nuffnang

30 June 2015

Surviving



Macam mana nak survive dengan kehidupan di bandar JB ni. Keluar rumah je ialah ''DUIT''

Dulu masa couple masa tengah sweet mweet dulu kiteorang beli rumah Taman Scientax di Pasir Gudang dengan harga 200K. Sekarang ni rumah baru je 20% dalam pembinaan.(according to bank letter). Masa tu kena bayar cost guaman RM6000. Bayar semua blacklist dan juga CCRIS. CRIST alarm kereta RM6000, Maxis broadband dah lama tak guna pun di blacklist jugak RM2000 dan AEON RM730. Bila dah settle semua saving dah habis totally zero. Lepas tu rezeki kami untuk bertunang. Lepas bertunang tak ada masalah financial langsung kecuali masa tu husband (masa tu tunang) kiteorang dalam sebulan 2 kali je meeting sebab sebab dia kena start from zero untuk kumpul duit hantaran dan jugak majlis bertandang di rumah parent dia. So far alhamdulillah perkahwinan kami berjalan dengan lancar. Seminggu sebelum akad nikah husband dapat offer keje di singapore dengan gaji yang lebih baik daripada sekarang. Gaji kat Malaysia ni cukup untuk bayar hutang. Belajar untuk bayar hutang.

Hutang je dah 3600. Gaji 4000 berapa sen aje yang tinggal ? Aku rasa semua pengantin baru mengalami masalah yang sama kecuali tiada komitmen rumah dan tiada pertukaran tempat kerja.




Bulan ni semua dah bayar 1737.00 kecuali kereta dan rumah baru belum bayar lagi. Bulan ni kereta dan rumah tertunggak. Bulan depan semua bil pulak tertunggak sebab nak bayar kereta dan rumah . Semoga aku dan suami tabah menghadapi dugaan ini. Lepas ni belajar guna dollar singapore.



#zaman sekarang ni duit laki untuk bayar kesemua hutang dan gaji bini untuk perbelanjaan isi rumah. Kawan aku kater nak duk rumah jaga anak(kalau tak ada education tak payah cakap nak jaga anak sebab kau memang tak ada education..dan aku respect degree holder berhenti keje sebab nak jaga anak)

#jangan hina perempuan berkerjaya tak mampu nak jaga anak. Sebab dunia ni roda.







1 comment:

assalamualaikum / salam sejahtera ! i am afisya afida.