . 

Seandai ada di antara kita,merasa tiada tempat mengadu cerita,kesenangan dan kepahitan,jangan kita lupa kita masih punya yg ESA yang lebih memahami . Aku jua begitu . Masih mencari-cari erti kehidupan . Marilah kita sama-sama merenungkan ayat ini...

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran
"(2:186)

Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini

Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan Penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari

Oh... nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa

Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini






"Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian itu terdapat tanda (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman"

(Surah as-Syu'araa : ayat 103)

 Memang benar berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Tapi life goes on, no body died or committing suicide dan mereka bukan semua hebat2 agama, biasa biasa saja.

Ingatlah akan firmaNnYA TENTANG MANUSIA:

1) Dan manusia mendoa untuk kejahatan sebagaimana ia mendoa untuk kebaikan. Dan adalah manusia bersifat tergesa-gesa. (Al-Isra’.11)

2) “Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Q.S Al-Baqarah 155)

3) “Allah hendak memberikan keringanan kepadamu dan manusia dijadikan bersifat lemah” (Q.S. Annisa; 28)

4) “Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah” (Q.S Al Ma’arij : 20)

5) “Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa lagi putus harapan.” (Q.S Al-Fushshilat .49)

6) “Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia niscaya berpalinglah dia; dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan niscaya dia berputus asa” (al-Isra’ 83)

dan Maha Benar Allah,

7) "Dan kami jadikan sebahagian kamu sebagai cubaan bagi sebahagian yang lain. Mahukah kamu bersabar?; dan adalah Tuhanmu maha Melihat.
[Al-Furqan :20]"

Setiap kelemahan manusia yang Allah firmankan dalam Alquran, ada penawarnya ada jalannya Allah tunjukkan, seperti contoh

Untuk ayat 20 sural Al Maarij balance bagi keluh kesah adalah dari ayat 22 hingga ke 35 surah Al Maarij.

Begitu juga Al Baqarah ayat 155 ada neutralizer/ antidote nya, dan indah sekali apabila di ajarnya pula bila di timpa malapetaka untuk mengucapkan pula

 " Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (Al Baqarah 156). Di tambah kan sedap nya lagi dengan sabda nabi dengan doa "Ya Allah, berikanlah kepadaku pahala dalam musibah ini, dan gantikanlah aku dengan yang lebih baik daripadanya". 


#

Sesungguhnya doa merupakan satu wasilah untuk kita mendekatkan diri kepada ALLAH.

Bersyukurlah kepdaNYA apabila hajat kita disampaikan,

Teruskanlah berdoa kepadaNYA dengan penuh pengharapan...dan mengharapkan petunjuk.

Hakikatnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA

#

Bila kite di dalam kesedihan / keresahan / kesusahan sebenarnya Allah nak bagitahu kite bahawasanya ramia lagi yang berada dalam kesusahan ..well life must be go on..itulah erti keyukuran yang sebenar .
 
Allahu’alam


22 February 2013

Melangkah Pergi


Assalamualaikum .
 Hari ini tiba-tiba rasa down pulak
tengs my BFF menemani hari suramku ini . 
Suka atau pun tidak
Aku terus memendam rasa
Ingin sekali aku pergi bawa diri
Tapi ke mana arah 

Photo: Suka atau pun tidak..Aku terus memendam rasa..Ingin sekali aku pergi bawa diri..Tapi ke mana arah..Rasanya sudah tak kuasa lagi..Persoalan inilah yang silih berganti..Hidup bersama bayangan saja..Oh indah hanyalah khabar..Bukan yang sebenar.. #friendship #bestfriendforever #life #brokenheart 

Kesedihan

Masa lalu seperti kesedihan telah pergi dan selesai, ia tidak akan berulang kembali. Masa depan masih ada dialam ghaib dan tidak boleh dihadirkan sekarang dan belum tentu akan datang. Oleh kerana itu, kita tidak perlulah mengharapkan kedatangannya. Biarlah ia datang dengan sendirinya. Berbuat baik sesama insan akan menimbulkan perasaan gembira dan dapat melegakan hati, membawa barakah dan menimbulkan ketenangan.

Ajal telah ditentukan oleh Allah SWT dan segala sesuatu yang terjadi adalah menurut qadha’ dan qadarNya. 

Oleh kerana itu, seorang hamba tidak boleh menyesal dan bersedih dengan apa yang terjadi. Rezeki semua makhluk telah dijamin oelh Allah SWT, tiada seorang pun yang mampu mengendalikan dan mengaturnya dan tidak seorang pun mampu menghambat datangnya rezeki.

Akhlak seorang mukmin adalah tidak mempedulikan kritikan dan cacian yang tidak berdasarkan kebenaran dan menyakitkan. 

Kerana seorang mukmin memang tidak mungkin terlepas dari cacian dan makian. Bahkan Allah Maha Mulia sekalipun mendapat cacian dan makian daripada orang fasiq dan kafir.

So, usah dipedulikan mereka yang selalu merendahkan diri kita. Kita tahu siapa diri kita yang sebenarnya.

Jalanilah hidup ini apa seadanya

Keadaan didunia ini penh dengan kenikmatan, banyak pilihan, penuh rupa dan banyak warna. Semua itu bercampur baur dengan kesusahan dan penderitaan hidup. kita adalah sebahagian dari dunia, mahu tidak mahu, kita harus berada dalam keadaan ini.

Kita tidak akan pernah menjumpai seorang ayah, isteri, kawan, sahabat, tempat tinggal atau pekerjaan yang padanya tidak terdapat perkara yang menyukarkan. 

Pada setiap perkara itu pasti terdapat sesuatu yang buruk dan kita tidak suka. Oleh itu marilah kita memadamkan keburukan itu dengan kebaikan yang ada pada mereka.  Insyaallah, kita akan selamat dan merasa adil 

Allah SWT menghendaki dunia ini sebagai tempat bertemunya dua perkara yang saling berlawanan, dua kubu yang saling berhadapan dan dua pandangan yang saling bertentangan, yang baik dengan yang buruk, kebaikan dengan kerosakan, kebahagian dengan kesedihan.

Jalanilah hidup ini dengan seadanya, jangan larut dalam khayalan dan jangan hanyut dalam imaginasi yang berlebihan.

 Hadapi hidup ini, kawallah jiwa kita untuk dapat menerimanya serta menikmatinya! Bagaimanapun kita, tidak mungkin semua sahabat kita itu ikhlas kepada kita dan semua perkara akan sempurna dimata kita.

Sebab keikhlasan dan kesempurnaan itu ciri dan sifat kehidupan dunia. Bahkan, mungkin kita juga melihat isteri atau suami kita pun tidak akan pernah sempurna dimata kita. Tapi janganlah kita membenci dia, kerana jika kita tidak menyukai salah satu perangainya, mungkin  kita akan menyukai perangai dia yang lain.

Marilah kita menyatukan langkah, saling memaafkan dan berdamai kembali, meninggalkan perkara – perkara yang menyusahkan, menutup mata dari beberapa perkara untuk saat tertentu dan melupakan perkara – perkara yang menggangu.



Buat apa kita menghabiskan air mata
dan membiarkan hati gelisah kerana bersedih?
Serahkan sahaja semua itu sepenuhnya
kepada tuhan yang maha Mulia
Kerana jika hati sudah menjadi tenang
maka jalan keluar pasti akan terbuka..

#usah mengharap yang lebih dari saya . usah menilai saya melali tulisan saya . Saya insan biasa banak salah banyak silap . Kadang apa yang kita tulis menggambar perasaan kita . Kadang ia sekadar untuk perkongsian . Tidak perlu rasanya judge seseorang dari hasil penulisan . Biasalah alam maya dan realiti tidak sama .