nuffnang

3 February 2016

Langit Tak Selalunya Cerah


Langit tak selalunya cerah. Sampai masa mendung dan membasahi bumi. Begitu juga dengan kita. Kadangkala aku penat dengan semua yang berlaku. Bila fikir semula banyak perkara yang terjadi dalam hidup ini, pada awalnya kita mengganggap pahit, getir, mahupun menyakitkan. Tetapi, pada kemudian hari kita mensyukurinya.Pasti ada hikmah yang akan menyusul. Aku tahu hikmah sentiasa ada disebalik kejadian yang berlaku. Namun sampai bila ujian ni akan berakhir.Aku tak mampu lagi mengharungi dugaan ini sendirian tiada siapa yang tahu isi hatiku ini. Biarlah masa yang menentukan segalanya.


Note ::

Bila segala yang diharapkan tidak tercapai, kita perlu duduk dan tenangkan diri kita untuk menerima perkara itu, walaupun sukar.Sometimes life will beat you to the ground and try to keep you there if you let it.  But it’s not about how hard life can hit you, it’s about how hard you can be hit while continuing to move forward. Bila kita rasa nak sangat menangis dan mengalah, tetapi sebalik kita ambil jalan untuk tetap senyum dan terus maju bergerak ke hadapan, kita akan menjadi lebih kuat.
Harungi segala cabaran dan dugaan. Walaupun rasa sudah tak mampu, tapi sebenarnya tidak. Kita mampu. Take control of your emotions before they take control of you.  Everything will fall into place eventually.
“Sesungguhnya Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya…” (surah Al-Baqarah: 286)

impianafida

 

No comments:

Post a Comment

assalamualaikum / salam sejahtera ! i am afisya afida.