page

nuffnang

10 March 2021

Pulut durian kasih abah sepanjang masa

 Assalamualaikum.

Dah lama betul tak update blog. Mulai harini bolehlah selalu update. Maklumlah dah beli komputer baru. Sebelum ni pakai laptop, malas nak buka. 

Sekarang di kawasan rumah saya, ada orang jual durian. Hari-hari ada orang jual durian sebenarnya. Nak beli pun, memikirkan harganya yang agak begitu mahal jadi selalu melupakan hasrat tu. kali ni pejam mata tapi beli satu biji je. Itu pun dah RM57. Inilah kasih suami. Apa sahaja yang isteri minta perlu tunaikan. Terima kasih suamiku. Tengah haritu, suami saya ajak pergi pusing-pusing jalan bandar penawar. saya kata nak beli durian. Suami saya pula kata tak payahlah tak ada duit. Jadi saya pun malas lah nak pegi, jadi biarlkan saja suami dan anak berdua pusing-pusing.

Endingnya, katanya ajak pegi beli durian. 😉


 
Cara saya masak pulut durian;

  1. Tanak beras dengan periuk elektrik. saya guna Tefal jadi dia tak melekat di periuk. masukkan beras pulut dan airnya sedikit sahaja. Agak-agak atas sikit dari pulut atau kalau nak lembut sedikit satu ruas jari kelingking.
  2. Santan di campur dengan air. Kali ni guna santan kotak jenama Kara. Tak payah tunggu menggelegak lama. dah naik buih kecil dah boleh tutup api. Masukkan garam. kalau suka masukkan daun pandan. 
  3. Sediakan gula melaka atau gula kelapa atau nisan. Saya guna nisan pure 100% tanpa campuran gula putih. dah siap, hidangkan macam dalam pinggan

Ahh itupun nak beresepi kauu. Mungkin ada jelitawan yang belum tahu. selamat ,mencuba


Masa saya sekolah dulu-dulu, abah selalu beli durian bukan sebiji tapi hampir 10-15 biji. Lepas dah ada anak, barulah terfikir kanapa nak berkira dengan anak kalau mampu. Abah tak pernah berkira bab makan minum anak. Walaupun durian mahal, abah selalu belikan untuk kami adik beradik. Kadang-kadang kalau abah beli 3-4 biji je, ibu dah catu berapa biji untuk setiap orang makan dengan pulut durian dan berapa biji untuk disimpan untuk dimakan dengan budu. Dulu masa sekolah, tak tahu pun durian tu mahal. kadang-kadang selalu minta abah belikan bila tiba musimnya. Rindu pula pada ibu dan abah di kampung. 
 
 
Kasih ibu ke syurga kasih ayah sepanjang masa.



15 April 2020

Daging Masak Sos Plum

Assalamualaikum.


Ini bahan-bahannya;


Daging yang sudah di rebus empuk. Saya rebus pakai dapur gas je. Masukkan dua garfu ke dalam periuk rebusan untuk cepatkan proses.
Perapkan daging tadi dengan telur dan garam serta tepung jagung
 
 dah siap goreng, ketepikan dalam kuali tu jaga masukkan segala jenis bahan tumisan ( bawang, cili, carrot)

Masukkan cuka, sos plum jenama Life dan perisa maggie secukup rasa. Cuka skit je ye. Jangan banyak
 

Dah siap. Selamat mencuba. Digandingkan bersama sotong celup tepung.


14 April 2020

Diari 14 April 2020

Assalamualaikum.

Harini aktiviti fahim main origami ni je. Mestilah bonda yang buat. Fahim tukang tengok & tukang main. Learn from observation. Fahim lari-lari dalam rumah, papanya kata itulah tantrum. Aku mengiyakan sahajalah. Dah dua kali perbetulkan definisi tantrum. Malas nak berbahas. Lebih baik diam seribu bahsa. Tak semestinya kita salah. Begitulah kehidupan rumah tangga.



Dah kepenatan, apa lagi nak susu lah die. Dah masuk tengah hari, makan waffler pula.


Today, i cook ayam merah masak ala thai. Mula-mula goreng ayam guna air fryer. fikir-fikir dah tak tahu apa nak dibuat dengan ayam ni.

 Sambil fikir nak masak apa, bonda goreng sayur dulu.

 ni lah baru nak masak 





ok lah sambung besok

10 April 2020

Nasi Goreng Ikan Bilis Simple

Assalamualaikum. 
 
Bosannya. Sepatutnya five days later dah bebas dari Perintah Kawalan Pergerakan. Namun, kini di sambung lagi. Bangun pagi ni lemau je rasanya. Kaki ni nak je melangkah jalan-jalan. Pukul 9 pagi, sambung tido lagi dan biarkan anak bermain keseorangan. Harini dah kehabisan lauk dalam peti. Nak ke kedai pun, kereta vios buat perangai almost 4month dah. Bila teringatkannya, serta merta jiwa akan kacau dan meronta. Seakan sukar menerima apa yang berlaku.


Aktiviti harian seperti biasa. Siram pokok. Pokok sayuran. Nak beli bunga, kurang kemampuan. Kalau ada bajet lebih, bolehlah nak borong bunga. dari tanam bunga, baik tanam sayur, ada juga faedahnya.


Nasi ni nampak je biasa, nampak tiada selera. Hanya tumbuk bawang merah, putih dan ikan bilis. Inilah favourite saya yang sekian lama.


salam sayang..

8 April 2020

Telur Masin Dadar

Sambungan entry tadi..

Sepatutnya kena tambah minyak baulah cantik kejadian macam telor dadar yang kita makan di restoren. Bonda kurang suka makan makanan berminyak. Sebab dulu selalu kena marah kat abah sebab bila goreng, asyik berminyak je. Kami adik beradik betul-betul menjaga 'minyak'. Bila masak something yang bergoreng, awal-awal kami dah siap lap minyak guna tisu sebelum present letak atas meja makan. Abah kami tak garang. Cuma penuh dengan disiplin. 


Inilah telur dadar yang digoreng atas fry pan. Saya tak balikkan pun. Rahsia dia, tutup dengan penutup yang di basahkan air. Dia akan jadi meruap dan masakkan bahagian atas


Pecahkan telur dan lenyek guna garfu. Telur masin ni keras sikitlah. Memerlukan force & torque yang kuat. kehehkeh. Saje la guna bahasa kejuruteraan. Rindu bidang elektrik. Memerlukan daya dan kudratlah sikit untuk menekan bahagian kuning telur tu.


Inilah rupanya. Walaupun nampak simple gitu je, namun ianya menyihatkan. Ada sesetengah orang kata, makanan berjeruk ni not good to our health. Kalau harian masih makan gula, jangan sentuh good ot not. tidak begitu?

selamat mencuba, salam sayang dari bonda sayang

Ayam Masak Kicap dan Telor Masin dadar

Assalamualaikum semua. Awak buat apa tu. Bosan sungguh Perintah Kawalan Pergerakan ni ye. kalau tak extend, bonda dah meronda ke Aeon dah. Harini bonda masak ayam masak kicap resepi ibu.

RESEPI AYAM MASAK KICAP

Untuk satu bahagian ayam yang di potong 4
  1. Bunga lawang 1
  2. Batang kayu manis 1
  3. Bunga cengkih 1
Tumbuk bagi pecah halus & tumiskan dengan satu sudu olive oil.
 
      4. Masukkan tomato

Blendkan dan masuk ke bahan tumisan tadi

     5. Bawang holland 1
     6. bawang putih 1 ulas
 

Masak sampai menggelegak, tambah air kalau nak kuah. Kemudian Masukkan:
 
    7. Sos tiram
    8. Kicap manis
    9. Kicap pekat
  10. Serbuk pati ayam/chicken stock

Perasakanlah gula garam perasa lain kalau suka


SELAMAT MENCUBA

7 April 2020

Ayam Masak Thailand

Assalamualaikum.

Petang ni dah masak untuk dinner. Tak sempat nak dinner, dah habiskan pada jam 6 petang. 🐔 Masak Thai. Untuk dinner. Tak guna cili boh pun. Susah nak dapat cili kering yang tak pedas kat Johor ni. Nak tulis resepi lah kot pasni lupa.

Untuk satu bahagian ayam yg dipotong empat:

  1. Tumiskan 1 batang serai & 5 helai daun limau purut. Buang batang ye. 
  2. Blend 1 cili besar, 1 biji bawang holland dan 2 ulas bawanh putih. 
  3. Masukkan bahan blend ke bahan tumisan.
  4.  Masukkan sesudu gula. Kacau². 
  5. Masukkan sos cili 1 sudu & sos tiram 2sudu 
  6. Masukkan air.

🐔 Kena goreng dulu. Saya guna Air Fryer Haeir 2.5L suhu 160', 40 minit.





Kita selalu tak betul. Sebelum tidur maafkan semua orang. semoga diberikan peluang lagi untuk melihat dunia di hari esok. Selamat malam.
selamat malam.

Selamat Pagi


Assalamualaikum. 

Selamat pagi. Masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Hari ke berapa entahlah. Bangun pagi nis, alhamdulillah masih bernafas menghirup oksigen dan masih melihat anak di hadapan mata. Ada dua pilihan hidup di saat kita bangun pagi. Kembali tidur untuk melanjutkan mimpi atau bangun tidur untyk mewujudkan mimpi. Pagi ni hujan membasahi bumi. Syukur sudah lama bumi Pengerang, Johor ini sudah lama tidak hujan. jadi aku bangun dengan begitu rasa syukur, seju dengan segala nikmat yang dikurnia Allah SWT. 

Semalam dah fikir nak masak apa untuk pagi ni. Dah perap ikan dengan pes ikan jenama Adabi yang di beli minggu lepas. Bangun pagi ni, goreng ikan dengan air fryer. Potong sayur, bawang dan fish ball. Sementara tunggu ikan siap dalam 15 minit, gunakan masa untuk goreng sayur campur.



ini resepi sayur campur mudah sekali

  1. Baby Corn 
  2. Carrot
  3. Kobis Bunga
  4. Kacang Panjang
  5. Sos Tiram
  6. Fish Cake
  7. Fish Ball
  8. Bawang Holland
  9. Bawang putih
  10. Bawang Merah

Tumiskan bawang holland bersama bawang putih bersama minyak zaitun dan masukkan fish ball dan fish cake.setelah itu masukkan sos tiram dan perasa serbuk ayam tumix. Masukkan sayuran. Tutup api. 

💗

6 April 2020

Ikan Singgang dan Daging Pekasam

Asslamualaikum. 
 
Selamat pagi. Hari ni dah hari PKP ke berapa entahlah. Harini tak ada mood langsung. Gelisah memikirkan masa hadapan yang entah bagimana pengakhiran. Kalaulah aku lahir dalam dulang emas kan bagus. Dah besar dah kawin tak payah nak survive sesusah janji dapat makan gaji. Bukanlah tak bersyukur. Bersyukur Allah berikan segalanya melalui perantaraan Allah swt. Sekian luahan hati harini.

Semalam dah potong siap² bawang², lengkuas, serai & masuk chiller. 🐟 pun dah siap²rebus. Pagi ni masuk dapur letak semua bahan dlm periuk, pegi mandi. Lepas mandi tutup segala api. Maklumlah dah biasa jadi mak berkerjaya 🤣 Cuma tahun ni tak ada pembantu² kesayangan. Kalau ada neny fahim kan bagus 👩‍👩‍👧‍👦

Daging pekasam tu, masuk pemanas je. Tumis bawang dalam kuali dgn olive oil, masuk beras & masuk daging tadi. Semalam dah buat satu pack, bonda makan sorang je kes suami bonda kata tak nak makan. Harini kena share sebab lepas tu dia tanya mana daging tadi. Dulu duduk oversea memang pekasam ni jadi stok..dah le mahal. Bapaknya tak penah makan pun selama duduk sana, macam tak suka. Kali ni baru selera nak makan. 

Kentang tu saje la test petang nanti kalau rajin nak buat chicken chop. Kentang pun dah kupas semalam rendam masuk cuka 2/3 minit & masuk chiller. Home made fries lah kononnya. Bonda kurang suka 🐟 singgang. Kalau orang hidang, on jer tak memilih. Rezeki jangan di tolak.

#nocookingoilchallange
 

:)

26 March 2020

Egg Bread With Prawn

Assalamualaikum. 
 
Hari ni dah masuk hari ke berapa perintah kawalan pergerakan pun dah lupa. Alhamdulillah masih berkurung bersama keluraga tercinta. Belum tiba masanya untuk berkurung di alam sana. Masih berbaki dosa barangkali.  

Hari-hari hidangan roti untuk anak teruna kesayangan. Hidangan ni memang betul-betul sihat untuk sesiapa yang amalkan gaya pemakanan sihat.

 
Resepi ni mudah je. Masukkan roti susun macam dalam gambar tu. Ikut kretiviti you all lah ye. sebenarnya elok guna cup. Perintah kawalan pergerakan ni, kita cuba guna apa yang ada di rumah sahaja tanpa membebankan dan tanpa merisikokan kesihatan kita di luar.

Masukkan susu segar. Suka hati nak tenggelam ke nak separuh ke. Bonda guna sikit je sebab nak berjimat punya pasal.

Kemudian pecahkan telor macam nak buat telor mata kobau tu. Untuk dua keping roti ni, bonda guna sebiji telor sahaja. Berjimat juga. 

Lepas tu, you all tabur lah lada putih atau lada hitam atau serbuk perasa sesuka hati. Bonda guna serbuk lada putih. Letaklah apa-apa bahan yang ada kat dapur tu. Ayam ke udang ke suka hati lah. 
 
Dah bosan letak fish ball, fish cake, daging cincang dan ayam, harini cuba udang pula.

Semoga COVID19 berlalu pergi 
 
semoga bermanfaat